Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Written By JOM JALAN on 21/09/04 | Selasa, September 21, 2004


Siti Nurhaliza tidak syak artis, petugas media sebar e-mel fitnah
Oleh: SITI AINIZA KAMSARI
KUALA LUMPUR 20 Sept. - Penyanyi terkenal negara, Siti Nurhaliza Taruddin 25, tidak mengesyaki mana-mana pihak termasuk artis atau kalangan petugas media terbabit dalam penyebaran e-mel layang berunsur fitnah dan ugutan terhadap kehidupan peribadi serta kerjaya seninya.
Siti Nurhaliza berkata, ini kerana beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah hubungan atau konflik peribadi dengan mana-mana pihak.
``Siti tidak ada masalah dengan sesiapa. Siti tidak ada musuh tetapi tidak dinafikan Siti begitu tertanya-tanya siapa yang sanggup melakukan perbuatan ini sehinggakan ada kalangan peminat menjadi begitu keliru.
``Mereka antara hendak percaya dengan tidak, akan kandungan e-mel layang itu dan sedikit sebanyak menyebabkan kerjaya seni Siti terjejas,'' katanya.
``Siti sanggup bersua muka dengan orang terbabit supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,'' katanya ketika ditemui selepas beliau melawat Jabatan Pengarang akhbar kompak Kosmo! di sini hari ini.
Siti Nurhaliza menambah, beliau ingin juga mengetahui apa motif sebenar penyebaran e-mel layang berkenaan.
Semalam, tiga wartawan hiburan, Ku Seman Ku Hussein dari Mingguan Malaysia; Fauziah Mohd. Johar (Zieman) dari The Star dan Abdullah Mamat (Abie) dari Harian Metro memberi keterangan kepada polis Unit Rampasan Harta Bahagian Pendakwaan Undang-Undang Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berhubung nama mereka turut dikaitkan dalam e-mel layang terhadap Siti Nurhaliza.