Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Mawi bukan dibayar RM1,500

Written By JOM JALAN on 18/09/05 | Ahad, September 18, 2005

Pesan: Jadikan wang anda berkerja!

Dapat duit salah, tak dapat pun lagilah salah. Hal ini berlaku kepada Mawi. Kononnya timbul spekulasi membabitkan pembayaran `gaji' untuk Mawi sepanjang bulan Ogos lalu.

Khabar angin yang sengaja disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab tercetus. Kononnya juara AF3 tu hanya mendapat bayaran RM1,500 saja sepanjang Ogos lalu. Entah dari mana dia orang ambil sumber itu, kami sendiri pun tak tahu. Sebab pada kami hal gaji-gaji ini soal sensitif sangat. Takkan berapa duit yang Mawi dapat pun kita perlu tahu, ya tak?

Tetapi awal-awal lagi Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez menjelaskan isu berkenaan kepada Pancaindera.

Kata Freddie, itu hanya tuduhan tidak berasas semata-mata. Ia ditimbulkan untuk merosakkan nama baik Maestro Talent yang menguruskan Mawi.

``Tak benar Mawi dibayar RM1,500. Saya tak tahu kenapa ada yang sanggup buat fitnah macam itu sekali. Nampak macam Maestro tidak bertanggungjawab dan bayar `ciput' kepada Mawi,'' kata Freddie kepada seorang teman kami di Pancaindera.

Jadi, kami pun pujuk-pujuk Mr. Freddie supaya bagi tahu jumlah sebenar pendapatan bulan pertama Mawi.

Tetapi berpegang kepada amanah di bahunya, kata Freddie, dia tidak boleh buka mulut, biarlah menerima macam-macam tuduhan.

``Tak adil untuk Mawi sendiri kalau saya beritahu jumlah sebenar pendapatan dia bulan lalu kepada pihak media. ``Lainlah kalau Mawi sendiri hendak beritahu. Terserah kepada Mawi untuk memberitahu atau tidak,'' kata Freddie.

Biasalah tu Mr. Freddie. Syarikat rakaman baru, tetapi sudah mampu berdiri teguh dan kuat macam Maestro, tentulah ada hati yang panas.

Jadi, orang akan sajalah cakap-cakap tak sihat di belakang. Maestro itu, Maestro ini. Hakikatnya syarikat berkenaan mampu bergerak secara cukup profesional dan berhemah demi untuk kebajikan dan kejayaan artis-artisnya. Memang bukan senang hendak mengurus hampir 50 artis dalam satu-satu masa, tetapi Freddie dan anak-anak buahnya berjaya membuktikan mereka boleh.

Pihak media pun tidak berhadapan dengan sebarang masalah selama berurusan dengan Maestro sebabnya Freddie sentiasa meletakkan media pada kedudukan yang cukup selesa untuk sebarang urusan dengan artis-artisnya.

Berbalik kepada soal Mawi, apa yang pasti kata Freddie, selepas ini Mawi tidak akan berhadapan dengan masalah kewangan lagi untuk beberapa waktu.

Jadi kalau masih ada yang anggap Mawi dipergunakan oleh Maestro dengan sesungguh hati, jangan percaya. Kerja kuat pun untuk yang empunya diri juga. Sama-samalah kita berusaha untuk kemantapan industri hiburan kita di masa depan.