Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Analisis populariti Mawi AF3 dari kaca mata seorang profesional

Written By Syafrein Effendiuz on 28/07/05 | Khamis, Julai 28, 2005

Saudara Pengarang,
SAYA terpanggil untuk mengulas perbincangan di rancangan Tanya Linda di Astro Ria pada 26 Julai 2005 mengenai seorang peserta Akademi Fantasia 3 (AF3) iaitu Mawi.

Sebagai seorang yang terpelajar, saya berasa amat malu mendengar hujah-hujah yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang pada malam itu terutama profesor yang telah dijemput. Pihak pembangkang seolah-olah `hentam keromo' dan tidak membuat sebarang kajian mendalam mengenai rancangan itu dan industri muzik kita.

Pertama, soal peminat Mawi yang hanya datang dari luar bandar. Saya dibesarkan di Kuala Lumpur selama hampir 35 tahun, berkelulusan profesional dalam bidang perakaunan tetapi saya meminati bakat Mawi. Adakah saya orang luar bandar?

Boleh dikatakan ramai peminat Mawi terutama sekali pengundi senyap adalah golongan profesional yang menetap di bandar. Apakah fakta dan analisis yang dibuat oleh pembangkang tersebut untuk membuktikan bahawa peminat Mawi hanya mereka yang berada di luar bandar, tidak berpelajaran dan low class? Selagi bukti dan sampling tidak ada, maka teori itu hanya tinggal teori sahaja.

Kedua, soal semua penyanyi perlu tahu bermain muzik. Adakah Siti Nurhaliza pandai bermain muzik semasa dia mula diminati? Apa yang dia pertaruhkan hanyalah suara dan bakat. Dia mula belajar daripada kosong apabila dia masuk ke dalam industri ini. Saya rasa pihak pembangkang perlu sedar bahawa pendidikan seperti muzik, tarian dan seni persembahan ini masih merupakan satu kemewahan kepada masyarakat kelas pertengahan ke bawah kerana fokus mereka adalah memastikan pendidikan formal yang lain.

Tidak semua orang mampu mengikuti kelas vokal dan muzik secara profesional dan tidak semua orang berpeluang masuk ke UiTM atau universiti lain untuk belajar muzik.

Jika kita hendak berjaya dalam dunia luar, teori sahaja tidak mencukupi untuk memastikan kita terus bertahan tetapi juga kreativiti, keikhlasan dan kesungguhan untuk melakukan sesuatu. Perkara yang pembangkang asyik bangkitkan itu kalau kita belajar sosiologi manusia kita akan panggil perkara seperti ini paralysis by analysis.

Sekarang baru saya faham kenapa pelajar-pelajar kita yang keluar dari pusat pengajian tinggi hebat dari segi kelulusan di atas kertas tetapi gagal menjadi analitikal dan kreatif.

Ketiga, pihak pembangkang seolah tidak memahami konsep rancangan tersebut walaupun sudah diterangkan dengan jelas oleh Iman Wan. Amatlah memalukan apabila perkara begitu jelas tidak difahami. Saya dapat merasakan mungkin pihak pembangkang bukanlah penonton yang mengikuti rancangan ini setiap minggu kerana hujah yang diberi seperti tiada analisis sebenar dan tidak melihat kepada keseluruhan rancangan tersebut.

Kalau kita sekadar ingin mencari seorang peserta yang boleh menyanyi, maka tidak perlu ada perkara seperti diari. Melalui diari inilah penonton dapat menilai peserta mana yang boleh diterima oleh umum dan peserta mana yang kalau buat album pun sekadar untuk memenuhi pasaran sahaja.

Keempat, persoalan kenapa ramai orang meminati Mawi tetapi tidak Felix atau Marsha yang dikatakan berbakat? Jawapannya ialah setiap seorang manusia itu dianugerahkan oleh Allah kelebihan mereka. Ada orang yang boleh menyanyi dengan sempurna dan hebat tetapi gagal menambat hati orang ramai. Ada orang yang cuma mampu memberikan senyuman tetapi boleh mengubat kelukaan hati seseorang.

Apa yang ada pada Mawi ialah dia ada kelebihan tersendiri. Sebab lain ialah stigma yang dimainkan oleh peminat peserta lain seperti irama nasyid dan lagu Arab yang tiada kelas dan kata-kata hinaan yang budak Felda tidak boleh maju.

Perkara seperti ini tidak boleh dimainkan terutama sekali di dalam mencari undi masyarakat Melayu. Irama nasyid begitu sinonim dengan orang Melayu dan agama Islam. Memperlekehkan nasyid dilihat seperti memperbodoh-bodohkan orang Islam itu sendiri.

Hinaan `anak Felda tidak sampai ke mana' juga merupakan isu yang sensitif kerana pantang anak Melayu dicabar dengan kata-kata seperti itu. Lagipun sudah ramai anak Felda yang berjaya dan memegang jawatan yang tinggi dalam sektor-sektor besar sekarang. Jadi kenapa Mawi juga tidak boleh berjaya?

Kelima, adakah peminat Mawi akan terus meminati beliau selepas keluar dan membeli album beliau? Jawapannya ya. Saya melihat corak peminat Mawi ini berlainan daripada para peminat juara AF musim-musim lalu. Mereka begitu konsisten memberikan undian. Majoriti peminat beliau adalah dari linkungan umur 25 tahun sehingga 45 tahun yang mempunyai kuasa besar membeli album dan juga kredit untuk mengundi.

Soalnya adakah Maestro Talent Management dapat memasarkan Mawi dengan baik dan menghasilkan album yang berkualiti? Zahid bagi saya gagal menghasilkan album yang memberansangkan jika dibandingkan dengan Adam. Amatlah rugi jika pihak Maestro tidak melihat peluang ini dan mengasah bakat yang ada pada Mawi.

Maka sudah tiba masa industri ini melihat apa sebenarnya yang diingini oleh masyarakat. Peminat-peminat beliau bukanlah fanatik seperti yang digembar-gemburkan kerana mereka juga merupakan pengkritik Mawi yang paling vokal apabila Mawi tidak membuktikan kebolehan beliau. - PENGUNDI SENYAP, Selangor.
Khamis, Julai 28, 2005 | 0 ulasan

Sharifah Amani - Tiada jalan pintas

Written By Syafrein Effendiuz on 24/07/05 | Ahad, Julai 24, 2005


Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

SEMUA orang berhak untuk bermimpi.Mimpi tentang bahagia, tentang kejayaan, tentang cinta tetapi tidak pernah ada manusia yang mahu bermimpikan derita.

Ada satu mimpi besar yang dibawa dalam diri pelakon muda berbakat besar yang baru mendapat pengiktirafan, Sharifah Amani. Mimpinya jauh, terlalu jauh. Malah mungkin ada yang menganggap mimpinya tidak mungkin akan tergapai sama sekali.

``Saya positif akan sampai masanya mimpi itu menjadi kenyataan,'' kata remaja 19 tahun ini yang membahasakan dirinya dengan panggilan manja, Nani ini.

``Mimpi ini mungkin sukar untuk digapai, tetapi tidak salah kalau saya mimpi sesuatu yang segemilang itu,'' katanya merujuk kepada mimpi indahnya sebagai anak seni.

Nani baru sahaja dinobatkan sebagai Pelakon Harapan di Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18) yang lalu. Mimpi utama Nani ketika ini sudah pasti tentang dunia yang dimasukinya.

Dia tiba-tiba menjadi dewasa kala bercakap tentang dunia filem. Hilang keremajaannya kala melontar impian dan cita-cita besarnya.

``P. Ramlee sudah meninggalkan harta yang cukup besar kepada penggiat filem. Tetapi kita sudah hampir musnahkannya.

``Di tangan orang muda seperti saya, kita perlu membina mimpi baru. Untuk menyaksikan dunia filem Malaysia ke hadapan, tak ada jalan pintas. Usaha keras perlu bermula demi untuk masa depan yang gemilang.

``Macam api yang membara, rasa itu datang. Kalau boleh, kalau diberi keizinan saya mahu mengubah industri filem kita menjadi lebih profesional dan terkemuka di mata dunia,'' katanya dengan penuh semangat.

Bukan kerana dia baru sahaja memenangi anugerah, tetapi pertama kali menjejak kaki ke dunia lakonan, dia tahu apa yang diinginkannya. Zaman kecil dan remaja yang dilingkungi oleh nama-nama hebat seperti Faridah Merican, Joe Hafsham, Mahadi J. Murat malah bondanya sendiri, Fatimah Abu Bakar menjadikan Nani lebih matang daripada usia kawan-kawan sebayanya.

Berbual panjang dengannya, benarlah bagai yang dikata oleh kawan-kawan saya, bahawa remaja ini lain orangnya. Berbeza benar dari pelakon baru yang pernah saya temui sebelum ini.

Bicaranya nampak yakin, bersemangat dan punya asas, sama seperti kakaknya, Sharifah Aleya yang terlebih dahulu menceburi dunia lakonan dan pengacaraan.

Arus populariti semakin deras

Perlukah populariti? Tanya Nani kembali kepada saya apabila mengacah dengan pertanyaan ``Tak terasa ke diri makin popular?''

Kata Nani, antara populariti dan melakukan kerja yang memuaskan hati semua pihak, dia memilih sudut untuk memuaskan hati semua pihak.

``Populariti tidak akan memberi makna, kalau sampai bila-bila orang pertikaikan kebolehan kita. Saya tak mahu jadi pelakon macam itu.

``Saya lebih selesa diiktiraf kerana mutu lakonan, bukan populariti,'' katanya yang berjanji untuk tidak menjadi manusia yang mudah hanyut dalam populariti.

Kata Nani, ketika mula memasuki dunia filem dia hairan kenapa terlalu banyak sangat `model-model' yang memilih untuk menjadi pelakon.

``Industri kita banyak sangat orang cantik. Orang seperti ini hendak buat banyak sangat benda, tetapi semuanya tak bagus. Itu masalah besar sebab tak fokus, lahirlah kalangan pelakon yang seadanya saja.''

Bagi Nani, untuk apa popular dan nama meletup-letup, kalau isinya kosong.

``Walaupun pakejnya cantik, untuk apa? Orang akhirnya akan menilai kualiti juga,'' katanya.

Seperti mana kebolehannya mengenal apa yang tersirat di sebalik kedudukan industri filem negara ini, kalau boleh dia tidak mahu turut berada di kelompok yang sama.

``Nani selalu pesan kepada diri sendiri, jangan jadi macam mereka. Semua orang hendak popular, tetapi sebelum capai tahap popular ada tanggungjawab lain lagi yang kena buat.'' katanya.

Ketika kakinya masih meletak di dunia glamor dan menjadi perhatian, Nani mahu menggunakan dengan sebaik mungkin.

