Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Peserta Iceland Ratu Dunia 2005

Written By Syafrein Effendiuz on 18/12/05 | Ahad, Disember 18, 2005


RASMI: Ratu Dunia 2004,
Maria Julia Mantilla
Garcia dari Peru (kiri)
memakaikan mahkota kepada
Unnur Birna Vilhjalmsdottir
malam tadi. - AFP

Wakil Mexico kedua, Puerto Rico ketiga

SANYA: Polis sambilan dari Iceland yang bercita-cita menjadi peguam, Unnur Birna Vilhjalmsdottir, semalam dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia dalam acara Ratu Cantik Dunia 2005 semalam.

Ratu Mexico, Dafne Molina Lona menduduki tempat kedua manakala Ratu Puerto Rico, Ingrid Marie Rivera Santos, mendapat tempat ketika dalam persaingan yang menyaksikan 102 ratu dari seluruh dunia bertanding di Sanya, sebuah kawasan pantai peranginan di selatan China.

Vilhjalmsdottir, 21, yang bertugas sebagai pegawai polis sambilan, kini sedang menuntut dalam bidang antropologi dan undang-undang. Beliau dilahirkan di Reykjavik dan gemar mendaki gunung, berkhemah serta bermain piano.

Beliau mewakili Iceland dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia selepas dipilih menjadi Ratu Iceland baru-baru ini.

Ketika diumumkan sebagai pemenang, Vilhjalmsdottir menunjukkan seperti tidak percaya dan terus menitiskan air mata.

Sementara itu, Ratu Mexico pula adalah seorang model dari Bandar Raya Mexico berusia 23 tahun yang bercita-cita menjadi seorang pereka dalaman.

Beliau gemar menunggang kuda, mendengar muzik jazz serta membaca.

Lona berkata, perkataan yang paling digemarinya adalah `dengan kekuatan dan semangat, saya boleh melakukan apa saja’.

Ratu Puerto Rico juga adalah model sambilan dan sedang mengikuti pengajian pemasaran dan kewangan di Universiti Puerto Rico. Gadis 22 tahun itu berkata, beliau berharap dapat membuka perniagaan sendiri serta menjadi pelakon selepas ini.

Enam ratu dipilih dalam pusingan akhir Ratu Cantik 2005 termasuk Ratu Korea Selatan, Oh Eun-young, 20; Ratu Itali, Sofia Bruscoli, 17 yang juga model dan juga juara tarian ais Eropah dan Ratu Tanzania, Nancy Abraham Sumary.– AP

FAKTA NOMBOR
102 - Peserta
15 - Peserta pusingan akhir
12 - Dipilih melalui undian SMS penonton