
Siapakah mereka sebelum menyertai Malaysian Idol?
ANDREW: Penuntut jurusan Sains Komputer, Kolej TAR.
DINA: Penuntut Semester 3, Diploma Fakulti Seni Persembahan, UiTM Shah Alam.
JAC: Saya adalah penyanyi di lounge hotel, kelab hiburan dan gigs. Bidang ini saya ceburi sejak saya umur 18 tahun lagi.
NIKKI: Saya pula pelajar Kolej Matrikulasi Labuan, aliran Sains Hayat.
SAIFUL: Selepas SPM, saya cuma duduk di rumah dan banyak berlatih menyanyi.
VICK: Pendandan rambut sepenuh masa di I-X Change Hair Salon, Ipoh.