BAGHDAD 15 Jan. – Belum reda kontroversi berhubung pelaksanaan hukuman gantung ke atas Saddam Hussein, kerajaan Iraq hari ini sekali lagi mengundang kontroversi apabila kepala adik Saddam, Barzan Ibrahim al-Tikriti tercabut ketika menjalani hukuman gantung.
Dalam apa yang disifatkan oleh jurucakap kerajaan Iraq, Ali al-Dabbagh sebagai satu insiden terpencil, apa yang berlaku ke atas Barzan mencetuskan persoalan sama ada Iraq mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk hukuman gantung.
Pemimpin dari puak Sunah menjadi berang dan mempertikaikan insiden tersebut sambil menyifatkan kerajaan Iraq telah melanggar undang-undang antarabangsa dan sengaja mahu ‘menyeksa’ Barzan.
Seorang Ahli Parlimen dari puak Sunah, Khalaf al-Olayan mendesak untuk melihat rakaman video yang diambil ketika hukuman dijalankan.
Khalaf memberitahu stesen Al-Jazeera bahawa adalah mustahil untuk kepala seseorang itu tercabut ketika hukuman gantung sekiranya pelaksanaan dilakukan mengikut peraturan.
– Agensi/UM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan