Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Tunang sedia hadapi dugaan

Written By JOM JALAN on 6/11/05 | Ahad, November 06, 2005

MAWI bersama Nordiana Mohd. Naim pada sidang akhbar di majlis rumah terbuka juara AF3 itu di Felda Taib Andak, Kulai dekat Johor Bahru, semalam. - Gambar Bernama.

JOHOR BAHRU 5 Nov. - Buat pertama kalinya, Juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani atau Mawi memperkenalkan tunangnya, Nordiana Mohd. Naim, 21, kepada pihak media pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakannya di Felda Taib Andak, Kulai, dekat sini hari ini.



Menurut Mawi, selama ini beliau tidak menonjolkan Nordiana kepada pihak media kerana dia bukan artis.

``Semua orang sudah tahu yang saya ini sudah bertunang tetapi saya tidak mahu menonjolkan tunang saya kerana dia bukan artis. Jadi, dia tidak ada kena mengena langsung dengan kerjaya saya,'' katanya.

Mengenai tarikh perkahwinannya, Mawi berkata: `Belum ada tarikh lagi. Keluarga pun belum menetapkan tarikh.''

Katanya, ketika bertunang kira-kira lapan bulan lalu, keluarga pun tidak menyebut tentang tarikh perkahwinan.

Sementara itu, Nordiana pula berkata, beliau meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada Mawi dan bersedia menghadapi pelbagai dugaan termasuk gosip liar mengenai Mawi.

``Saya percaya seratus peratus kepadanya dan saya juga banyak berdoa dan bersabar apabila berhadapan dengan dugaan.

``Untuk menenangkan hati saya apabila dia digosipkan, saya akan dekatkan diri pada Allah. Itulah kekuatan saya,'' katanya.

Beliau juga mengakui, boleh menerima perubahan mendadak yang berlaku ke atas Mawi yang kini merupakan seorang artis yang mempunyai ramai peminat termasuk peminat wanita.[UM]