Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Dipukul polis: Pengadil karate minta rakyat Indonesia bersikap tenang

Written By JOM JALAN on 31/08/07 | Jumaat, Ogos 31, 2007

JAKARTA 31 Ogos - Pengadil karate Indonesia, Donald Kolopita, yang mendakwa dipukul oleh empat anggota polis Malaysia, hari ini meminta rakyat Indonesia bersikap tenang dan jangan merusuh melulu dalam menunjukkan kemarahan terhadap Malaysia.

Beliau, yang masih dirawat di Hospital Pusat Pertamina di sini kerana pecah gegendang sebelah telinga dan lebam di beberapa bahagian badan termasuk kemaluan, berkata, mereka yang berdemonstrasi kerana marahkan Malaysia jangan sampai bertindak keterlaluan.

Beliau dilaporkan berkata demikian oleh stesen televisyen tempatan, yang juga menyiarkan kenyataan doktor yang merawatnya bahawa ketua pengadil karate Indonesia itu kini beransur baik.

Kolopita yang mendakwa dipukul oleh polis pada pagi Jumaat lepas, juga pernah membuat kenyataan meminta rakyat Indonesia bersikap tenang dalam menghadapi kesnya, sekembalinya dari Malaysia.

Bagaimanapun hari ini, demonstrasi oleh beberapa kumpulan kecil tetap dilakukan di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini dengan para pesertanya mendesak kerajaan Malaysia membuat permohonan maaf secara terbuka. - Bernama