Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Superman meninggal dunia akibat sakit jantung

Written By JOM JALAN on 12/10/04 | Selasa, Oktober 12, 2004

NEW YORK 11 Okt. - Pelakon Superman, Christopher Reeve, 52, meninggal dunia semalam akibat serangan sakit jantung.

Pegawai perhubungan kepada Reeve, Wesley Combs berkata, pelakon filem Superman yang menjadi kegilaan kanak-kanak itu tidak sedarkan diri kelmarin akibat serangan jantung semasa berada di kediamannya di New York.

Beliau sebelum ini lumpuh selepas lehernya patah semasa terjatuh daripada kuda ketika menyertai pertandingan di Culpeper, Virginia.

Menurut Combs, Reeve dirawat di Hospital Northern Westchester kerana tekanan pada luka, komplikasi biasa yang dialami oleh pesakit lumpuh.

``Sejak beberapa minggu lalu, luka itu berjangkit dan merebak ke seluruh badan,'' katanya.

Para doktor yang merawat Reeve berkata, kemalangan akibat jatuh kuda itu telah merosakkan saraf tunjang beliau.

Sementara itu, isteri mendiang, Dana Reeve mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan suaminya.

``Bagi pihak seluruh keluarga Reeve, saya mahu ucapkan terima kasih kepada Hospital Northern Westchester kerana menjaga rapi suami saya,'' kata Dana.

Semasa hayatnya, Reeve, bekas atlet bukan sahaja terkenal kerana aksinya dalam Superman, tetapi beliau turut mengarahkan beberapa buah filem termasuk Village of the Damned, Above Suspicion dan In the Gloaming.

Reeve, yang dilahirkan di New York City pada 25 September 1952, mula berlakon memegang watak Superman pada 1978 dan kekal bersama siri itu untuk tiga musim.

Reeve meninggalkan seorang isteri dan tiga anak lelaki iaitu Mathew, 25, Alexandra, 21, dan Will, 11 tahun. - AP