Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Gus Dur meninggal dunia

Written By JOM JALAN on 31/12/09 | Khamis, Disember 31, 2009




JAKARTA 30 Dis. – Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid, (gambar) 69, meninggal dunia pada pukul 6.45 petang ini (waktu Indonesia Barat) ketika dirawat di Hospital Cipto Mangunkusumo di sini.

Adik kandung Abdurrahman, Sholahudin Wahid mengesahkan kematian Abdurrahman yang lebih dikenali sebagai Gus Dur dan merupakan Presiden Indonesia keempat itu.

“Saya mendapat khabar beliau meninggal. Khabar yang saya terima beliau meninggal pada pukul 6.45 petang,” kata Gus Sholah kepada pemberita.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan para menteri, kenamaan, ahli keluarga serta rakan-rakan Gus Dur menziarahi jenazah Allahyarham di hospital berkenaan malam ini.

Allahyarham Gus Dur yang merupakan anak sulong daripada enam adik beradik akan dikebumikan di Jombang, Jawa Timur iaitu tempat kelahirannya.

Kesihatan Gus Dur merosot ketika menziarahi kubur Ibu Nyai Fatah di Pesantren Bahrul Ulum Tambak Beras, Jombang, Jawa Timur pada 24 Disember lalu.

Berikutan itu Gus Dur dikejarkan ke Hospital Swadana Jombang kemudian dipindahkan ke Hospital Cipto Mangunkusumo pada 25 Disember lalu.

Gigi Gus Dur dicabut berikutan gusinya yang membengkak dan beliau juga terpaksa menjalani rawatan dialisis di hospital berkenaan.

Pengarah Hospital Cipto Mangunkusumo, Akmal Taher berkata, Gus Dur meninggal dunia akibat kegagalan jantung, ginjal dan masalah gula di dalam darah.

Sementara itu Ketua Dewan Perwakilan Pusat Parti Demokrat, Anas Urbaningrum menyifatkan kematian Gus Dur merupakan kehilangan terbesar kepada bangsa Indonesia.

“Kita kehilangan tokoh besar yang kita sendiri tidak tahu bila lahir penggantinya,” kata Anas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan kepada media.

Beliau juga berkata, Gus Dur menjadi pemecah kebekuan dan kejumudan pemikiran. Dalam pada itu Susilo mengarahkan semua acara sambutan tahun baru dibatalkan bagi menghormati kematian Gus Dur. – Utusan

Sumber: Utusan untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

0 ulasan: