Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Mangsa cerita pengalaman sambut mayat bayi `tersenyum'

Written By JOM JALAN on 2/01/05 | Ahad, Januari 02, 2005

Mangsa cerita pengalaman sambut mayat bayi `tersenyum'
Oleh: FAUZIAH AROF

PUTRAJAYA 1 Jan. - Menyambut mayat bayi yang dihulurkan seorang lelaki yang tertimbus dalam rekahan tanah adalah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pelajar Malaysia yang terselamat dalam gempa bumi dan ombak tsunami di Acheh, Indonesia.

Shahrul Iswar Idris, pelajar Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Acheh berkata, bayi berusia dalam lingkungan satu tahun itu berlumuran darah tetapi air mukanya tenang dan seolah-olah tersenyum.

``Mungkin lelaki itu bapanya kerana dia menjerit kepada saya bahawa dia hendak mencari beberapa orang lagi anaknya dalam timbusan tanah itu,'' katanya ketika ditemui di Wisma Putra, di sini hari ini.

Shahrul antara 18 pelajar Malaysia dari Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry dan seorang ahli perniagaan yang selamat tiba di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang pada pukul 10.15 malam tadi.

Semua mangsa diterbangkan dari Lapangan Terbang Medan pada kira-kira pukul 8.30 malam menggunakan pesawat C130 Hercules TUDM yang diketuai oleh Mejar (U) Saidi Ali Sahul.

Shahrul pelajar tahun akhir jurusan Usuluddin di institut itu berkata, peristiwa tersebut berlaku pada hari kejadian gempa bumi dan ombak besar tsunami Ahad lalu setelah air mulai surut dan orang ramai yang terselamat mencari saudara-mara yang hilang.

Sewaktu kejadian, katanya, dia dalam kawasan institut tetapi terpaksa melarikan diri kerana mendengar teriakan orang ramai bahawa ada limpahan air yang kuat dari arah laut yang terletak kira-kira tiga atau empat kilometer dari institut itu.

``Saya meletakkan mayat bayi itu di tempat yang selamat supaya tidak dilanggar oleh sesiapa. Sebahagian besar mayat-mayat itu, katanya, adalah bayi, kanak-kanak dan orang tua yang tidak sempat menyelamatkan diri,'' katanya.

Dia yang berasal dari Guar Cempedak, Kedah berkata, keadaan mula disedari teruk apabila air surut yang menyaksikan banyak mayat bergelimpangan.

Rakannya, Nor Affida Abdul Razak, 24, yang berasal dari Sik, Kedah pula berkata, dia melihat keperitan dan penderitaan mangsa-mangsa yang kehilangan keluarga di sana.

``Ada yang hanya membawa anggota badan keluarga mereka yang terkorban seperti tangan dan kaki sambil meratap dan meraung. Keadaan ini menjadi trauma kepada saya,'' katanya.

Affida, pelajar jurusan syariah berkata, dia dan rakan-rakannya sempat mengambil paspot antarabangsa dan berlari ke kawasan yang selamat.

Pelajar jurusan usuluddin, Nurul Faezah Yahya, 22, berkata, dia dan beberapa pelajar Malaysia yang terselamat mencari perlindungan di sebuah masjid yang dijadikan penempatan sementara untuk mangsa-mangsa gempa bumi itu.

``Di sana, kami tidur di atas rumput dan makan apa sahaja yang ada. Kami hidup dalam ketakutan kerana bimbang gempa bumi dan ombak besar berulang,'' jelasnya.

Dalam pada itu, Syafarini Ahmad Ahyat, 24, berkata, sesiapa sahaja akan mengalami trauma jika berada di Banda Acheh pada ketika kejadian sehingga sekarang.

``Sehingga kami menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia, kawasan itu masih dipenuhi mayat dan kami dapat melihatnya dari udara dengan jelas,'' katanya.

Bagi Mohd. Sayuti Mokhyiddin dari Baling, Kedah, dia dan rakannya bergegas ke bilik masing-masing untuk mengambil pasport dan mahu menyelamatkan diri ke tempat selamat ketika gempa bumi sedang berlaku.

Bagaimanapun jelasnya, air naik dengan pantas serta bergelombang kira-kira 100 meter di belakangnya, menyebabkannya mengambil keputusan berlari ke arah masjid.

``Meskipun saya berlari laju tetapi air yang datang lebih laju lagi sehingga saya terjatuh akibat pukulan gelombang itu.

``Pada masa itu saya sempat berpaut pada sebatang tiang dan memanjat melepasi paras air,'' katanya.

Menurut Mohd Sayuti, selepas 30 minit, air mula surut dan beliau ke masjid berjumpa rakan-rakan.

Bagaimanapun katanya, air naik semula menyebabkan semua yang berada di masjid terpaksa memanjat bumbung untuk menyelamatkan diri.

Mahadzir Zamri, 28, dari Kampung Gajah, Perak pula berkata, gegaran pertama gempa bumi di kawasan berkenaan menyebabkan 20 orang maut dan setiap minit muncul berita kematian baru.

Menurutnya, pada masa itu semua orang itu panik dan terdengar jeritan di mana-mana sahaja manakala pelajar-pelajar Malaysia telah berjanji akan berkumpul di masjid jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Dia yang berasal dari Guar Cempedak, Kedah berkata, keadaan mula disedari teruk apabila air surut yang menyaksikan banyak mayat bergelimpangan.

Rakannya, Nor Affida Abdul Razak, 24, yang berasal dari Sik, Kedah pula berkata, dia melihat keperitan dan penderitaan mangsa-mangsa yang kehilangan keluarga di sana.

``Ada yang hanya membawa anggota badan keluarga mereka yang terkorban seperti tangan dan kaki sambil meratap dan meraung. Keadaan ini menjadi trauma kepada saya,'' katanya.

Affida, pelajar jurusan Syariah berkata, dia dan rakan-rakannya sempat mengambil pasport antarabangsa dan berlari ke kawasan yang selamat.

Pelajar jurusan Usuluddin, Nurul Faezah Yahya, 22, berkata, dia dan beberapa pelajar Malaysia yang terselamat mencari perlindungan di sebuah masjid yang dijadikan penempatan sementara untuk mangsa-mangsa gempa bumi itu.

``Di sana, kami tidur di atas rumput dan makan apa sahaja yang ada. Kami hidup dalam ketakutan kerana bimbang gempa bumi dan ombak besar berulang,'' jelasnya.

Dalam pada itu, Syafarini Ahmad Ahyat, 24, berkata, sesiapa sahaja akan mengalami trauma jika berada di Banda Acheh pada ketika kejadian sehingga sekarang.

``Sehingga kami menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia, kawasan itu masih dipenuhi mayat dan kami dapat melihatnya dari udara dengan jelas,'' katanya.

Bagi Mohd. Sayuti Mokhyiddin dari Baling, Kedah, dia dan rakannya bergegas ke bilik masing-masing untuk mengambil pasport dan mahu menyelamatkan diri ke tempat selamat ketika gempa bumi sedang berlaku.

Bagaimanapun jelasnya, air naik dengan pantas serta bergelombang kira-kira 100 meter di belakangnya, menyebabkannya mengambil keputusan berlari ke arah masjid.

``Meskipun saya berlari laju tetapi air yang datang lebih laju lagi sehingga saya terjatuh akibat pukulan gelombang itu.

``Pada masa itu saya sempat berpaut pada sebatang tiang dan memanjat melepasi paras air,'' katanya.

Menurut Mohd Sayuti, selepas 30 minit, air mula surut dan beliau ke masjid berjumpa rakan-rakan.

Bagaimanapun katanya, air naik semula menyebabkan semua yang berada di masjid terpaksa memanjat bumbung untuk menyelamatkan diri.

Mahadzir Zamri, 28, dari Kampung Gajah, Perak pula berkata, gegaran pertama gempa bumi di kawasan berkenaan menyebabkan 20 orang maut dan setiap minit muncul berita kematian baru.

Menurutnya, pada masa itu semua orang panik dan terdengar jeritan di mana-mana sahaja manakala pelajar-pelajar Malaysia telah berjanji akan berkumpul di masjid jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.