Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Cinta Tsunami

Written By JOM JALAN on 16/03/05 | Rabu, Mac 16, 2005




LONDON 14 Mac - Seorang mangsa tsunami dari Britain yang selama kecederaannya di Phuket dijagai oleh seorang lelaki Thai, akan mengahwini pemuda berkenaan dan merancang terus hidup di negara bakal suaminya itu.
Naomi Bowman, 21, yang bakal menamatkan pengajian di Universiti Oxford berkata, dia mahu berkahwin dengan Theep, 30, seorang jurupandu pendakian yang ditemuinya semasa bencana itu melanda.
Menurut laporan akhbar, Bowman membuat keputusan tersebut kerana telah jatuh cinta dengan seorang lelaki Thailand yang banyak membantunya semasa bencana tsunami melanda ketika dia berada di negara itu.
Jelas Bowman, dia telah mengalami cedera parah selepas dihanyutkan tsunami ketika berada di Pulau Koh Phi Phi dekat Phuket pada 26 Disember lalu.
Katanya, Theep telah menjaga dirinya dengan baik ketika berada di hospital berikutan kekurangan petugas perubatan yang sibuk melayan mangsa lain.
``Oleh kerana kekurangan petugas perubatan, dia yang memberikan saya makan dan membantu saya berjalan,'' jelasnya.
Tambah Bowman, dia kini merancang untuk membuka sebuah restoran di Pulau Koh Phi Phi serta membantu kerja-kerja pemulihan semula pulau terbabit. - AFP