Utusan Malaysia
Wirawati PLKN
NURASHIKIN Rosli sayu untuk meninggalkan anak bongsunya, Mohd. Ikhwan yang didukung suaminya, Mohamad Shafudin Che Had, menaiki bas bagi menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Dusun Minda, Kuala Nerang, semalam.
"Bagi Nurashikin Rosli, 18, dari Kampung Datuk Lancok, Pokok Sena, arahan untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tetap dipatuhinya walaupun terpaksa meninggalkan bayi berusia lapan bulan, Mohd. Ikhwan Mohamad Shafudin.
Beliau tidak dapat menyertai sesi sulung program itu Mac lalu kerana belum sihat sepenuhnya selepas melahirkan Mohd. Ikhwan.
``Kini saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menyertai PLKN. Walaupun terpaksa berjauhan dengan Mohd. Ikhwan dan suami, saya berazam untuk menamatkan latihan sama seperti pelatih yang lain,'' katanya ketika ditemui di pekarangan Stadium Darulaman, Alor Star, semalam sebelum menaiki bas untuk pergi ke Kem Dusun Minda, Kuala Nerang."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan