Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

MAWI telefon tunang setiap hari

Written By JOM JALAN on 3/09/05 | Sabtu, September 03, 2005

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com

SHAH ALAM: Jauh di mata, dekat di hati. Begitulah diibaratkan hubungan juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani atau Mawi, 24, dengan tunangnya, Nor Diana Mohd Naim, (Ina) 21.

Walaupun banyak pihak, termasuk peminat membuat pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka, Mawi dan Ina tetap setia pada janji mereka untuk hidup bersama biarpun ketika ini kesibukan agak membataskan komunikasi dan pertemuan pasangan sepadan itu.


Mawi mengakui sering berhubung dengan tunangnya melalui telefon biasa atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Tiap-tiap hari saya akan menghubungi Ina. Hubungan kami seperti dulu dan faktor jarak tidak pernah menjejaskan ikatan itu.

“Selain Ina, saya juga selalu menghubungi orang tua di kampung untuk melepaskan rindu.

“Kalau tidak silap baru kelmarin saya bertanya khabar dan berbual dengan mereka mengenai keadaan saya di sini,” katanya ketika ditemui selepas Konsert Reunion AF3 di Stadium Malawati, di sini, malam tadi.

Dia bagaimanapun belum memikirkan sebarang perancangan majlis perkahwinan dalam tempoh terdekat ini.

Jejaka kelahiran Felda Taib Andak yang menghiburkan peminat menerusi lagu Mimpi Laila dan Aduh Saleha, kini semakin selesa dengan kehidupan barunya sebagai penyanyi.

Sebelum ini, dia tertekan dengan perhatian melampau yang diberikan peminat dan media.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak syarikat pengurusannya mempergunakannya untuk membuat keuntungan lumayan, Mawi menafikan sekeras-kerasnya.

“Apa jua pekerjaan pastinya meletihkan, malah jadi jaga pun penat juga. Apa yang pasti saya tidak pernah merasa diri dipergunakan kerana sebaik bersetuju menandatangani kontrak bersama syarikat itu saya sudah ‘set’ diri saya adalah pekerja mereka.

“Lagipun saya yang pilih bidang ini, bekerja dan memperolehi pendapatan melalui nyanyian. Justeru, seboleh-bolehnya saya cuba memastikan dapat memenuhi kehendak penganjur dan peminat,” katanya dijangka mula bercuti panjang Syawal ini.

Sementara itu, laporan terbaru mengenai jualan albumnya, Best Of Mawi World sudah mencecah kutipan 180,000 unit dalam tempoh lapan hari di pasaran.


©The New Straits Times Press (M) Berhad

0 ulasan: