Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Written By JOM JALAN on 15/01/05 | Sabtu, Januari 15, 2005


Umat Islam Aceh, pasukan keselamatan, sukarelawan dan para wartawan mendirikan solat Jumaat di Masjid Baiturrahman di Banda Aceh yang tidak terjejas strukturnya semasa bencana tsunami melanda wilayah itu 26 Disember lalu dan mengorbankan kira-kira 250,000 penduduk.
Masjid berusia lebih 300 tahun itu yang menjadi simbol Banda Aceh, sebelum ini tidak dapat digunakan untuk solat Jumaat berikutan bencana tersebut.
Dalam khutbahnya, imam besar masjid berkenaan, Muhammad Daud Zamzuri berkata: ``Bencana gempa bumi dan ombak tsunami itu merupakan hukuman Allah ke atas kita semua.''