Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Ragut: Warga Indonesia didakwa

Written By JOM JALAN on 25/07/04 | Ahad, Julai 25, 2004


Sahlan

KUALA LUMPUR 24 Julai - Seorang rakyat Indonesia yang disyaki menikam hingga mati pemandu van, Rosli Mohd. Saad, 41, hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini atas tuduhan membunuh lelaki tersebut ketika cuba menyelamatkan suri rumah daripada diragut pada akhir bulan Jun lalu.
Rosli merupakan orang awam pertama yang mati dibunuh ketika cuba membantu mangsa jenayah kes ragut.
Sebelum ini, dua wanita mangsa ragut meninggal dunia setelah koma akibat kecederaan parah dan dalam kes lain, peragut sendiri mati setelah koma akibat dibelasah oleh orang ramai yang memberkasnya.
Tertuduh, Sahlan berusia 31 tahun berasal dari Tanjung Uban, Indonesia juga didakwa atas satu lagi tuduhan, meragut sebuah beg tangan warna hitam milik Sutriah Syukur, 25, suri rumah rakyat Indonesia yang ingin dibantu oleh Rosli dalam kejadian itu.
Sahlan yang dibawa masuk ke mahkamah kira-kira pukul 11.10 minit pagi ini, dikawal oleh enam orang anggota polis. Dia dilihat tenang dan bersahaja ketika pertuduhan bunuh dan ragut tersebut dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd. Kamil Nizam.
Turut kelihatan di dalam mahkamah hari ini ialah Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Hasanudin Hassan dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya, Deputi Supritendan Radin Roslan Radin Suhadi.
Mengikut pertuduhan, Sahlan yang memakai baju berwarna coklat dan berseluar jean warna biru didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 6.10 pagi, 29 Jun lalu di Persimpangan Kedai Runcit, Taman Mulia Jaya, Hulu Langat dekat sini.
Sahlan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ata"

0 ulasan: