Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Wanita dan Seks: Bimbang persetubuhan tidak berjaya

Written By JOM JALAN on 12/10/04 | Selasa, Oktober 12, 2004

Bersama Dr Mohd Ismail Tambi


SOALAN: SAYA mengalami masalah persetubuhan dengan isteri kerana dia terasa sakit setiap kali melakukan seks. Ada kalanya kami gunakan bahan pelicin tetapi dia beritahu saya yang dia mahukan lakukan dengan cara yang biasa.



Saya terasa bahawa air mani saya keluar dari alat kemaluannya selepas saya mengalami kemuncak kerana kami gunakan alat pelicin. Saya takut persetubuhan itu tidak berjaya jika air mani saya selalu mengalir keluar dan saya ingin tahu cara melakukan seks yang betul-betul merangsangkan isteri dan akan menghasilkan kelembapan pada kemaluannya.

GOMANESH, Klang, Selangor

JAWAPAN: SUAMI isteri perlu bekerjasama bagi memastikan hubungan kelamin yang dilakukan lebih memberangsangkan.

Dalam keadaan ghairah, sudah tentu pasangan berhajatkan hubungan kelamin dan jika isteri sudah bersedia, dia akan memposisikan kedudukannya, dia akan menyalurkan zakar ke arah pembukaan faraj dan memasukkannya ke dalam faraj sambil melegakan pembukaan alat sulitnya (dengan melegakan otot kemutan seperti mahu membuang air kecil atau besar.

Justeru, perjalanan zakar menjadi lebih selesa untuk mereka. Isteri boleh menggunakan bahan pelicin yang disapukan di bahagian luar pembukaan faraj atau menggunakan air liur.

Apabila kelembapan meningkat dalam faraj maka perjalanan menjadi lebih selesa dan mudah untuk mereka menikmati kemuncak.

Pasangan kelamin perlu ingat bahawa hubungan keintiman seksual suatu nikmat pemberian Allah swt kepada mereka dan mereka berhak mengecapinya dalam konteks perkahwinan saja.

Apabila kemuncak sudah berlaku dan ketegangan zakar dikeluarkan untuk mengelakkan air mani daripada keluar banyak daripada faraj, pastikan jangan kemut faraj kerana angin dalam faraj akan keluar dan menolak air mani itu keluar.

Oleh itu, bagi tujuan mendapat anak, pastikan jangan kemut selepas selesai bersetubuh dan kekalkan posisi dan jangan bangun, malahan boleh tidur atau jika hendak hendak ke tandas, lakukannya selepas setengah jam.(http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Doktor/20041008155354/Article/)