Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Taipei 101 menara tertinggi dunia

Written By JOM JALAN on 12/10/04 | Selasa, Oktober 12, 2004

TAIPEI: Pencakar langit Taiwan di Taipei, dimahkotakan sebagai bangunan tertinggi di dunia oleh se kumpulan jurubina sedunia, mengatasi Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.

Struktur setinggi 508 meter itu yang ada sesetengah pihak menggambarkannya sebagai batang buluh daripada kaca dan besi gergasi, mendapat pengiktirafan Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar.

Ia adalah sebuah pertubuhan bukan untuk mencari keuntungan yang terbabit dalam merancang, mereka serta membina pencakar langit.

Sebelum majlis pengiktirafan itu, Presiden Taiwan, Chen Shui-bian memberitahu pengerusi kumpulan itu, Ron Klemencic, mengenai peri pentingnya bangunan berkenaan kepada rakyat pulau berkenaan.

“Taipei 101 memiliki rekod bangunan tertinggi di dunia. Ia bukan saja mengiktiraf industri jurubina Taiwan, tetapi menjadi kebanggaan 23 juta rakyat Taiwan,” katanya.

Pencakar langit itu adalah 57 meter lebih tinggi daripada Menara Berkembar Petronas. Taipei 101 juga memegang tiga rekod kerana mempunyai struktur di puncak tertinggi, bumbung tertinggi dan lantai berpenghuni tertinggi.

Bangunan itu akan dijadikan ruang pejabat yang masih belum dibuka. Di paras bawah bangunan itu turut menempatkan kompleks beli-belah. – AP (http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Dunia/20041008222408/Article/)