Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Kesian Mawi

Written By JOM JALAN on 3/09/05 | Sabtu, September 03, 2005

Sabtu lepas Kak Tim diundang menyaksikan Cosry Gala Merdeka Musical Fashion Show `05 di Royal Ballroom, Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Kuala Lumpur. Ada sebab yang menjadikan hati Kak Tim terbuka menerima undangan dinner show yang menjual meja RM2,000, RM3,000 dan RM5,000 itu.

Kak Tim ingin menyaksikan Mawi pada satu persembahan live yang dihadiri oleh kerabat diraja dan elite itu.

Mawi malam itu nampak lebih berkeyakinan. Pandai berkomunikasi dengan penonton.

Cuma Kak Tim kesian melihat Mawi. Nampak letih betul. Seorang wakil penganjur membisikkan pada Kak Tim malam itu, ``Mawi akan memulakan persembahan dengan empat lagu. Lepas tu, dia kena berlari ke Sepang. Ada show di sana. Selesai di Sepang, Mawi kena balik semula di sini. Dia perlu bersama-sama Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah mempersembahkan lagu penutup, Hanya Memuji.''

Seperti yang Kak Tim duga, Mawi tidak muncul pada acara penutup. Sejak awal, Kak Tim sudah menjangkakannya. Dalam tempoh dua jam, tidak mungkin Mawi dapat `berlari' dari Seri Kembangan ke Sepang untuk buat persembahan di sana dan kemudian datang semula ke Seri Kembangan.

Kalau pun berjaya datang semula untuk sambung menyanyi, tentu persembahan akan meleset. Macam persembahan malam merdeka. Mawi `berlari' dari KLCC ke Dataran Merdeka dan kemudian kembali ke KLCC. Sudahnya, kelesuan suaranya tidak dapat disembunyikan. Ada `bunyi keletihan' dari suara Mawi pada kedua-dua persembahan itu.

Kalau sesekali `berlari-lari' begitu, mungkin tak apa. Tapi Kak Tim dengar, hampir setiap hari Mawi begitu.

Apa pun Kak Tim respek Mawi, bila sehari selepas konsert Cosry Gala itu, seorang wakil penganjur menghubungi Kak Tim. Katanya, ``Mawi datang semula ke konsert itu. Tapi sudah lewat. Dia tiba hampir pukul 2 pagi. Penonton dah balik. Tapi sempat juga kami raikan hari lahirnya walaupun kek yang kami sediakan itu sepatutnya diraikan bersama peminat-peminat Mawi malam itu.''

Dan gambar-gambar meraikan ulang tahun Mawi oleh penganjur konsert Cosry Gala itu dikirimkannya kepada Kak Tim menerusi e-mel.

Kak Tim tengok wajah Mawi pada foto itu nampak layu benar. Kesian!

Mungkin bagi anak muda ini, janji harus ditunaikan walau sudah terlewat. Atau mungkin dia tersepit antara kerjaya dan kepentingan diri!

Cuma bagi Kak Tim, Mawi perlu juga jaga kesihatan untuk mempertahankan kerjayanya. Seorang penghibur, bukan saja perlu menjaga cara pemakanan yang sihat tetapi juga perlu mendapat tidur dan rehat yang mencukupi...bukan sesekali tapi setiap hari!

KAK TIM: Suka mendengar cara Mawi menyapa penonton di Malam Konsert Cosry Gala. Kalau kebanyakan penyanyi bertanya khabar, tapi Mawi, ``Sedang menjamu selera? Mulakan dengan Bismillah dan sudahi dengan Alhamdulillah.''

© UTUSAN MELAYU (M) BHD