Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Ameng Spring disyaki menagih dadah ditahan

Written By JOM JALAN on 5/09/05 | Isnin, September 05, 2005

KUALA TERENGGANU 4 Sept. - Penyanyi kumpulan Spring, Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail ditahan dalam satu serbuan di sebuah kedai di Pekan Jertih, Besut, semalam kerana disyaki menagih dadah.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11.50 pagi itu, penyanyi berumur 37 tahun ditahan di kedai yang dijadikan tempat karaoke di pekan berkenaan.

Ketua Jabatan Narkotik, Deputi Supritendan Ismail Toh Paduka Ideris berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) yang diketuai Cif Inspektor Hengry Pisa setelah mendapat maklumat daripada orang ramai.

``Polis melakukan pemeriksaan terhadap suspek sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampung Raja, Besut untuk menjalani ujian saringan air kencing.

``Ujian mendapati suspek positif dadah jenis syabu bagaimanapun, tiada dadah ditemui ketika pemeriksaan,'' katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Sebelum itu, media pada tahun ini pernah melaporkan penahanan beberapa orang artis yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Antaranya ialah Noor Shereen Mohamad Hadzim yang lebih dikenali sebagai Shereen, Ahmad Al Jeffry A. Samad (Jeff A to Z) dan Lily Zarina Khalil (Baby Erin-Kumpulan Res2).

Ismail berkata, penyanyi itu berasal dari Kampung Batang Gergaji, Jerteh dan kini menetap di ibu negara bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis sebanyak RM1,000 sementara menunggu pengesahan ujian air kencing.[Utusan]