Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Ragnarok eksport baru Korea Selatan

Written By JOM JALAN on 3/08/04 | Selasa, Ogos 03, 2004



NAMA seperti Samsung, Hyundai dan LG mungkin sudah tidak asing buat kebanyakan kita. Semuanya jenama produk Korea Selatan yang popular di Malaysia.


POSTER watak dalam permainan online Ragnarok.


Kini satu lagi produk Korea sudah tiba di negara ini dan bakal menjadi popular seperti jenama tertera diatas, iaitu Ragnarok yang makin mendapat tempat di hati penduduk Malaysia, terutama di kalangan remaja.

Ragnarok ialah game online jenis MMORPG (game online pelbagai pemain) yang sedang berkembang pesat di tanah air, bahkan seluruh dunia.

Ragnarok Online (RO) dibangunkan oleh sebuah syarikat Korea Selatan, Gravity Corp, adalah berdasar manga (komik) Jepun bertajuk sama, yang dicipta oleh kartunis Korea Selatan, Myung Jin-Lee.

Baru-baru ini, pemegang lesen permainan itu di Malaysia, Game-Flier Sdn Bhd, membawa serombongan wartawan Malaysia menyertai Kejohanan Dunia Ragnarok (RWC) pertama diadakan di Seoul, ibu negara Korea Selatan, pada 17-18 Julai lalu. Sebanyak lapan negara dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam kejohanan itu selepas masing-masing negara mengadakan pertandingan untuk memilih wakil ke Seoul.

Malaysia mengirim dua pasukan, masing-masing terdiri daripada sembilan pemain.


Dalam sidang akhbar di Seoul, Pengerusi Gravity Corp, Jeong Ryul Kim (gambar) berkata, pemain RO berjumlah lebih 27 juta orang di 21 negara dengan pengguna tetap berjumlah lebih 800,000.

Di Malaysia, penggunanya berjumlah 590,000 sejak permainan itu diperkenalkan secara komersial pada April lalu.

Kim berkata, perkhidmatan komersial sedang berjalan di lima negara Eropah, iaitu Switzerland, Turki, Itali, Jerman dan Austria manakala di India dan Brazil ia di peringkat beta.

“Gravity berterusan memperkembangkan pasaran antarabangsa, dengan usaha untuk menyediakan perkhidmatan di 30 lebih negara menjelang akhir tahun,” tambahnya.

Katanya, hasil daripada kejayaan global RO, Gravity kini pemaju game terunggul di Korea.

“Disebabkan kejayaan besar ini, Gravity kini menceburi bidang lain berkaitan seperti memasarkan watak-watak game berkenaan, animasi dan game untuk telefon bimbit atau dalam perkataan lain ‘satu sumber, pelbagai guna’.

“Gravity mahu mengukuhkan dirinya sebagai ‘firma mencipta keseronokan’ dengan membangunkan game-game baru yang akan mengikut jejak kejayaan RO dan menceburi perniagaan baru yang boleh meningkatkan nilai syarikat,” tambahnya.

“Salah satu sebab game online berjaya di Korea adalah sokongan padu kerajaan. Korea Selatan kurang sumber semula jadi tetapi hasil daripada komitmen kerajaan terhadap teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), game online boleh menjadi sumber pendapatan ekonomi negara apabila ia dieksportkan ke negara luar,” katanya.

Mengenai RWC, Kim berkata, kejohanan itu mungkin dijadikan acara tahunan dengan tuan rumah dipilih secara bergilir-gilir di antara negara yang mengambil bahagian.

0 ulasan: