Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Written By JOM JALAN on 27/08/04 | Jumaat, Ogos 27, 2004


Nicole Kidman menghidap osteoporosis
LOS ANGELES 26 Ogos - Bintang terkenal Hollywood, aktres Nicole Kidman dilaporkan berhadapan dengan ancaman osteoporosis iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang.
Menurut satu sumber di Los Angeles, pelakon berusia 35 tahun itu telah menjalani ujian kepadatan tulang baru-baru ini bagi memastikan sama ada beliau benar-benar menghidap penyakit berkenaan.
Menurut sumber itu, jadual kerja Kidman yang kini membintangi filem Stepford Wives terlalu ketat dan beliau juga dikatakan tidak mengambil pemakanan yang betul sehingga berhadapan dengan risiko tersebut.
``Nicole terkenal sebagai seorang pelakon yang bekerja terlalu kuat, menghadapi tekanan dan sering bimbang selain kurang makan.
``Beliau juga tidak gembira sejak berpisah dengan kekasihnya, Lenny Kravitz dan kerana itu beliau bekerja keras daripada satu projek ke projek lain bagi melupakan kesedihannya,'' kata sumber itu.
Kidman sebelum ini menghadapi pelbagai masalah kesihatan termasuk pernah keguguran dan patah tulang rusuk sebanyak dua kali sewaktu di set penggambaran Moulin Rouge.
Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang menyebabkan kepadatan tulang semakin berkurangan dan rapuh serta mudah patah.
Bagaimanapun penyakit tersebut biasanya memberi ancaman kepada wanita yang berusia lebih 50 tahun atau di kalangan mereka yang telah menopaus. - Agensi