Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Mawi sedih kelab peminat bergolak

Written By JOM JALAN on 18/11/05 | Jumaat, November 18, 2005

JANGAN MALU: Mawi (kanan) bersama Farah mengedar
akhbar Berita Harian dan Harian Metro percuma
di Stadium Darulmakmur, semalam.

GCISurf - Get Stability, Great Support, Excellent Benefits

KUANTAN: Juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi mengaku terkejut dengan pergolakan dalam kepemimpinan Kelab Sahabat Mawi (Mawi FC) sehingga mendorong presiden, penasihat dan beberapa ahli jawatankuasa kelab itu meletakkan jawatan malam kelmarin.

Lebih menyedihkan Mawi ialah pengumuman dilakukan sejurus pelancaran album studio sulungnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, malam kelmarin.

“Saya akui wujud sedikit masalah dengan jawatankuasa Mawi FC tetapi saya sudah berbincang dengan 20 jawatankuasanya bagi menyelesaikan masalah itu selepas pulang dari Kota Bharu minggu lalu.

“Dalam pertemuan itu, saya sendiri memohon maaf jika saya yang menjadi punca tidak puas hati ahli Mawi FC dan semua mereka nampaknya memberi reaksi positif untuk berdamai.

Beliau berkata demikian selepas membuat persembahan di hadapan lebih 5,000 peminatnya pada Istiadat Perbarisan Diraja Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-75 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Stadium Darulmakmur semalam.

Sebaik pengumuman peletakan jawatan itu, laman web Mawi FC yang dilayari menerusi alamat www.mawifc.net ditutup sejak tengah malam semalam dengan tertera perkataan The site is currently closed for maintainance. Please come back later.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru itu tidak sedikit pun menjejaskan tumpuan Mawi terhadap usaha mempromosikan album sulungnya walaupun mengaku terkilan.

“Saya tidak mahu masuk campur dalam urusan Mawi FC kerana ia ditubuhkan peminat sebagai tanda sokongan mereka kepada kerjaya saya sebagai penyanyi.

“Terpulang kepada mereka sama ada mahu menerus atau membubarkannya tetapi secara peribadi, saya berbangga dengan kejayaan Mawi FC yang berjaya mengumpul keahlian lebih 40,000 orang,” katanya.

Mawi juga menegaskan bahawa Maestro akan menentukan perjalanan kariernya dan pergolakan dalam Mawi FC bukan faktor utama yang menyebabkan kehadiran peminatnya semakin berkurangan, terutama ketika persembahan di Terengganu 8 November lalu.

“Saya tak pernah letak sasaran berapa ramai penonton yang perlu hadir menyaksikan saya menyanyi, sebaliknya paling penting, saya perlu memberi persembahan terbaik kepada mereka,” katanya.[BH]