Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Gadis tidak datang haid lima bulan

Written By JOM JALAN on 11/11/04 | Khamis, November 11, 2004

Bersama Dr Mohd Ismail Tambi


SOALAN


SAYA berusia 15 tahun. Masalah yang saya hadapi sekarang ialah hampir masuk lima bulan saya tidak datang haid. Pada pendapat doktor, apakah punca utama menyebabkan uzur saya tidak datang.

Adakah saya berisiko mengalami penyakit pada rahim dan adakah saya akan mandul? Apakah punca saya tidak didatangi haid?

PELAJAR RISAU, Segambut, Kuala Lumpur

JAWAPAN
LAZIMNYA, perempuan baligh lebih awal daripada lelaki iaitu di antara satu dan tiga tahun tetapi ada juga perempuan lewat baligh.

Proses baligh bagi perempuan membabitkan perubahan fizikal, emosional dan mental akibat daripada tumbesaran sistem endokrin yang mengawal sistem reproduktif perempuan itu.

Peringkat awal baligh bermula dengan kemunculan bulu roma halus di bahagian anggota sulit, di tundun, ketiak dan anak bulu bahagian bibir atas serta kegebuan tubuh.

Peringkat ini dikenali sebagai 'adrenache' dan kemunculan bulu roma di tundun dikenali sebagai 'pubarche'. Secara serentak kemunculan puting berlaku dan kemudiannya tompok coklat.

Kemunculan puting dan tompok coklat atau 'areola' menandakan permulaan fasa 'telarche' dan kemunculan haid dikenali sebagai 'menarche'.

Jika perubahan berlaku kepada tubuh iaitu wujudnya tumbesaran badan dan kemunculan payu dara dan bulu roma, kemungkinan haid akan muncul.

Ada keadaan, iaitu haid keluar terlebih dulu diikuti perubahan lain seperti tumbesaran payudara dan tumbesaran anggota luar anggota reproduktif.

Apabila sudah mencecah usia 18 tahun dan belum kedatangan haid, mustahak untuk berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan kepastian mengenai tahap kemantapan baligh. Ada sebilangan kecil perempuan yang mempunyai selaput dara menutupi pembukaan faraj dan haid yang keluar dari rahim akan terkandas dalam faraj.

Lama kelamaan bahagian tubuh kelihatan membengkak dan pembukaan faraj yang tertutup akan kelihatan mengembung. Keadaan ini dikenali sebagai 'hymenocolpos' atau selaput dara menutup faraj.

Cara untuk memulihkannya ialah selaput dara itu dibedah supaya darah haid yang bertakung dapat keluar.

Melalui pemeriksaan doktor yang teliti, masalah berkaitan dengan proses baligh akan dapat dikesan dan rawatan sewajar akan diberi.(http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Doktor/20041107110700/Article/)