Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Persaraan 5 juta?

Written By JOM JALAN on 19/09/05 | Isnin, September 19, 2005




Siasat Wazir bukan saya: Halil


LANGKAWI: Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib (gambar kiri) semalam menegaskan, bukan beliau yang sepatutnya disiasat berhubung kontroversi majlis persaraannya yang didakwa menelan belanja RM5 juta.

"Siasatlah. Sepatutnya bukan siasat saya. Sepatutnya siasat siapa yang mengatur, bukan saya. Saya punya subordinate, dia ada di sini, anda tanyalah dia. Yang hendak buat farewell itu bukan saya, Datuk Wazir Muaz, (Timbalan Ketua Pengarah) anda tanyalah dia.

�Sebenarnya saya silap kerana menjawab soalan anda semalam (kelmarin) sebab majlis itu bukan saya anjurkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas bermain golf bersama pegawai KDRM di Kelab Golf Teluk Datai, di sini semalam.

Abdul Halil berada di sini untuk menghadiri Mesyuarat Pengarah Kastam Malaysia ke-51 sejak Sabtu lalu hingga Rabu ini di Hotel City Bayview. Perasmian mesyuarat ialah pada hari ini.

Abdul Halil berkata, beliau tidak tahu menahu apa yang dilakukan penganjur termasuk jumlah kutipan.

"Dia kata hendak buat majlis perpisahan untuk saya kerana saya ketua jabatan, saya kata oklah. Saya tidak tahu apa dia kutip dan buat," katanya sambil berkali-kali mempersoalkan jumlah RM5 juta yang didakwa akan digunakan untuk majlis persaraannya.

"Tunjukkan fakta mengenai jumlah untuk majlis perpisahan saja. Perbelanjaan lain hendak dimasukkan sebagai majlis perpisahan tak acilah. Perbelanjaan lawatan kerja ke KDRM negeri sepanjang tahun ini juga tidak mencapai RM5 juta. Takkan lawatan saya ke kastam negeri juga dikira sebagai majlis perpisahan," katanya.

Sementara itu, Wazir ketika diminta menjelaskan perkara itu berkata, jumlah perbelanjaan untuk program KDRM yang dijalankan di lapan negeri adalah sekitar RM200,000.

Beliau menjelaskan, program berkenaan adalah sempena majlis khidmat cemerlang jabatan di negeri terbabit dan bukan khusus untuk persaraan ketua pengarahnya.

"Bukan RM5 juta. Itu saya hendak nafikan. Sekitar RM200,000 untuk lapan negeri untuk program khidmat cemerlang. Kebetulan ketua pengarah hadir, kita tumpanglah sekali untuk beliau beri pesanan kepada pegawai kerana beliau akan bersara," katanya.

Wazir berkata, program KDRM itu adalah selari dengan kehendak kerajaan untuk meningkatkan integriti jabatan serta dilakukan mengikut peraturan.

"Pada saya program perlu dilaksanakan kerana intergriti juga adalah program yang digalakkan oleh Perdana Menteri," katanya sambil menambah, pihaknya sudah memberi penjelasan kepada Perbendaharaan berhubung perkara itu.



0 ulasan: