Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Banjir buruk 5 tahun lumpuhkan Jakarta

Written By JOM JALAN on 3/02/07 | Sabtu, Februari 03, 2007


JAKARTA 2 Feb. – Dua maut sementara beribu-ribu penduduk terpaksa meninggalkan rumah masing-masing apabila hujan lebat melanda ibu negara sejak kelmarin dan menyebabkan banjir besar yang melumpuhkan seluruh aktiviti di sini, hari ini.

Dua kematian itu dilaporkan berlaku di Duren Sawit, timur ibu negara yang dikatakan berpunca daripada arus elektrik berikutan banjir tersebut.

Banjir buruk dalam tempoh lima tahun itu juga menyaksikan jalan-jalan raya dan landasan kereta api ditenggelami air sehingga menyebabkan ribuan kenderaan terperangkap dan dihanyutkan air.

Bencana terbaru di Indonesia itu turut menjejaskan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono apabila beliau dilaporkan terpaksa bekerja di kediamannya kerana tidak dapat keluar dari Istana Presiden.

Air yang naik sehingga dua meter menyebabkan beribu-ribu penduduk terpaksa meninggalkan rumah di kawasan rendah atau berhampiran tebing sungai apabila air mula naik sejak petang semalam.

Pekerja sukarela dari pertubuhan Palang Merah memberi bantuan dengan membuka pusat bantuan awam dan menghantar makanan kepada mangsa yang terperangkap di dalam rumah atau yang berlindung di tepi jalan.

Lebuh raya utama M.H. Thamrin yang menghubung utara dan selatan dinaiki air dan keadaan itu menyumbang kepada kesesakan di semua jalan lain.

Agensi berita Antara melaporkan, lebuh raya utama yang menghubungkan ibu negara dengan bandar-bandar di sekelilingnya juga ditenggelami air sehingga memaksa kenderaan dari kawasan bersempadan dengan Jakarta berpatah balik.

Lebuh raya utama yang menghubungkan Jakarta dan Tangerang juga ditutup dan kebanyakan perkhidmatan kereta api dibatalkan hari ini.

– AFP/UM