Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Takut menghadapi malam pertama

Written By Syafrein Effendiuz on 25/11/04 | Khamis, November 25, 2004

Wanita & Seks: Bakal pengantin ingin tahu petunjuk tahap kesuburan
Bersama Dr Mohd Ismail Tambi


SOALAN: SAYA akan berkahwin tidak lama lagi dan takut menghadapi malam pertama. Mestikah darah keluar bagi perempuan yang masih dara ketika kali pertama melakukan seks?



Dapatkah seorang lelaki berasa kelainan apabila bersama gadis atau bukan gadis? Mohon penjelasan.

BAKAL PENGANTIN,
Pulau Pinang

JAWAPAN: SEBAHAGIAN besar novel romantis menggambarkan malam pertama perkahwinan sebagai malam yang amat mencabar untuk pasangan yang mana pada malam itu jika kedua-dua mempelai itu berhajat untuk melakukan hubungan intim dan perasaan syahwat akan bergelora.

Mungkin perkara itu berlaku untuk sebahagian kecil daripada mempelai yang akan melakukan persetubuhan pada malam pertama, iaitu malam perkahwinan mereka.

Ada juga yang mungkin mengalami perasaan berbeza iaitu isteri berasa takut dan tidak dapat memberi kerjasama kepada suami dan hubungan seksual menjadi tidak selesa dan keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan kulit pembukaan faraj melecet atau selaput dara pecah.

Ada juga situasi iaitu suami terasa tertekan dan sukar mencapai ketegangan dan gagal untuk meneruskan perjalanan atau suami amat terangsang sehingga tidak sempat mendekati pembukaan faraj dan langsung terpancut.

Namun, apa yang penting ialah pasangan tahu tanggungjawab masing-masing.
Suami mendekatkan ketegangan ke paras pembukaan kemaluan isteri manakala isteri juga turut memberi kerjasama kepada suami.

Suami juga melakukan pergerakan secara perlahan dan kemudian secara lembut dan mengikut keselesaan isteri, sambil mengawal ketegangan supaya tidak cepat mencapai kemuncak.

Tidak mudah bagi lelaki untuk mengetahui sama ada wanita itu mempunyai dara atau tidak. Jika kemasukan lancar, itu tidak bermakna wanita itu bukan anak dara lagi.

Ini kerana, ada wanita yang tiada selaput dara tetapi dia anak dara, iaitu wanita yang belum pernah melakukan hubungan seksual dengan lelaki.

Apabila pasangan itu diijabkabulkan, mereka sudah menjadi suami dan isteri dan bertanggungjawab antara satu sama lain. Mereka perlu menaruh kepercayaan kepada pasangan dan mulakan kehidupan tanpa sebarang kemusykilan.(http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Doktor/20041119105838/Article/)- Tanya Doktor - BH