Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Paus Terdampar

Written By JOM JALAN on 16/03/05 | Rabu, Mac 16, 2005



SEORANG penduduk bersama rakannya melihat dari dekat bangkai ikan paus yang terdampar sejak tiga hari lalu di pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey, Klang, semalam. - Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN.

Ikan paus sememangnya biasa dilihat di perairan laut dalam di negara-negara beriklim sejuk seperti di benua Eropah dan Amerika Utara kerana di situ adalah habitat asalnya.
Namun, agak mengejutkan apabila secara tiba-tiba, mamalia itu ditemui mati terdampar di pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey, Klang sejak Ahad lalu.
Sehari sebelum itu, ikan paus yang sama ditemui mati oleh nelayan tempatan di sekitar perairan Pulau Carey.
Sehingga kini Jabatan Perikanan Kuala Langat masih belum dapat mengesahkan jenis serta berat ikan berukuran 12.8 meter panjang dan 2.6 meter lebar itu.
Bangkai ikan itu kini sudah berbau dengan lelehan minyak dan lemak daripada badannya selain beberapa bahagian turut dirosakkan termasuk rahang serta giginya juga telah diambil.[UM]

0 ulasan: