Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

11 tahanan ISA termasuk anak MB Kelantan dibebaskan

Written By JOM JALAN on 19/10/06 | Khamis, Oktober 19, 2006

BERTEMU KEMBALI... Nik Aziz Nik Mat memeluk anaknya, Nik Adli yang dibebaskan dari tahanan ISA bersama 10 orang yang lain, di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, semalam. – Gambar ZAKI AMIRUDDIN.

Oleh Ruhaidini Abd. Kadir dan Mazli Bidu

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Nik Adli Nik Abdul Aziz, anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak lima tahun lepas dibebaskan hari ini.

Nik Adli, 39, adalah antara 11 orang tahanan ISA yang terbabit dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiah yang dibebaskan serentak.

Lima lagi anggota KMM yang dibebaskan ialah Mohd. Rafi Udin (Cheras, Kuala Lumpur), Zid Shaharani Mohd. Isa (Perak Tengah, Perak), Ahmad Pozi Darman (Sepang, Selangor), Zainon Ismail dan Md. Lotfi Ariffin, masing- masing dari Baling, Kedah.

Keenam-enam anggota KMM itu ditahan di bawah Seksyen 73(1) Akta ISA 1960 berkuat kuasa 24 September 2001 kerana mengancam keselamatan negara.

Anggota JI yang dibebaskan ialah Abd. Samad Shukri, Mazlan Ishak, Syed Ali Syed Abdullah dan Abdul Manaf Kasmuri, semuanya dari Selangor manakala seorang lagi iaitu Alias Sani, berasal dari Sandakan, Sabah.

Pembebasan mereka disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Abdullah memberitahu pemberita di Putrajaya bahawa beliau menandatangani surat pembebasan semua tahanan ISA itu.

Utusan Malaysia difahamkan, Nik Adli dan lima tahanan ISA KMM itu dibawa ke Tempat Tahanan Polis Mukim Batu di sini dari Pusat Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak semalam. Mereka kemudian dibawa ke Bukit Aman dan dibebaskan pagi ini. [UM]
Khamis, Oktober 19, 2006 | 0 ulasan