Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Perkahwinan Diraja Brunei

Written By Syafrein Effendiuz on 9/8/04 | Wednesday, September 08, 2004



PUTERA Mahkota Brunei, Putera Al-Mutadee Billah Bolkiah, 30, akan melangsungkan majlis persandingan diraja dengan seorang rakyat biasa, Dayangku Sarah Pengiran Salleh Ab. Rahman, 17, di Bandar Seri Begawan esok.
Baginda telah diijabkabulkan dengan pasangannya itu di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, Sabtu lalu.
Acara kemuncak majlis perkahwinan kedua-dua pasangan diraja itu akan diadakan di sebuah istana Sultan Brunei yang turut dihadiri ramai tetamu diraja dan pemimpin asing termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.