10 virus menarik sepanjang tahun
TAHUN ini menyaksikan pelbagai perkara mengenai virus seperti Sasser atau Mydoom dan peperangan siber antara kumpulan yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membebaskan virus ciptaan mereka ke seluruh dunia (Bagle dan Netsky).
Firma perisian antivirus Panda Perisian mengkelaskan virus mengikut 10 kategori:
Virus yang paling merosakkan: Sasser – kesannya kepada pengguna Internet amat nyata kerana ia mengganggu operasi komputer dan secara maya menyebabkan komputer gagal beroperasi secara normal.
Bagaimanapun, berita baik yang diterima ialah pencipta virus berkenaan kini ditahan dalam penjara akibat perbuatan beliau.
Virus yang paling sofistikated: Noomy.A – virus cecacing yang menjangkiti laman web dan seterusnya menghantar mesej menerusi saluran sembang dan berkeupayaan menyamar seperti mesej normal. Ia tidak memudaratkan komputer pengguna tetapi secara teknikalnya ia adalah virus yang amat kompleks.
Virus yang paling banyak bercakap: Amus.A – virus yang dihasilkan di Turki dan menggunakan enjin percakapan di dalam sistem operasi Window XP. Amus.A akan mengumumkan kehadirannya sebaik saja memasuki komputer.
Virus yang menghasilkan lagu: varian – cecacing Netsky yang mampu menghasilkan pelbagai melodi selama tiga jam sebaik saja menjangkiti komputer.
Virus paling pemalu: cecacing varian Bagle – kerana ia memiliki kelebihan untuk melindungi dirinya daripada dikesan menggunakan fail ZIP kata laluan yang dilindungi untuk menghalang daripada aplikasi antivirus mengimbasnya sebaik saja memasuki komputer. Strategi ini banyak dilakukan kod virus tetapi Bagle dipilih kerana sebaran meluasnya tahun ini.
Virus yang pandai mengambil kesempatan: Zafi.D – sering kali menyamar menggunakan mesej tahun baru untuk mengelirukan mangsanya serta memanfaatkan pelbagai bahasa untuk menyebarkan mesejnya.
Virus yang menyebarkan gambar porno: Tasin.C – menyebarkan gambar selebriti Sepanyol yang terkenal sebaik saja ia dimuat turun.
Virus paling banyak varian: Gaobot – kumpulan virus yang memiliki hampir 2,000 varian terbaru sepanjang tahun ini.
Virus schizophrenik : Bereb.C – ia menggunakan 442 nama berbeza untuk menyebarkan aplikasi perkongsian fail P2P dan berkemungkinan penciptanya tidak dapat mengingati nama fail asalnya.
Virus paling hormat: StartPage.AV, Harnig.B dan Multidropper.AM – kerana ketiga-tiga virus ini akan memaklumkan kepada pengguna setiap kali ia berjaya menguasai komputer.