``Saya akan gunakan dunia glamor dan populariti yang sedikit ini untuk kebaikan,'' katanya.

Badi Pelakon Harapan.

Banyak pelakon yang menggondol anugerah Pelakon Harapan tidak cemerlang dalam kerjaya mereka. Malah ada antara penerimanya menjadi `hidup segan mati tak mahu' dalam industri filem.

Ketika soal badi mereka yang bergelar pelakon Harapan diajukan kepadanya, Nani menjawab mudah.

``Memang saya ada dengar fasal hal itu. Tetapi bagi saya, kalau mahu terus kekal dan lama dalam industri ini, kita sendiri kena usaha lebih.

``Anugerah hanya akan memberi makna kalau kita menjadi lebih bagus daripada sebelumnya,'' katanya.

Malah, kata Nani anugerah juga tidak akan memberi sebarang erti kalau seseorang itu tahu bahawa dia tidak layak untuk mencapainya.

``Bila kita sudah buat kerja keras, yang terbaik dan paling hebat dan kemudian dapat anugerah. Dari situ baru kita rasa nikmat sebenar memegang anugerah,'' katanya lagi.

Bayang mengekori.

Dua jam selepas kemenangannya, ketika kami bertemu di FFM18 lalu, Nani dihimpit oleh peminat. Salah seorang daripada mereka datang dan mencelah ``Kak Aleya, boleh kita bergambar.''

Aleya

Silap lagi. Memang itu yang selalu berlaku. Malah jurugambar kami, Azhar Mogo pun berkali-kali menjerit `steady Aleya, pose cantik-cantik.' Nani yang sudah biasa berdepan dengan situasi itu sesekali membebel juga, tetapi biasanya dia sudah lali dengan kesilapan demi kesilapan itu.

``Saya sendiri tertanya, sampai bila kami harus menjadi bayang antara satu sama lain. Saya selalu dibayangi oleh Kak Leya dan Kak Leya juga dibayangi oleh saya, peninglah,'' katanya.

Dengan nada lucu, Nani menambah, ``Dan kami berdua selalu dibayangi oleh emak kami, ibu Akademi Fantasia,'' katanya merujuk kepada insan yang melahirkan, Fatimah Abu Bakar tenaga pengajar Akademi Fantasia.

Sebenarnya kata Nani, dia tidak mempunyai sebarang masalah kalau ada yang masih tersasul memanggil nama kakaknya. Malah, keadaan yang sama berlaku kepada Aleya.

``Kami sudah jadi kawan, dia teman sebilik saya. Bermusuh pun dengan yang itu jugalah. Hidup dalam keluarga seni memang macam ini,'' katanya dengan ketawa yang pecah.

Keluarga yang bosan

Mengulas lanjut tentang keluarga seninya, kata Nani ia adalah sesuatu yang membosankan. Segalanya perlu teratur dan tidak boleh ada sebarang rahsia di kalangan ahli keluarga mereka.

``Dengan siapa kami berkawan, dengan siapa kami bercinta dan putus cinta pun kena bagi tahu emak dan ayah.

``Sebab itu saya kata keluarga saya boring. Kalau dalam satu hari tak stress tak sah. Kalau orang hendak tahu tentang keluarga saya, memang yang macam dalam filem Sepet tullah. Boringkan?'' tanyanya.

Masa makan malam adalah masa untuk semua ahli keluarganya berkumpul dengan menceritakan macam-macam hal peribadi masing-masing.

Tidak ada sesiapa yang boleh merahsiakan apa-apa dalam keluarga harmoni itu.

``Kalau saya putus cinta, cerita dekat emak, emak yang menangis lebih-lebih. Mungkin sebab dia `drama queen' jadi emosi tu lebih sikitlah,''katanya. Lima minit selepas cerita ini timbul, Nani menerima panggilan telefon daripada Fatimah.

``Mak cakap dia kena pergi pasar sebab ikan, telur, sayur semua sudah habis. Dia juga cakap kakak saya pergi mana, adik saya buat apa dan ayah saya pergi mana, semua ini hari-hari saya kena dengar tau'' katanya disulam ketawa saya dan jurusolek, Nasha.

Apapun, lahir dalam keluarga seni membuatkan dia matang lebih awal dari usia. Ilmu tentang hidup dan kehidupan berjaya diperoleh semenjak usia kecil lagi.

Maka dengan sebab itu, mungkin ada yang menganggap sikap, gaya dan perwatakannya jauh lebih matang dari usia remajanya- 19 tahun.

Mimpi Nani :

- Suatu hari nanti dia mahu bekerja dengan karyawan filem Hollywood dan Bollywood.

- Filem Malaysia tercalon ke Academy Award. ``Kita boleh buat, kalau kita mahu.''


- Dunia luar ternanti-nanti untuk tonton produk filem baru Malaysia, sudah tentu kita akan bangga dengannya.

- Sambung pelajaran dalam bidang lakonan di luar negara.


Ahad, Julai 24, 2005 | 0 ulasan

Peluncuran Buku Kumpulan Puisi

Written By Syafrein Effendiuz on 23/07/05 | Sabtu, Julai 23, 2005


Faiz: Saya Senang Tapi Juga Sedih

Jakarta, 22 Juli 2005 19:40
RAUT wajah pemuda cilik itu menyiratkan rasa cape, namun kegembiraan tampak dari wajah imutnya. Betapa tidak, hari itu, Abdurahman Faiz baru saja meluncurkan buku ketiganya, Aku Ini Puisi Cinta. Juara Lomba Cipta Puisi Tingkat SD Seluruh Indonesia itu mengaku senang, tapi juga sedih. Lho?
"Yang bikin aku sedih, buku ini mahal. Kasihan teman-teman kecilku," kata putera pasangan Tomi Satryartomo dan Helvy Tiana Rosa kelahiran Jakarta, 15 November 1995 itu kepada Gatra.com, seusai acara peluncuran, Jumat sore, di Toko Buku QB, Pondok Indah Jakarta. "Memangnya kita tidak boleh ya menentukan harga buku sendiri, atau buku ini terlalu bagus untuk anak kecil?" ujar Faiz, tentang buku terbitan DAR Mizan ini, polos. Helvy, cerpenis produktif yang selalu mendampingi putera tercintanya, membenarkan bahwa harga buku itu terlalu mahal, sehingga tidak terjangkau oleh anak-anak dari semua kalangan.

Aku Ini Puisi Cinta merupakan kumpulan puisi pilihan dari dua buku Faiz sebelumnya, Untuk Bunda dan Dunia (Mizan, Februari 2004) dan Guru Matahari (Mizan, Oktober 2004), dengan tambahan beberapa tulisan baru. Penerbit mengemasnya dalam jilid hard cover yang luks.

Faiz sudah menulis puisi sejak usia lima tahun. Tahun 2004, karyanya, Sahabatku Buku, menjuarai Lomba Cipta Puisi Tingkat SD Seluruh Indonesia. "Kemampuan Faiz menulis dalam perkiraan saya sepuluh tahun melampaui umurnya," tulis Sastrawan Taufiq Ismail, dalam kata pengantar buku Untuk Bunda dan Dunia. Untuk karyanya ini, Faiz mendapat dua penghargaan tingkat nasional, masing-masing Anugerah Pena Forum Lingkar Pena 2004 sebagai Penulis Pendatang Baru Terpuji, dan Anugerah Buku Terpuji Adikarya IKAPI 2005.

Sedangkan buku keduanya, Guru Matahari, masuk nominasi Khatulistiwa Literary Award 2005, salah satu anugerah karya sastra nasional.

Saat kelas II SD, pada 2003, Faiz meraih Juara I Lomba Menulis Surat untuk Presiden (Megawati) Tingkat Nasional, yang digelar Dewan Kesenian Jakarta. Faiz juga pernah menulis surat pada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 21 September 2004, usai menonton quick count pemilu presiden yang disiarkan langsung stasiun televisi swasta.

Meski Faiz pernah diundang membacakan puisi di depan sejumlah tokoh nasional, seperti Megawati Soekarnoputri, Susilo Bambang Yudhoyono, Abdurrahman Wahid, Nurcholish Madjid, Amien Rais, Hidayat Nur Wahid dan tokoh lainnya, ia mengaku lebih berkesan membacakan puisi-puisinya di depan teman-teman kecilnya di tepi Kali Ciliwung, kolong Jalan Tol Layang Penjaringan, serta panti-panti asuhan.

Maka tak mengherankan, jika Faiz --yang berobsesi punya punya toko buku sendiri yang hebat, sehingga bisa memberi diskon gede-gedean pada anak-anak-- cukup gelisah, mengetahui buku terbarunya dikemas dalam edisi luks, sehingga tak terjangkau teman-teman kecilnya itu.

Faiz, yang jadi anggota Forum Lingkar Pena Kids ini, tengah mempersiapkan buku keempat dan kelimanya, masing-masing Permen-permen Cinta Untukmu (kumpulan cerita yang pernah dimuatnya dalam situs Multiply-nya) dan Kisah dari Negeri yang Menggigil (kumpulan puisi), yang akan terbit tahun ini pula. Teruslah berkarya, Faiz!

Tian Arief
Sabtu, Julai 23, 2005 | 0 ulasan

Rafidah menangis

Written By Syafrein Effendiuz on 20/07/05 | Rabu, Julai 20, 2005

Oleh Norfatimah Ahmad dan Nurul Hazren Masitom

SEBAK: Rafidah menangis ketika membaca perenggan terakhir surat yang diserahkan kepada Dr Mahathir pada sidang akhbar
di PWTC, semalam.


KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, semalam tidak dapat menahan kesedihan ketika menjelaskan hubungannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggap seperti bapa.

Rafidah yang sebelum itu ceria dan bersemangat menjelaskan isu permit import (AP) kereta yang mencetuskan kontroversi selepas dibangkitkan bekas Perdana Menteri, sebak dan menangis ketika membaca perenggan terakhir surat yang diserahkan kepada Dr Mahathir.

“Saya mengakhiri surat saya dengan menyatakan... sekianlah dari saya dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-80 kepada Yang Berbahagia Tun, semoga Tun dan Tun Dr Siti Hasmah... (terhenti kerana sebak dan menangis) berada dalam keadaan sihat dan sejahtera,” katanya dalam keadaan teresak-esak.

Berikutan itu, suasana sidang akhbarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Wanita Umno di tingkat 38, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, menjadi sayu dengan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang duduk di sebelah kanan Rafidah, kelihatan tergamam.

Beberapa Exco Wanita termasuk Penolong Setiausaha pergerakan itu, Datuk Faridah Abu Hassan, turut sebak.

Ditanya mengapa beliau menangis, Rafidah dalam keadaan tersedu mengatakan beliau terlalu sedih kerana dituduh biadap, sedangkan beliaulah orang pertama menghalang Dr Mahathir daripada meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Rafidah sebelum itu ditanya wartawan berhubung desakan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin, supaya beliau meminta maaf daripada Dr Mahathir kerana isu berkenaan dikatakan amat menyinggung perasaan bekas Perdana Menteri.

“Saya tak tahu kenapa Zam cakap macam tu, sebenarnya saya tidak bersalah dengan sesiapa bahkan Tun pun bukan mengata saya. Tun hanya menyatakan beberapa perkara yang saya telah pun beri jawapan secara terhormat dalam surat kepada beliau.

“Hubungan saya dengan Tun tidak pernah berubah, isu ini bukan mengenai hubungan saya tetapi menjelaskan kedudukan sebenar. Saya fikir penting untuk Tun mengetahui fakta dan angka sebenar kerana saya bimbang beliau mengetahuinya daripada orang lain.

“Sekiranya Tun mendapat maklumat atau ada orang lain yang memberitahu beliau tetapi ia tidak tepat dan menganggapnya sebagai betul, maka saya akan sedih kerana saya perlu memberitahu perkara sebenar supaya beliau tidak menyatakan perkara tidak betul kepada mana-mana pihak,” katanya.

Rafidah berkata, beliau bersedia bersemuka dengan Dr Mahathir jika diminta berbuat demikian selepas bekas Perdana Menteri itu pulang daripada bercuti di luar negara.

“Ada salah faham di sini yang mengatakan saya bersikap biadab dengan Tun sebaliknya jauh daripada itu, hubungan saya dengan Tun diibarat seperti saya tidak boleh bersikap seperti itu dengan beliau yang dianggap sebagai bapa.

“Jangan sesiapa sesekali beranggapan bahawa saya biadap dengan Tun kerana orang berkenaan sememangnya tidak memahami perasaan saya,” katanya.

Beliau turut menceritakan satu kisah ketika perjumpaan Kabinet yang mana Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir kerana memakai tali leher yang dihadiahkan sempena hari lahirnya.

“Saya bertanya kepada Samy Vellu, apa yang beliau maksudkan dengan tie saya dan beliau menjelaskan tie itu dihadiahkan kepada Tun sempena hari lahirnya.

“Saya terperanjat kerana Samy Vellu memberi Tun hadiah dan Tun terus mengatakan ‘Rafidah anda adalah satu-satunya menteri yang tidak pernah memberi saya hadiah hari lahir’. Saya terkejut dan meminta maaf kepada Tun melalui surat.

“Saya katakan, saya memang tidak pernah beri Tun hadiah hari lahir tetapi hadiah saya ialah selalu mendoakan Tun terus sihat dan sejahtera,” katanya.

Ditanya sama ada perasaan beliau kini lega, Rafidah berkata: “Anda lihat al-Quran di depan saya dan saya sedar apa yang saya lakukan. Saya berharap media tidak memainkan perkara ini dengan sewenang-wenangnya kerana anda seperti menjirus minyak ke dalam api dan mencetuskan banyak salah faham.”
Rabu, Julai 20, 2005 | 0 ulasan

Masalah pembuangan air kecil lelaki

Written By Syafrein Effendiuz on 17/07/05 | Ahad, Julai 17, 2005

KERAP kali dalam sehari, terpaksa berulang ke tandas!! Pundi kencing masih terasa penuh walaupun baru sahaja ke tandas. Kadangkala, terpaksa pula meneran bagi memastikan tiada lagi air kencing bertakung dalam pundi kencing. Rasa ingin membuang air kecil, kadangkala tidak dapat ditahan-tahan. Rasa tidak selesa juga timbul apabila air kencing meleleh selepas melangkah keluar dari tandas. Lalu, terpaksa masuk semula ke tandas.

Malahan, terpaksa pula menghabiskan masa di dalam tandas kerana sukar memulakan kencing. Sudahlah sukar memulakan kencing, pengaliran air kencing pula perlahan.

Ada kalanya, pembuangan air kecil juga menyakitkan. Waktu tidur terjejas kerana terjaga pada waktu malam untuk membuang air kecil. Akan tetapi, hanya beberapa titik sahaja yang keluar apabila ke tandas.

Masih ramai di kalangan kaum lelaki yang mengabaikan masalah pembuangan air kecil, terutamanya mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Mereka menganggap masalah tersebut adalah normal bagi orang lelaki yang semakin berumur.

Akan tetapi, tahukah anda masalah tersebut mungkin berpunca daripada pembesaran prostat dan prostatitis?

Pembesaran prostat atau hiperplasia prostatik benigna (BPH) berlaku akibat daripada pengumpulan hormon dihidrotestoteron (DHT) pada kelenjar prostat.

DHT terbentuk daripada hormon seks lelaki akibat tindakan enzim 5-alfa-reduktase bertindak mengubah hormon seks lelaki, testoteron.

Pengumpulan DHT pada kelenjar prostat meningkatkan penghasilan sel prostat pada kelenjar prostat dan mengakibatkan ia membesar. Pembesaran kelenjar prostat tersebut akhirnya menghimpit saluran kencing (uretra) sekali gus menimbulkan masalah pembuangan air kecil.

Prostatitis merupakan radang pada prostat yang disebabkan oleh jangkitan bakteria seperti Escherichia coli (E. coli), Proteus dan Staphylococcus. Jangkitan bakteria berlaku melalui saluran darah, sistem limfa atau uretra. Prostatitis juga boleh berlaku akibat BPH yang tidak dirawat.

Herba bagi mengatasi masalah pembuangan air kencing

Saw Palmetto merupakan herba daripada pokok palma yang sangat bermanfaat dalam mengatasi masalah pembuangan air kecil pada lelaki. Ekstrak buah Saw Palmetto mengandungi sterol tumbuhan seperti beta-sitosterol.

Melalui penyelidikan yang telah dijalankan, Saw Palmetto didapati mampu menghalang pembentukan sel prostat dengan menghalang tindakan enzim 5-alfa-reduktase terhadap testosteron.

Gabungan herba Saw Palmetto dan pumpkin seed (biji labu) memberikan kesan sinergistik untuk hasil yang lebih baik.

Ekstrak biji labu kaya dengan mineral seperti zink, sterol tumbuhan dan asid lemak perlu.

Mineral zink yang terkandung pada biji labu merupakan mineral penting untuk perkembangan organ pembiakan dan membantu mengelakkan pembesaran prostat.

Tingkatkan pengambilan makanan berserat daripada sayur-sayuran hijau, tomato, kubis bunga dan brokoli dan buah-buahan segar.

Ini adalah untuk mendapatkan mineral, vitamin, antioksidan dan serat yang penting untuk sistem penghadaman dan kesihatan tubuh badan.

Nikmati daging tanpa lemak, ikan dan makanan laut.

Mulakan langkah mengatasi masalah pembuangan air kecil dengan mengambil suplemen herba seperti Saw Palmetto dan pumpkin seed sebagai alternatif semula jadi yang mudah dan menjimatkan.

Minum satu hingga tiga liter air sehari bagi menggalakkan pengaliran air kencing tetapi elakkan pengambilannya pada waktu malam.

Elakkan minuman berkafeina dan beralkohol kerana kedua-duanya boleh memudaratkan lagi masalah pembuangan air kecil.

Bersenam selalu untuk sekurang-kurangnya 20 minit, tiga kali seminggu bagi menyihatkan otot dan badan.
Ahad, Julai 17, 2005 | 0 ulasan

Linda diselubungi kontroversi

KONTROVERSI hampir-hampir menjadikan jalan lurus yang menanti di hadapannya kabur dan berdebu. Seolah-olah ada kekangan untuk dia meningkat pantas, apabila satu demi satu berita buruk dikaitkan dengan dirinya.

Mulanya soal status Linda yang dipersoalkan. Kononnya naib juara Akademi Fantasia 2 (AF2) ini adalah ibu kepada seorang anak, tetapi merahsiakannya. Kemudiannya soal kereta mewah yang dipandunya dikatakan ditaja oleh seseorang. Diikuti pula kisah keakrabannya dengan seorang personaliti wanita yang kemudiannya dikaitkan perasaan cinta.

Pendek kata, macam-macam hal yang dikaitkan dengan Linda, semuanya yang tidak sedap di pendengaran. Ini membuatkan namanya bagaikan tenggelam dek kuasa-kuasa anasir tidak sihat itu, lalu meninggalkan dia sedikit di belakang dibandingkan dengan nama-nama bintang baru lain.

Apalah daya. Kata Linda, dia tidak mempunyai kebolehan untuk menutup mulut orang lain daripada bercerita yang tidak baik tentang dirinya.

``Benar kak, kadang-kadang saya sampai tahap fobia untuk jumpa orang media,'' kata Linda meluahkan perasaan kepada Pancaindera.

Menurut Linda, dia pernah berasa takut untuk ditemu bual oleh rakan-rakan media. Tidak mahu hal yang bukan-bukan ditanya dan pada masa yang sama seolah-olah memaksa dirinya untuk menjawab, sedangkan kalau boleh dia tidak mahu melayan gosip dan tuduhan kurang berasas.

``Saya takut sebab tak tahu lagi hendak jawab apa dah. Balik-balik hal sama orang tanya, saya jadi sedih sangat dengan keadaan itu sampai rasa tak mahu jumpa orang lagi terutamanya orang media tetapi akhirnya saya terpaksa akur, inilah perjalanan yang saya pilih. Kalau ini jalannya, hendak tak hendak saya kena lalui dan hari ini saya semakin dewasa.

``Hari ini kalau ada gosip teruk saya tak menangis lagi. Tak mahu ambil pusing sebab tak mahu buat kepala serabut,'' kata Linda dalam senyum yang dipaksa, meluahkan rasa hatinya dengan mata yang berkaca.

Tidak seperti fotografi pertamanya dengan Pancaindera pada Ogos tahun lalu, kini bicaranya nampak makin yakin.

Walaupun dibalut seribu masalah, Linda seorang wanita yang kuat dan hari-hari yang dilewatinya nampak benar makin mematangkan dirinya.

Kata wanita Katholik kelahiran Ranau, Sabah ini dia sedar dibandingkan dengan Farah, Adam dan Zahid, namanya makin merudum. Semuanya gara-gara berita tidak sihat yang dibabitkan dengan dirinya selama ini.

Kata Linda, dia sendiri tidak tahu kenapa takdirnya sedemikian rupa. Ketika banyak yang melihat namanya bakal naik dengan pantas dalam bidang nyanyian dan lakonan dalam masa yang sama seperti ada sekatan untuk dia bergerak dengan lurus, mencari masa depan gemilang.

Sebagai pemenang tempat kedua di Akademi Fantasia 2 musim lalu, Linda dilihat tewas dengan Farah dan Adam, yang mana kedua-duanya jauh lebih popular dibandingkan dengan dirinya.

Farah lebih awal menerbitkan album sulungnya, sama juga dengan Zahid. Sementara Adam sudah mampu berbangga dengan lagu sendiri, sedangkan Linda tiada apa-apa lagi yang boleh dibanggakan.

Apa yang Linda ada? Tak ada apa-apa, cuma mengharapkan persembahan pentas saja. Filem? Terlalu awal mengukur kemampuannya kerana filem lakonannya Gila-Gila Pengantin Popular juga belum di pawagam.

``Memang kawan-kawan lain ada yang jauh ke depan dibandingkan dengan Linda ketika ini.

``Tetapi itu tidak bermakna Linda tidak mendapat peluang yang sama seperti mereka,''kata Linda menegaskan kenyataan.

Menjawab tentang nasib malangnya, kata Linda dia sendiri terkejut apabila berhadapan dengan semua itu. Paling dia kesal apabila hampir tidak ada berita positif tentang dirinya, seolah-olah langkah yang diaturnya teramat sumbang.

``Adakalanya terfikir juga kawan-kawan lain pun kena gosip juga, tapi tak seteruk saya. Seolah-olah apa yang saya buat, semuanya salah.

``Hendak berkawan dengan orang pun salah, hendak buat benda tu tak kena, benda ni pun kena komen. Semuanya jadi serba tak kena,' katanya mengulas mengenai kekecewaan hati dengan lebih lanjut.

Apakah Linda yakin bahawa dia berada di landasan yang betul dan segala tujahan hanya kata-kata fitnah yang tidak berasas?

``Ya, saya berani kata setakat ini saya di landasan yang benar. Pasal kereta, gosip tu bukan saya yang cipta, pihak lain yang cipta,'' tegasnya dengan yakin.

Linda bertanya kepada diri sendiri kenapa hal-hal kecil pun mahu dikaitkan dengan dirinya.

`` Apa yang saya buat, orang lain pun buat juga, tetapi kenapa hanya saya saja yang kena?

Tujahan paling mengguris sudah tentu tentang hak milik keretanya yang dipersoalkan.

``Satu lagi, pasal orang kata saya sudah ada anak. Itu memang tahap teruk kepada saya.

``Saya cuba hendak bagi tahu semua orang bahawa itu tidak benar, tetapi macam mana?

``Akhirnya saya sendiri yang kena makan hati, orang cakap macam-macam tapi tak ada peluang untuk bela diri,'' katanya.

Akhirnya dia terpaksa akur, ini adalah jalan yang sudah dipilih. Bahawa dunia artis terpaksa didepani dengan penuh keberanian.

``Dulu saya hanya baca gosip dan kontroversi artis lain. Sekarang bila kena pada diri saya sendiri, baru saya tahu betapa sakitnya untuk berhadapan dengan semua ini.

``Apa hendak buat, jalan ini sudah saya pilih. Jadi, sabar sajalah selagi saya boleh bersabar,'' katanya.

Kelewatan album sulungnya berada di pasaran adalah berpunca daripada dirinya sendiri, bukan syarikat rakaman Maestro Talent.

``Mereka hendak terbit album saya dulu, selepas Zahid sebelum Farah. Tetapi masa sepatutnya masuk studio, saya sakit. Suara langsung tak keluar dan Maestro bagi saya cuti seminggu.

``Bagaimanapun proses rakaman kena mula juga sebab studio sudah ditempah, jadi Farah yang masuk studio dulu, sebab saya tak sihat.'' katanya.

Selepas dia sembuh, kata Linda dia bersemangat untuk meneruskan rakaman yang tergendala,tetapi sibuk pula dengan aktiviti jelajah AF2 di seluruh negara.

``Saya sendiri pun geram sebab album saya asyik tertangguh. Kalau ada album sendiri mungkin orang tak akan cakap hal-hal yang tak relevan dengan kerjaya seni saya macam sekarang macam yang sedang Farah nikmati sekarang.

Dia jarang kena gosip, sebab dia ada album yang hendak diceritakan, tetapi saya tidak. Mungkin sebab tu orang asyik cakap hal-hal di luar kerja seni saya,'' katanya memberi tanggapan.

Nah, jelas bukan hanya Farah yang disayangi di Masetro Talent, tetapi kesemua bakat baru yang diusahakan untuk berkembang. Cuma masa untuk Linda akan sampai apabila album sulungnya akan ke pasaran nanti.

Sudah terjawab kenapa dan mengapa album Farah lebih dahulu keluar di pasaran. Bukan kerana Linda kurang bagus atau bukan juga kerana pilih kasih Maestro Talent. Sama sekali tidak.

``Album lambat sebab salah saya sendiri. Tetapi nampaknya selepas ini peminat tidak akan menunggu lagi.

``Saya sudah sambung semula rakaman yang tertangguh dan album sulung saya akan dipasaran bila-bila masa saja lagi,'' katanya mengenai album yang dijangka dipasaran awal Ogos ini.

Inilah masa untuk membersihkan segala kekeruhan. Setelah terpalit dengan pelbagai kontroversi yang kurang sihat dan banyak menjejaskan namanya, pemilik nama penuh Norlinda Nunawil ini merasakan dia perlu melakukan sesuatu demi menjaga maruah dan peribadi diri.

``Nama saya perlu dibersihkan. Untuk masa depan, saya tidak mahu lagi melayan perkara-perkara negatif. Saya sudah semakin yakin dengan diri dan pasti apakah kehendak masa depan saya.

``Paling penting saya mahu memberi sepenuh tumpuan kepada kerjaya nyanyian. Biarlah masa yang akan menentukan segalanya dan saya percaya hari depan akan sentiasa cerah untuk saya andai saya tidak mudah menyerah kalah dengan keadaan,'' azamnya.

Pun begitu bukan hanya kecewa yang diraih dalam perjalanan menuju puncak. Masih ada juga berita gembira yang menceriakan dirinya sepanjang bergelar orang popular seperti hari ini.

``Pertamanya sudah tentu rezeki yang datang. Saya gembira sebab rezeki selepas AF banyak membantu kehidupan saya dan membolehkan saya menyara keluarga.

``Apa yang keluarga hendak saya boleh sediakan setakat mana yang saya termampu dan ia mengubat kepedihan yang sama rasai,'' katanya.(TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN)
Ahad, Julai 17, 2005 | 0 ulasan

Bicara Pengetua AF3

Written By Syafrein Effendiuz on 14/07/05 | Khamis, Julai 14, 2005


Oleh WANDA IDRIS

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan kalau M.Nasir mencetuskan kontroversi. Setiap butir kata yang dilontarkan, seringkali menjadi topik perbualan ramai.

Kehadirannya sebagai pengetua Akademi Fantasia 3 (AF3) bukan sahaja diperkatakan malah pandangan kritisnya terhadap beberapa pelajar juga dipertikaikan. Khususnya apabila dia menyebut nama Mawi sebagai pelajar yang patut tersingkir, ramai peminat fanatik program itu menjadi marah.

Ramai yang kata, sebagai pengetua, M. Nasir tidak sepatutnya berkata begitu; sekalipun itu sekadar pandangannya sebagai seorang profesional.

Malah bahasa `kau/aku' yang digunakan sewaktu bercakap dengan para pelajar di akademi pun turut menjadi isu.

Mega berkesempatan bertemu M. Nasir baru-baru ini di pejabatnya di Luncai Emas, Sungai Buloh, Selangor dan bertanya kepadanya tentang kontroversi yang tercetus di samping pandangannya terhadap para pelajarnya di akademi.

MEGA: Bila anda menyebut Mawi patut disingkirkan beberapa minggu lalu, ramai yang marah-marah. Apa pendapat anda?

M. NASIR: Kalau sekarang ini saya nak buang pun boleh. Saya kan pengetua (ketawa).

Kadang-kadang orang bermain dengan emosi kerana pilih kasih. Tapi kadang-kadang tak mengaku. Kerana mereka ni dah jatuh cinta dengan program itu. Jadi mereka mempunyai emosi yang semacam... sokong orang yang dia suka sekali.

MEGA: Apa perasaan anda bila orang marah-marah begitu sedangkan itu hak anda?

M. NASIR: Saya lihat dari sudut, siapa yang beri komen. Tapi saya rasa saya punya satu kedegilan.

MEGA: Apa yang cuba disampaikan sebenarnya apabila anda memberi komen begitu.

M. NASIR: Kenapa tak boleh pula? We are in a business of memberitahu. Dalam memberitahu, ada benda yang lebih menarik yang orang nak tahu lagi. Media... televisyen... ia menerangkan. Dalam hiburan juga. Jadi banyak perkara yang akan berlaku dan memberi kesan kepada emosi orang.

Kadang-kadang dia macam politik juga. Kadang-kadang macam business. Kalau dalam bidang media, kebanyakannya kerana business. So kita nak duduk kat mana, itu terpulang kepada kita. Dan saya tidak akan memberitahu, saya duduk di mana...

MEGA: Sebagai pengetua, apa pandangan anda?

M. NASIR: Sebagai pengetua, sasaran saya ialah untuk membawa pelajar ke tahap yang saya rasa mereka boleh tercapai - untuk jadi penyanyi dan pelaku (performer). Pandangan saya dalam dunia hiburan begitulah. Kita mencari kedua-duanya.

Mungkin ia satu tugas yang boleh dikatakan mustahil dalam jangka masa tiga bulan. Sebab untuk kenal mereka sahaja mengambil masa tiga minggu. Dari situ baru kita boleh bergerak mencari kebolehan mereka.

Sejauh ini, kebanyakan yang datang ke akademi tidak mempunyai dasar. Itu sebab ramai yang tak interpretasikan lagu yang dinyanyikan dengan baik. Macam mana nak interpretasikan ialah dengan cara meniru. Tapi itu satu daripada cara belajar.

Jadi sebenarnya ia mengambil masa yang lama kalau betul-betul nak jadi artis yang baik. Umpamanya kalau orang pergi ke sekolah seni persembahan, mereka belajar bertahun-tahun untuk dapatkan dasar saja.

MEGA: Macam mana nak `masukkan' semua pelajaran itu dalam masa yang singkat?

M. NASIR: Mereka yang masuk memang sudah punyai satu benda yang in common iaitu bakat alam. Kebanyakannya mempunyai keistimewaan. Bakat alam menyanyi dan the next to perform. The next maknanya bukan sebarang orang boleh, `eh! kau nyanyi' dan dia menyanyi di depan orang. Tak semua orang boleh buat begitu. Ada orang malu. Tapi budak-budak ini, mereka buat. Dalam kekok ke... apa ke... dia buat juga. Maknanya, dia dah ada kemahuan untuk menjadi penyanyi/pelaku. Hanya pengetahuan dan kemahiran yang kita sedaya upaya hendak berikan kepada mereka dalam tempoh yang singkat.

MEGA: Bila terajui AF3, apa sebenarnya yang M. Nasir nak buat?

M. NASIR: Pada dasarnya sesiapa yang masuk akademi ialah untuk mempertingkatkan kualiti persembahan dan kemahiran. Tapi kalau boleh satu hari nanti saya mahu mereka menjadi artis... yang ada gred. Jadi artis yang berkaliber dalam erti kata sebenar. Tapi itu hanya cita-cita kecil saya untuk dia orang.

MEGA: Orang juga mempertikaikan mengapa anda sebagai pengetua bercakap `kau/aku' dengan pelajar. Ada kata tak bagus.

M. NASIR: Beginilah... orang kadang-kadang lupa bahawa kita dalam akademi persembahan yang berhadapan dengan mereka yang berjiwa seni.

Kita bukan akademi tentera. Kita berurusan dengan artis tau. Artis satu golongan yang agak berbeza daripada orang lain. Satu golongan kreatif yang emosinya lebih... sensitivitinya tinggi.

Jadi saya rasa pendekatan yang diambil perlulah menjadikan dia lebih meluahkan... sebab dia nak memberikan hiburan kepada orang. Bukan dalam ketakutan dia nak memberi hiburan kepada orang. Ada pendekatan yang tertentu. Tapi tak bererti dia mesti tegaskannya...

MEGA: Apakah anda merasakan cara aku/kau lebih diplomatik?

M. NASIR: Tapi saya rasa, kau dan aku daripada saya tak sama dengan kau dan aku bila budak-budak bercakap. Bahasa yang saya gunakan agak berbeza sedikit. Kau dan aku ada peringkatnya... Kalau kekasih berbual, jadi lain. Tapi aku daripada Nasir (M.Nasir) lain tau... Dia tak kurang ajar. Dia tak kasar tau... Dia masih ada standard lagi. Nak percaya atau tidak, suka hatilah... terpulang... (ketawa)

MEGA: Selepas sebulan kita dapat lihat, ada kalangan pelajar berpotensi terkeluar. Jadi sebagai pengetua, bagaimana anda boleh memberitahu kepada pengundi agar menilai bakat pelajar?

M. NASIR: Saya ingat itu bukan tugas saya. Apa yang kita buat, cuma ajar orang, beri ilmu kepada mereka. Kita bagi tahu tentang kualiti setiap hari. Tapi kalau seseorang itu mempunyai sesuatu yang luar daripada kualiti... yang menjangkau kualiti... itu dipanggil genius ataupun yang dipanggil x-factor. Suara yang sedap pun ada satu standard. Tapi manusia yang telah dilahirkan ada suara sedap dan perangai menarik umpamanya, akan menutup segala keburukannya.

Kita nak ajar orang apa yang bagus tapi kadang-kadang antara kita pun ada pendapat masing-masing. Akhirnya kita serahkan pada masyarakat balik. Tapi kalau mereka yang tahu dan nak belajar, dia akan datang kepada kita. Itu kepada mereka yang sedar.

MEGA: Anda pernah komen, Elliza. Ada yang berpendapat, komen itu telah mempengaruhi kejatuhan peratusan undian untuknya.

M.NASIR: Saya komen di dalam sekolah. Saya kata, `Kalau begini (sikap) kau, tak boleh jadi artis besar. Kau boleh jadi artis la... Tapi tak boleh jadi artis besar.'

Mungkin saya memberi dia satu pandangan kerana dia tak kan bertahan jika dia macam itu dalam dunia entertainment yang lebih zalim.

Beginilah... Dunia entertainment luar, kadang-kadang ada artis yang jangka kerjayanya pendek... ada artis yang jangka kerjayanya panjang. Orang memerhatikan kelakuan kita. Ada artis yang apa sahaja dia lakukan pun, orang masih lagi memberikan tumpuan pada dia. Kebanyakan itu ada sangkut paut dengan kehidupan manusia. Macam orang yang dah berkahwin, macam mana suami dia buat jahat pun, dia masih sayang. Atau isteri dia dah buat macam-macam, tapi dia masih sayang.

Begitu juga dengan artis bila orang dah jatuh cinta kepadanya. Sebab ada sebahagian artis kita macam tu. Tapi ada artis yang tak boleh jadi artis besar. Saya tak mahu train artis kecil... Itu saya punya prinsip.

Nak jadi artis, jadi artis besar. Kalau tidak let it go. Sebab ada sikap negatif yang buat orang tak suka terhadap diri kita.


MEGA: Dan maksud anda, sikap negatif Elliza ialah sikap keanak-anakannya?

M. NASIR: Saya tak tujukan kepada Elliza. Semuanya sekalilah... Tapi saya tak effect dia keluar. Itu di tangan peminat. Saya akan beri komen pada semua pelajar sama ada dia dalam keadaan berseorangan atau pun beramai. Dan dalam program itu, semua orang akan tengok.

Jadi komen akan tetap ditujukan pada pelajar. Dia dah masuk ke situ, dia harus menghadapinya. Itu sebab saya kata, orang yang masuk AF semuanya berani-berani. Dia dah menjual satu bahagian daripada hidup dia. Bayangkan berdiri di atas pentas dan orang komen tentang kau begini-

begini... dan kau, `terima kasih'. Kau perlu tunjukkan muka tebal kau dengan tersenyum. Artis kita tak boleh... menangis (ketawa)... Tapi itulah games...

MEGA: Komen anda tentang sikap dan perangai pelajar-pelajar anda?

M. NASIR: Budak-budak tu ada bakat. Tak ada seorang pun yang tak boleh menyanyi. Buat masa sekarang, saya tidak terasa kecewalah kalau perangai mereka begini atau begitu. Lebih penting mereka orang muda. Tapi tak muda sangat. Itu yang masalah... muda tak muda sangat... tengah-tengah. Sedang menghadap kematangan.

Bila dah terkurung, perangai sebenar pun keluar. Having fun tu dia orang suka. Kadang-kadang kita nampak dia tak belajar tapi sebenarnya dia belajar. Tapi kita tak tahu masa bila dia belajar. Walaupun dia dalam keadaan ketawa, kita tak tahu dia belajar, jangan kita nak hentam dia sebarangan hanya kerana dia ketawa. Tak boleh.

Kita pun dah tahu dari mana mereka datang... kebun mana, kampung mana, kota mana dan negara mana dan kita dah dapat agak sedikit perangai mereka.

Bila kita dah mempelajari perangai mereka, jadi kita tahu pendekatannya. Misalnya, Mawi daripada Kulai, felda... takkan sama dengan Fuad umpamanya yang dah terkeluar tu kan... Jadi warna-warna ini yang menarik dalam Akademi Fantasia ni.

MEGA: Apa pandangan anda terhadap para pelajar anda?

M. NASIR: Felix seorang murid yang rajin dan perangainya disenangi kawan-kawan. Dia mempunyai bakat alam, kalau kata bakat besar tak bolehlah... tapi dia ada bakat istimewa. Istimewanya ada daripada tone dan range suaranya. Tapi teknik tu dia kena belajarlah. Kekekokannya itu keistimewaan dia. Tapi dia tak boleh bertahan di luar jika selamanya kekok je... (Tapi) dia tidak boleh juga berubah overnight.

Mawi... ini satu dunia baru bagi dia. Dia rajin juga... dan improving hari demi hari.

Yazer juga seorang murid yang rajin. Bila dapat lagu terus belajar. Amylea seorang penghibur yang baik, Idayu menyanyi dengan bagus. Begitu juga dengan Akma, Ekin, Marsha dan Amy. Reza, Kefli dan Aidil pun boleh develop, in fact dia orang dah develop.

Macam saya katakan tadi, ada benda yang kena ditinggalkan, ada yang perlu ditambah. Kalau siapa yang degil, saya tak hairan... saya boleh faham sikap mereka... Apa yang pasti, semua rajin. Mereka memang nak jadi penyanyi/pelaku... bukan sekadar nak masuk Akademi Fantasia untuk glamor.

Of course mereka ada kelemahan. Perangai manusia. Daripada luahan dia orang tu, lagi kita boleh baca.

MEGA: Siapa pelajar yang berpotensi untuk menjadi pelaku dan penyanyi.

M. NASIR: Beberapa pelajar... tapi buat masa sekarang terlalu awal untuk diperkatakan sebab ada beberapa perkara yang mereka tak lepas lagi. Terutama dalam kelas nyanyian dan vokal.

MEGA: Antara bakat dan populariti, mana lebih penting untuk jadi pelaku dan penyanyi?

M. NASIR: Dua-dua penting kalau nak hidup dalam industri ini.

MEGA: Mawi berada di kedudukan mana? Pada pandangan seorang pengetua?

M. NASIR: Antara bakat, kadang-kadang seseorang itu jadi popular. Tapi bakat untuk persembahkan diri pun bakat juga. Jadi orang yang tak popular tapi ada bakat jangan cemburu dengan orang popular. Sebab orang popular ini ada bakat untuk popularkan diri dia. Jadi anda maksudkan bakat apa? Bakat menyanyi? Orang popular ada banyak sebab. Tarikan yang ada pada dirinya. Dia mungkin seorang yang cantik, pipi pauh di layang, bibir delima merekah... Ada juga orang yang pendek tapi dia cute dan popular juga. Ada sesuatu yang menarik pada dia yang memang ada secara natural dan di develop sejak dia kecil lagi. Bakat juga datang dari persekitaran dia, cara dia bawa diri dia di khalayak.

Kadang kadang yang rebellious pun menarik. Bakat ini ada macam-macam. Kerana itu dia jadi popular.

MEGA: Pada pandangan anda, siapa yang kekal sampai ke peringkat akhir?

M. NASIR: Sebahagiannya kita tahu dan ada yang kita suka tapi berada dalam kedudukan bahaya juga.
Khamis, Julai 14, 2005 | 0 ulasan

Kamal mati akibat balas dendam

LONDON 13 Julai - Para pemimpin Islam di Britain meminta penduduk Islam negara ini bertenang selepas seorang lelaki Pakistan terbunuh dalam satu serangan yang dipercayai berunsur perkauman.

Pertubuhan-pertubuhan Islam bimbang serangan terhadap Kamal Raza Butt di Nottingham adalah sebahagian daripada tindakan membalas dendam berikutan serangan pengganas di London minggu lepas.

Enam pemuda disoal siasat oleh detektif semalam berhubung pembunuhan itu.

Kamal, 48, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebatang jalan pada petang Ahad lalu.

Mangsa tinggal bersama-sama seorang kawan di bandar raya itu sejak kira-kira enam minggu lalu dan sebelum kejadian telah berjalan kaki ke sebuah kedai tempatan.

Inayat Bunglawala daripada Majlis Islam Britain berkata: ``Insiden ini dipercayai reaksi membalas dendam terhadap serangan (di London).''

Pembunuhan Kamal merupakan kejadian paling serius kerana sebelum ini tidak ada sesiapa yang cedera parah dalam kejadian seumpama itu.

Supritendan polis, Dave Colbeck berkata: ``Satu pertengkaran telah meletus dan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.''

Berdasarkan siasatan polis di tempat kejadian, serangan itu dipercayai berunsur perkauman, katanya.

Beberapa masjid di London, Leeds, Birkenhead, Telford dan Bristol diserang dan dibakar sejak serangan bom Khamis lalu.

Menurut penduduk tempatan, anasir daripada kem pelampau berhaluan kanan British telah cuba mengeksploitasi keganasan minggu lepas untuk tujuan politik.- Agensi
Khamis, Julai 14, 2005 | 0 ulasan

TIPS UNTUK HILANGKAN STRESS KERJA

Written By Syafrein Effendiuz on 12/07/05 | Selasa, Julai 12, 2005

Kiriman Walid Muhammad
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
3) Banyakkan Solat Sunat
4) Selalu berdoa kepada Allah
5) Bersangka baik dengan Allah
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
8) Luahan Hati
9) Hargai kebolehan diri sendiri
10) Cintai diri sendiri

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Luahan Hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain, hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya
Selasa, Julai 12, 2005 | 0 ulasan

Iyeth Bustami Dapat Senjata untuk Gugat Balik

Written By Syafrein Effendiuz on 8/07/05 | Jumaat, Julai 08, 2005

Jakarta, KCM

Penyanyi Iyeth Bustami, yang tersandung masalah akibat lagu yang dipopulerkannya, Laksamana Raja di Laut, tak bisa membendung keharuannya ketika mendengarkan lagu Nostalgia Aidilfitri, karya pencipta lagu asal Malaysia Suhaimi Bin Mohd Zain alias Pak Ngah, yang sengaja diperdengarkan di hadapan pers di sebuah kafe di kawasan Senayan, Jakarta, Rabu (16/2).

Keharuan Iyeth beralasan. Maklum saja, lagu Laksamana Raja di Laut menjadi perhatian publik ketika sejumlah pihak mengklaim diri sebagai pencipta lagu tersebut. Diperdengarkannya lagu Nostalgia Aidilfitri boleh jadi merupakan senjata ampuh Iyeth untuk menjawab tudingan yang diarahkan kepadanya bahwa ia telah mencuri lagu Laksamana Raja di Laut.

Tuduhan yang mutakhir atas Iyeth datang dari Reza Pahlevi. Iyeth dilaporkan oleh Reza Pahlevi kepada pihak berwajib dengan tudingan mencuri lagu tersebut dari Reza. Reza mengaku sebagai pencipta lagu itu. Pada 31 Januari lalu, Iyeth memenuhi panggilan pihak Polda Metro Jaya untuk memberi keterangan berkait dengan pelaporan tersebut.

Diakui oleh Iyeth, ia sudah begitu akrab dengan melodi dan irama lagu tersebut, namun baru tahu bahwa komposisi lagu itu dicipta oleh seorang pencipta lagu dari Malaysia. "Sekian lama saya cukup akrab dengan lagu tersebut, ternyata lagu Laksamana Raja Di Laut menggunakan melodi dan irama lagu Nostalgia Aidilfitri," katanya.

"Saya sendiri tak pernah mengklaim bahwa lagu itu milik saya. Toh, di album saya, nama pencipta lagu tersebut saya tulis dengan NN (No Name, Red.), karena saya mengenalnya sebagai lagu milik masyarakat Melayu," tambahnya.

Sukses lagu Laksamana Raja di Laut rupanya mengundang sejumlah pihak mengakui diri sebagai pemilik sah lagu itu. Untuk menghindari kebingungan, Iyeth pun akhirnya menghadirkan Pak Ngah.

Diakui oleh Pak Ngah, Nostalgia Aidilfitri diciptanya pada 1993. "Saya buat untuk sebuah pertunjukan teater di Malaysia. Baru pada tahun 1996 Nostalgia Aidilfitri dimasukkan dalam album, yang dinyanyikan oleh Sharifah Aini. Di Malaysia album ini populer," terang sang pencipta lagu Cindai, yang sukses dilantunkan oleh Siti Nurhaliza.

"Beberapa kali saya hubungi Iyeth, tapi tak pernah berhasil. Tapi, akhirnya, kami bertemu di Brunei. Saya bertemu dengan Iyeth bukan untuk meminta uang, tapi mau menyumbang lagu buat dia, karena telah membantu mengangkat martabat seni Melayu," lanjut Pak Ngah.

Kasus yang melibatkan Iyeth sepertinya akan berumur panjang. Iyeth berencana menggugat balik sejumlah pihak yang menuduhnya mencuri lagu tersebut, termasuk Reza Pahlevi. Hal itu disampaikan oleh Hotman Paris Hutapea SH, ditunjuk oleh Iyeth menjadi pengacaranya untuk kasus tersebut. "Sedang dipertimbangkan gugatan perdata atau pidana," kata Hotman. (Eh)

Pautan:
Iyeth Bustami & Siti Nurhaliza

IYETH BUSTAMI KECEWA

Jakarta (ANTARA News) - Pelantun lagu dangdut Iyeth Bustami mengaku kecewa setelah upayanya mengangkat dan mempopulerkan budaya Melayu melalui lagu "Laksemana Raja Di Laut" berujung pada perkara hukum.

Artis peraih "Suling Emas" Anugerah Dangdut TPI 2003 itu boleh jadi punya alasan kuat. Betapapun, upayanya justru minimbulkan gugatan ganti rugi tidak kurang dari Rp10 miliar dari Nurham Yahya, yang merasa sang artis telah menjiplak lagu ciptaannya.

Nurham menggugat Iyeth karena merasa karyanya digunakan tanpa izin.

Menurut Iyeth, lagu tersebut ia terima dalam rekaman tanpa judul dari Suhaimi Bin Mohd Zain, pemilik PAKNGAH Production, pada 1999.

Bahkan, ia juga memegang surat pernyataan dari Suhaimi, yang memberi izin kepadanya menggunakan lagu tersebut, yang semula berjudul "Nostalgia Aidilfitri".

Selain itu, Iyeth juga tidak merasa melakukan pelanggaran hukum, karena syair lagu "Laksemana Raja Di Laut" itu merupakan syair dan juga pantun yang telah hidup lama di tengah masyarakat Melayu.

Penyanyi bernama asli Sri Barat itu pun memegang surat pernyataan dari Yayasan Lembaga Adat Datuk Laksemana Raja Di Laut Kabupaten Bengkalis, yang memberikan izin tertulis kepadanya untuk mempopulerkan syair dan pantun tersebut dalam bentuk lagu.

Penyelesaian kasus ini akhirnya hanya masalah waktu. Pengacara Iyeth Bustami, Hotman Paris Hutapea, menyatakan pihaknya akan melakukan gugatan balik atas dasar pencemaran nama baik.

Lalu bagaimana dengan Iyeth?

"Saya kecewa." Begitu jawaban singkat yang keluar dari mulut sang artis saat ditanya ANTARA, sebelum masuk ke dalam mobil sedan Jagguar warna silver dengan nomor polisi B.173 TB dan meluncur meninggalkan halaman parkir kafe Frotrow Senayan Jakarta, tempat konperensi pers berlangsung, Rabu.

Jumaat, Julai 08, 2005 | 0 ulasan

Umar al-Mukhtar

---------- Forwarded message ----------
From: norazlin abdul jalil
Date: Sat, 2 Jul 2005 14:11:56 -0700 (PDT)
Subject: Umar al-Mukhtar

Assalamu'alaikum warahmatullah..

Umar al-Mukhtar

Lelaki bertubuh sasa, tegap dan gagah perkasa yg tlh ditelan usia itu melangkah longlai tenang menuju ke tiang gantung. Kedua belah tangannya terbelenggu di belakang. Namun matanya masih tetap bersinar menaruh keyakinan terhadap masa depan negara dan rakyatnya. Raut mukanya tdk menampakkan rasa gentar atau takut menghadapi suasana kematian. Beliau begitu gagah walaupun maut sedang menantinya tdk beberapa saat lagi. Beliau tersenyum mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yg dilalui sehingga tertangkap dan dihukum di tali gantung. Pengorbanannya terhadap negaranya yg tercinta. Beliau berpuas hati apa yg tlh lakukan selama ini. Beliau redha jalan yg dipilihnya sendiri. Sebentar tadi ketika beliau dibenarkan bersolat subuh, beliau sujud begitu lama sehingga darah yg menyelinap ke seluruh anggotanya terasa kebas-kebas mengadu dan berdoa ke hadrat Allah SWT supaya Allah mengampuni segala dosa-dosanya selama ini dan memohon kepadaNya supaya negara dan rakyat bebas dr belenggu penjajah. Beliau tlh bersedia menemui Penciptanya sekarang.

Suasana hening di pagi yg sejuk menikam kalbu, kedengaran tangis sendu menyelubungi orang-orang yg berada di sekelilingnya. Mereka menatap lelaki berusia 80 tahun itu dgn wajah muram. Air mata masing-masing tdk dapat ditahan, luruh bagaikan mutiara berguguran. Bagi mereka yg berada di sekitar kawasan penjara dan di tempat-tempat lain, turut merasainya, semua mereka sedar bahawa sudah sampai ketika dan waktunya beliau akan menjalani hukuman gantung sampai mati pd pagi itu. Beritanya tersebar ke seluruh pelusuk negara. Masing-masing mengangkat tangan menadah ke langit memohon keampunan dr Allah Maha Besar dan memberi darjat yg tinggi kpd beliau dan ditempatkan bersama-sama dgn para solehin dan para anbiya’. Tdk beberapa saat berlalu, suasana pagi yg hening kesejukan pagi itu dipecahkan dgn jerit pekik tangis bersahut-sahutan.

Ketika mereka melihat lingkaran tali tiang gantung menjerut leher pahlawan mereka, Umar al-Mukhtar. Singa Padang Pasir itu tlh kembali kpd penciptanya pd 16 September 1931 di Kota Solouq. Selesai sudah perjuangannya melawan penjajahan Itali, tetapi perjuangannya itu akan tetap diteruskan oleh anak watan.

Umar al-Mukhtar memang dipandang sebagai simbol kepahlawanan menentang penjajahan Itali bagi rakyat Libya, sejak Itali mula mencengkam negara tersebut pd Oktober 1911. Ia tlh menjadi perintis mencetuskan semangat rakyat Libya menyalakan bara perjuangan rakyat menentang penjajahan Itali.


Syahid di Tiang Gantung

Gelora perjuangannya juga menambat hati rakyat Libya lainnya dan berjaya melahirkan ramai para mujahid seperti Ramadan as-Swaihli, Mohammad Farhat az-Zawi, al-Fadeel Bo-Umar, Solaiman al-Barouni dan Silima an-Nailiah.

Usaha Itali menguasai Libya dilakukan dgn menyerang dan menguasai kota-kota di sebelah pantai seperti Tripoli, Benghazi, Misrata dan Derna secara berturut-turut, satu demi satu jatuh ke tangan penjajah Itali. Meski pun demikian, Umar kerap kali menjadi batu halangan kpd mereka. Beliau mampu membangkitkan semangat perjuangan rakyat Libya menentang Itali dgn semangat perjuangan yg kental.

Perjuangan mereka tlh menciptakan beberapa pertempuran yg hebat. Misalnya pertempuran yg terjadi di al-Hani dekat Tripoli pd 23 Oktober 1911, ar-Rmaila dekat Misrata, al-Fwaihat dekat Benghazi pd Mac 1912 dan Wadi as-Shwaer dekat Derna.

Perjuangan rakyat Libya menghasilkan kejayaan yg cemerlang. Pejuang-pejuang pimpinan Umar pernah terlibat dalam pertempuran besar di al-Gherthabiya, dekat Sirt pd bulan April 1915. Itali kehilangan ribuan tentera. Pertempuran-pertempuran seperti ini sering berlaku membuatkan penjajah Itali terpaksa membelas serangan yg memakan masa yg panjang, tahun demi tahun utk menguasai negara ini.

Meski pun begitu pd akhirnya, wilayah-wilayah yg dipertahankan oleh para mujahidin jatuh ke tangan penjajah. Jatuhnya wilayah demi wilayah membuat para pejuang meninggalkan rumahnya dan menuju ke pergunungan. Mereka tdk pernah berdiam diri terus merancang pelbagai strategi menyerang balas.

Pd tahun 1922 Umar tlh membentuk satu kumpulan para mujahidin dan menggegarkan kembali operasi perjuangan menentang penjajahan Itali ke atas negaranya. Ia mengumpulkan kembali mujahidin di The Green Mountain (al-Jabal al-Akdar), di bahagian Tenggara Libya. Perkara ini terjadi setelah tamatnya Perang Dunia pertama dan pd masa itu penjajah Itali terfikir bahawa mereka mampu utk membenamkan sepenuhnya perjuangan rakyat Libya. Jangkaan Itali ternyata silap.

Perjuangan yg tercetus kembali itu membuat pihak berkuasa Itali merasakan mereka berada dalam suasana yg amat tertekan, bahaya tiba-tiba datang sering mengancam keselamatan. Mereka tdk mahu membiarkan perjuangan menuntut kebebasan ini semakin merebak. Lalu pemerintah pusat Itali, Badolio yg terkenal dgn kekejamannya yg sering kehausan darah rakyat Libya utk diratahnya tlh mengambil tindakan ketenteraan utk merendam bara perjuangan tersebut.

Badolio bukan sahaja ditugas utk menumpaskan Umar al-Mukhtar dan pasukannya, bahkan ia juga diberikan keizinan utk membunuh rakyat Libya yg memberi sokongan dan membantu para mujahidin di mana jua mereka berada.

Tdk beberapa lama kemudian diktator Musollini mengirimkan komandan yg berperilaku lebih zalim drp Badolio. Ia mengambil alih tugas Badolio dan membentuk pasukan tugas khas utk menumpaskan gerakan yg diketuai oleh Umar dan bertindak membunuh lebih ramai rakyat Libya yg tdk berdosa. Komandan yg dihantar oleh Musollini ini pd fikirannya boleh menyelesaikan masalah Libya secara langsung adalah Rodolfo Grasiani. Malah kabinet Musollini tlh dimaklumkan bahawa kedatangan khas Grasiani akan membuat suasana di Libya dapat dikawal sepenuhnya.

Grasiani bersetuju pergi ke Libya dgn syarat tdk ada peraturan yg dapat menghalangnya dr melakukan berbagai tindakan ke atas Libya termasuk peraturan –peraturan antarabangsa. Ia boleh melakukannya tanpa halangan dan sekatan mengikut kehendak hatinya bagi kepentingan Itali. Sebelum ditugaskan ke Libya, ia pergi ke Morj, Switzerland utk merancang serangan terhadap Libya.

Rancangan Grasiani dipersetujui sepenuhnya oleh Musollini sebab ia berpegang kpd prinsip ''jika tdk bersamaku, maka mereka adalah lawanku''. Dgn demikian utk menguasai Libya pelbagai kaedah dan cara dihalalkan, tdk lagi mempedulikan sebanyak mana kos yg terlibat dan berapa banyak mangsa yg tdk berdosa terpaksa dikorbankan.

Tindakan pertama Grasiani di Libya ialah memutus, menyekat dan mencegah segala bentuk hubungan dgn mujahidin dan dgn negara-negara jiran yg memberi bantuan membekalkan senjata dan juga maklumat kpd para pejuang Libya. Ia membina kawat berduri sepanjang 300 km, tinggi 2 meter dan lebar 3 meter dr pelabuhan Bardiyat Slaiman Libya Utara sampai al-Jagboub di Libya Tenggara.

Beliau juga membina kem berpusat yg dikawal rapi di mana ribuan rakyat Libya mesti hidup dalam pengawasan tentera Itali. Ia membina banyak kem-kem seumpama ini di al-Aghaila, al-Maghroun, Solouq, dan al-Abiyar. Keseluruhan rakyat Libya merasa tertekan dan tertindas akibat perbuatan Grasiani ini. Mereka hidup seperti haiwan di kandang tdk ada kebebasan.
Pd akhir bulan November 1929 sebahagian besar rakyat Libya dipaksa hidup di kem-kem di al-Jabal al-Akdar, Mortaf-Aat at-Thahir dr Beneena Utara sampai as-Shlaithemiya Selatan, dr Tawkera ke bahagian selatan padang pasir Balt Abdel-Hafeeth.

Kehidupan rakyat Libya di kem-kem ini sangat mengerikan. Ribuan rakyat Libya mati kelaparan, banyak juga yg mati kerana ditembak atau digantung sebab disyaki membantu perjuangan para mujahidin pimpinan Umar al-Mukhtar.

Pd tahun 1933, Ketua Jabatan Kesihatan Angkatan Tentera Darat Itali, Dr. Todesky menulis dalam bukunya bertajuk ‘Cerinaica Today’. Dalam bukunya itu ia menyebutkan bahawa dr bulan Mei hingga bulan September 1930, lebih drp 80 ribu rakyat Libya dipaksa meninggalkan tanah kelahirannya dan hidup di kem-kem ini.

Setiap kumpulan rakyat Libya yg berjumlah 300 orang sekali jalan mendapat kawalan ketat dr tentera Itali. Todesky berkata bahawa pd akhir tahun 1930 semua rakyat Libya dipaksa utk hidup di kem-kem ini. Sebanyak 55 peratus dr 80 ribu rakyat Libya meninggal di kem-kem tersebut.

Seorang sejarawan Libya, Mahmoud Ali at-Taeb menyatakan bahawa pd bulan November 1930 paling tdk terdapat 17 acara pengebumian dalam sehari terjadi di kem-kem tersebut akibat kelaparan, penyakit dan tekanan mental yg maha hebat yg tdk tertanggung oleh manusia normal.

Di luar kem-kem ini, mujahidin yg bertahan di daerah pergunungan terus berjuang menentang penjajahan Itali. Namun, pd tahun 1931 mujahidin kehabisan stok makanan dan bekalan perubatan. Pemimpin mujahidin, Umar al-Mukhtar, jatuh sakit dan banyak para mujahidin memintanya utk berhenti berjuang dan meninggalkan Libya dan berselindung di negara jiran yg bersimpati dgn perjuangan mereka buat sementara waktu sehingga kesihatannya pulih seperti sedia kala dan kembali menyusun perjuangan seterusnya. Namun, beliau menolak tawaran tersebut dan tetap meneruskan perjuangan menentang tentera Itali.

Atas kegigihan dan keberanian melawan penjajahan Itali, maka beliau digelar sebagai ‘Singa Padang Pasir’. Meski pun pd akhirnya, usia senja tdk mampu membuatnya bertahan utk memikul senjata meneruskan perjuangan. Beliau ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung. Pendakwaan dan hukuman tetap dilakukan tanpa mempedulikan undang-undang antarabangsa seperti mana yg ditetapkan dalam Perjanjian Geneva, dalam soal mempertimbangkan tahap kesihatan Umar al-Mukhtar dan usianya yg sudah lanjut membolehkan beliau dikecualikan dr hukum tali gantung.

Semakin redupnya bara kepahlawanan memberi peluang kpd Itali meneruskan cita-citanya dan akhirnya Itali dapat menguasai Libya setelah melakukan pertempuran selama 20 tahun. Itali hanya mampu berkuasa di Libya sehingga tahun 1943 sahaja akibat kekalahannya di Perang Dunia Kedua. Libya kemudian berada di bawah kekuasaan pasukan sekutu hingga 24 Disember 1951. Itali memerdekakan Libya pd 21 Disember 1951. Sekarang Libya di bawah pentadbiran Kolonel Muammar Abu Minyar al-Qadhafi yg merampas kuasa pd 1 September 1969 dan membentuk sebuah negara kombinasi di antara sosialis dan Islam. Libya terasing drp dunia luar akibat sekatan oleh PBB yg mana Amerika Syarikat menjadi dalangnya ekoran peristiwa Lockerbie dan pd bulan September 2003 sekatan ekonomi terhadap Libya dilonggarkan kerana Qadhafi memberi kerjasama dalam kes Lockerbie.

Begitulah serba ringkas kisah Umar al-Mukhtar yg berjuang ke titisan darah terakhir. Kisah beliau ini tlh difilemkan. Sejarah menuntut kemerdekaan ini sering bertukar tdk pernah padam selagi ada bumi dan matahari, hanya yg bertukar ialah penjajahan dalam bentuk baru iaitu penjajahan dalam bentuk politik, ekonomi, pendidikan, sosial, kebudayaan dan sebagainya dan menjadikan pemimpin tempatan sebagai boneka kpd tuannya. Ini berlaku di Iraq, di Afghanistan, di Kashmir, di Chechnya dan lain-lain negara umat Islam yg terpaksa tunduk dgn negara kuffar iaitu Amerika Syarikat yg menjadi negara kuasa besar tunggal atau polis dunia tanpa saingan selepas kehancuran Soviet Union pd tahun 80an. Maka tamatlah perang dingin yg menjadi pengimbang di antara dua kuasa besar yg berjaya mempengaruhi politik dan ekonomi dunia ketika itu. Ada lagikah kepahlawanan seperti yg ditunjukkan oleh Umar al-Mukhtar ini di negara umat Islam sekarang ini?
.
Jumaat, Julai 08, 2005 | 0 ulasan

Jee nafi gosip keretakan rumah tangga...


Oleh Zubir Mohd Yunus Foto Zaharin Hayon

SEBENARNYA dah hampir 15 tahun Jee tak posing tepi swimming pool, maklum sajalah kita ni bukannya muda belia macam dulu lagi. Tapi disebabkan awak (penulis) pandai pujuk dan beri sebab ia kena mengena dengan konsep cerita Jee untuk Bintang Popular kali ini (Jee tetap 'cool'), OKlah, Jee sanggup dibasahkan,” katanya yang segar berendam di kolam renang Hotel Istana pada petang itu.

Yang pasti, penyanyi lagu Batas Menanti itu tetap jelita dan dinamik. Apabila sudah bertentang mata dengan Jee, bermacam-macam soalan mula berlegar di kepala untuk dilontarkan terutama gosip keretakan rumah tangganya. Pelbagai versi sampai ke telinga ini mengenai status perkahwinannya. Jee dikatakan sudah bercerai dengan Johan.

“Benda inilah yang awak nak tahu sangatkan? Boleh tak kalau soal rumah tangga menjadi rahsia peribadi Jee? Takkanlah Jee nak cerita semua,” ujar Jee selepas menyedari soalan peribadi mula diluahkan.

Namun Jee akur andai kata dia terus mendiamkan diri, lambat laun pelbagai spekulasi lebih buruk mungkin timbul dan sebelum fitnah melanda, jalan yang terbaik adalah berterus-terang.

“OKlah, Jee mengaku, Jee sendiri pernah dengar, orang berkata Jee dan Joe (Johan) dah berpisah. Tak betul cerita tu... Sebenarnya kami ni masih lagi suami isteri. Tak pernah pun berlaku perceraian dalam rumah tangga kami selama ini dan Jee masih isteri Joe yang sah.

“Walau macam mana pun, sebagai suami isteri, masalah sentiasa ada. Tipulah kalau Jee kata kami tak pernah gaduh atau berselisih pendapat. Sedangkan lidah kita pun selalu tergigit, inikan pula suami isteri. Jadi Jee harap penjelasan ini dapat menjawab semua gosip itu. Memang kami tidak dapat menutup mulut orang daripada bercakap tapi yang sebaikbaiknya, doakanlah kesejahteraan rumah tangga kami,” pinta Jee dengan bersungguh-sungguh.

Beralih kepada tugas, sebagai pengkritik Malaysian Idol, Jee mengakui, dia sebenarnya bersimpati dengan setiap peserta yang datang mencuba nasib pada pusingan awal.

Baginya kesungguhan yang mereka tunjukkan membuktikan masing-masing menaruh harapan untuk mendapat tempat.

“Kesungguhan mereka memang menyentuh hati Jee. Iyalah, nak jadi penyanyi ni bukan senang. Mereka perlu berdepan dengan masyarakat dan pihak media tapi sebelum itu mereka perlu bersedia untuk menerima kritikan kami sama ada suka atau tidak. Itulah situasi yang perlu mereka hadapi sebelum keluar menyanyi dalam dunia realiti.

“Jee tak nafikan, cara Roslan (Aziz) dan Paul (Moss) memberi kritikan berbeza dengan Jee.

Kiri, kanan 'api', Jee pula bagi kena jadi 'air', sejukkan keadaan. Jee dapat rasa apa yang peserta rasa. Jadi Jee menggunakan pendekatan psikologi supaya suasana lebih cool dalam setiap sesi kritikan,” jelasnya.

Kini Malaysian Idol sudah pun tiba ke peringkat bengkel apabila 24 peserta akan beradu nasib selama tiga minggu sebelum pihak juri memilih 10 peserta yang benar-benar terbaik. Pusingan bengkel mula menemui penonton 8TV, sejak Jumaat lalu.

“Cuma satu pesanan Jee. Jee harap semua bintang kelahiran program realiti TV boleh bertahan lama dalam industri hiburan ini dan yang penting, jangan lupa pandang ke bawah apabila diri sudah dijulang tinggi,” katanya.

Jumaat, Julai 08, 2005 | 0 ulasan

Marsha pandai bermain piano

Written By Syafrein Effendiuz on 2/07/05 | Sabtu, Julai 02, 2005

Oleh Amirullah Andi Nur

JARAK rumah keluarga Marsha hanya 500 meter dari Jambatan Tamparuli yang juga menjadi lagu paling popular di Sabah. Kerana populariti lagu itu jugalah nama Tamparuli, sebuah penempatan penduduk di kawasan pedalaman di daerah Tuaran ini turut terkenal dan dilawati pelancong dalam dan luar negara.

Sehingga ini, jambatan gantung berusia puluhan tahun itu masih wujud dan dilawati pelancong, namun ia tidaklah seramai dulu ketika lagu itu ‘meletup’. Namun, sejak hujung bulan lalu, nama Tamparuli kembali mekar dan menjadi sebutan rakyat Malaysia terutama yang meminati program hiburan AF3.

Semuanya, gara-gara kehadiran anak gadis pasangan keturunan Dusun, Millon Samingau @ Milan Londoh, 53, dan Missie Basanda, 51, bernama Marsha yang berusia 19 tahun itu.

“Apabila kami membenarkan dia menyertai uji bakat AF3, harapan kami adalah untuk melihat dia melayakkan diri menjadi pelajar akademi itu dan nyata Tuhan memakbulkan doa kami. Sekarang ini dia sudah berada di situ dan harapan kami kali ini, biarlah di akhir pertandingan, dia muncul yang terbaik sekali gus terkenal seperti lagu Jambatan Tamparuli yang popular seantero dunia,” kata Milan.

Jangan tak tahu bahawa gadis manis ini juga pandai bermain piano. Bakatnya itu dipupuk sejak berusia lima tahun lagi dan sepanjang belajar di peringkat sekolah rendah dan menengah, anak gadis bertubuh tinggi ini mendapat tunjuk ajar seorang guru piano.

Sebelum menyertai AF3, Marsha sudah pun berjaya menamatkan pengajian sehingga ke tahap 6 peringkat praktikal manakala pada tahap lima bagi peringkat teori. Peringkat tertinggi atau maksimum adalah lapan.

“Pantang ada masa terluang, piano adalah teman paling akrab. Dia sangat meminati lagu klasik. Sebut saja tajuk lagu, dia pasti boleh membawanya. Tetapi sejak berada di akademi, rumah kami sunyi. Dalam keluarga kami, hanya dia yang boleh bermain piano dengan baik,” kata Milan.

Menurut Milan lagi, Marsha turut menyertai kumpulan koir sekolah dan gereja sejak kecil dan dari situlah bakatnya dalam bidang nyanyian terserlah.

“Ketika menyertai kumpulan koir, dia pada mulanya menyanyi secara berkumpulan tetapi selepas beberapa tahun, gurunya meminta dia menyanyi secara solo sehinggalah sekarang,” kata ibunya, Missie.

Mengenai penyertaannya dalam AF3, Missie berkata anak perempuannya itu menghantar borang penyertaan pada saat akhir, itupun gara-gara seorang rakannya, Valerio Gumbilai Buja yang datang ke rumah memaklumkan mengenainya.

“Kami memang galakkan dia mencuba nasib kerana tahu dia memiliki bakat tetapi dia macam buat tidak tahu sehinggalah Valerio datang. Mereka berdua pergi uji bakat itu bersama tetapi malangnya hanya Marsha yang melangkah jauh,” katanya.

FAKTA MENARIK:

1. Marsha dilahirkan di Berriey Springs, Michigan, Amerika Syarikat, 19 tahun lalu. Ketika itu bapanya sedang menyambung pengajian dalam bidang teknologi pendidikan. Bagaimanapun, Marsha hanya sempat menghidu udara dingin Michigan sehingga ketika usianya tiga bulan kerana selepas itu bapanya kembali ke tanah air apabila menamatkan pengajian.

2. Marsha adalah anak ketiga daripada empat beradik. Kakak sulungnya, Michelle berusia 27 tahun, Mark, 23 tahun dan adik perempuan, Marcie 17. Mark dan Marsha mempunyai ketinggian yang hampir serupa berbanding dua lagi saudara mereka. Kata ibunya, mungkin kerana mereka kebetulan dilahirkan di Amerika Syarikat jadi memiliki fizikal tinggi.

3. Kakak sulungnya, Michelle berkahwin dengan Shaun Lourdes dan kini menetap di Singapura. Pasangan inilah yang selalu hadir menyaksikan persembahan Marsha pada konsert mingguan.

4. Anak pasangan Millon Samingau @ Milan Landoh dan Missie Basanda ini, mendapat pendidikan tadika hingga ke tingkatan enam di sekolah mubaligh Sabah Adventist Secondary School (SASS), Tamparuli.

5. Ibu bapa Marsha serta keluarga mereka menganut mazhab Kristian Seventh Day Adventist (SDA). Hari Sabtu adalah hari untuk mereka sembahyang manakala dari segi pemakanan, banyak tidak digalakkan untuk dimakan atas faktor kesihatan seperti dinyatakan Marsha dalam program AF di Astro.

6. Marsha fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu selain bahasa ibundanya, Dusun. Dia juga gemar aktiviti bercorak scout dan menjadi ahli Pathfinder di kampungnya.

7. Sekiranya tidak diterima semula menyertai AF3, Marsha mungkin sudah terbang ke India untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang muzik sebelum ke Amerika Syarikat.

8. Pernah mengikuti pengajian di Kolej Komuniti Yayasan Sabah di Kota Kinabalu dalam bidang teknologi maklumat. Dia adalah junior Yazer dari Tawau.

9. Kemasukannya dalam AF3, menyaksikan penduduk di Tamparuli kini dalam proses menubuhkan Marsha FC. Penasihat penaja adalah Adun Tamparuli merangkap Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Jahid Jahim manakala pengerusinya, Harris Mintu.

10. Menurut ibunya, Marsha pantas belajar sesuatu yang baru termasuk menghafal skrip serta mendendangkan lagu. Dia boleh menyanyikan apa saja rentak lagu dan paling diminati lagu Syafinaz.

11. Menurut bapanya, Marsha sepanjang usianya hanya pernah menyertai satu pertandingan nyanyian iaitu Malam Bakat SASS tapi tidak mendapat tempat. AF3 adalah pertandingan kedua disertainya meskipun lebih 10 tahun menyanyi koir.

Sabtu, Julai 02, 2005 | 0 ulasan

Blog Archives