Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Tongkat Ali rangsang sel

Written By JOM JALAN on 21/12/04 | Selasa, Disember 21, 2004

Tongkat Ali rangsang sel


APA yang dimaksudkan dengan air mani cair? Adakah ia berkaitan dengan masalah kesuburan atau mandul? Bagaimanakah untuk memulih dan memekatkan semula air mani yang cair?
EZIL,Arau, Perlis</B.

KEPEKATAN air mani disebabkan takungan plasminogen iaitu bahan yang sama dalam darah yang boleh membekukan darah. Cuma dalam air mani kandungannya lebih sedikit.

Dalam masa beberapa minit plasminogen hancur dan air mani menjadi cair. Sebenarnya kecairan adalah mustahak kerana jika air mani tidak cair, sperma dalam air mani terperangkap dan tidak dapat bergerak untuk memasuki pangkal rahim. Jadi air mani cair sebenarnya lebih baik daripada pekat!

Adakalanya air mani pekat tidak boleh cair kerana tidak mempunyai enzim mencukupi untuk menghancurkan plasminogen. Ia boleh berlaku apabila prostat mengalami jangkitan.

Kebiasaannya apabila umur meningkat, air mani berkurangan kerana tahap hormon testosterone menurun secara semula jadi dan rangsangan kepada pundi yang menghasilkan air mani tergendala.

Untuk memulihkannya, pengambilan hormon testosterone boleh membantu. Ekstrak Tongkat Ali mengandungi eurycopeptides yang boleh membantu merangsang sel dalam buah zakar dan pundi adrenal untuk menghasilkan tahap hormon testosterone secara semula jadi. Lelaki yang mengamalkannya akan mendapat peningkatan dalam isi padu air mani dalam jangka masa tiga hingga enam hari. Ia boleh diamalkan selama-lamanya tanpa kesan sampingan