Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Ari Afrizal: 15 hari di Lautan Hindi

Written By JOM JALAN on 13/01/05 | Khamis, Januari 13, 2005




KLANG 12 Jan. - Ari Afrizal Samsuddin, orang hanyut Aceh yang diselamatkan oleh sebuah kapal dagang setelah terapung selama 15 hari di Lautan Hindi kelmarin, hari ini menerima berita gembira.
Sebahagian daripada keluarganya di Aceh terselamat daripada tsunami.
Malam tadi, perasaannya masih pilu teringat kampung halamannya yang musnah sama sekali akibat ombak besar itu.
Khabar gembira itu dimaklumkan oleh pihak Kedutaan Indonesia yang mengatakan ibu dan dua orang adik-beradiknya terselamat daripada malapetaka tersebut. Mereka kini berada di Desa Kabung, Krueng Sabee, Aceh Jaya.
Namun, perasaan sedih bercampur sugul tetap tergambar di wajahnya apabila nasib bapanya, Samsuddin, 60, abangnya, Fikri, 24, dan adik bongsunya, Mona, 15, masih belum diketahui.
Ari Afrizal, 22, yang masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) berkata, ibunya, Rayah, 40-an bersama abangnya, Mahaya, 26, dan adiknya Mahruzal, 18, berjaya menyelamatkan diri pada hari kejadian walaupun telah dihanyutkan ombak.
``Saya sangat gembira apabila mendapat berita ibu, abang Mahaya dan adik Mahruzal selamat,'' katanya ketika ditemui pemberita di HTAR di sini.