Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Memaparkan catatan dengan label jemaah islamiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jemaah islamiah. Papar semua catatan

Penyokong pengebom Bali bertempur dengan polis

Written By JOM JALAN on 10/11/08 | Isnin, November 10, 2008


SEDIH BERCAMPUR MARAH... Anggota keluarga dan penyokong Imam Samudra, salah seorang daripada tiga pengebom Bali yang dijatuhi hukuman tembak sampai mati mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan di kampung halamannya di Serang, wilayah Banten, Indonesia, semalam.

TENGGULUN, Indonesia 9 Nov. – Beratus-ratus penyokong yang begitu emosi atas kematian tiga pengebom Bali bertempur dengan pihak polis, sebaik-baik sahaja dua jenazah pengebom tersebut tiba di kampung halaman mereka, hari ini.

Beratus-ratus polis yang lengkap bersenjata gagal mengawal hampir 500 orang ramai yang mengerumuni ambulans yang membawa jenazah Amrozi dan abangnya, Mukhlas.

Para penyokong tersebut kemudiannya melepaskan geram sambil bersorak “Jihad!” dan “Berambus!” kepada pihak polis yang terpaksa meninggalkan tempat kejadian.

Keadaan yang sama berlaku di pekan Serang di Barat Jawa apabila keranda yang bertutup dengan kain hitam yang bertulis ayat-ayat al-Quran membawa jenazah Imam Samudra diarak sepanjang jalan dari sebuah masjid menuju ke tanah perkuburan.

Namun mereka memberi laluan ketika keranda yang membawa jenazahnya itu dibawa ke tanah perkuburan.

Rakyat asing di kampung-kampung pengebom itu yang kelihatan berada di situ untuk menyaksikan jenazah mereka, dituduh kafir oleh para penduduk dan dihalau keluar dari kampung.

Ketiga-tiga pengebom tersebut dihukum tembak sampai mati oleh sepasukan penembak pada awal pagi ini setelah mereka didapati bersalah menyebabkan kematian seramai 202 orang dalam kejadian bom di Bali pada tahun 2002.

– AFP/Utusan

Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, UsahawanInternet.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-chargezeromax.com, manggis.info,

Isnin, November 10, 2008 | 0 ulasan

Interpol bantu jejaki Mas Selamat

Written By JOM JALAN on 1/03/08 | Sabtu, Mac 01, 2008

SINGAPURA 29 Feb. - Interpol hari ini mengeluarkan amaran berjaga-jaga di seluruh dunia terhadap ketua cawangan Jemaah Islamiah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari, hampir 48 jam selepas dia memboloskan diri dari sebuah pusat tahanan di republik ini.

Dalam notis di laman webnya, badan polis antarabangsa itu menyatakan, pihaknya mengeluarkan amaran Notis Oren berikutan permintaan daripada Singapura.

Notis Oren boleh dikeluarkan oleh Sekretariat Am Interpol di Lyon, Perancis untuk sebarang kejadian yang menimbulkan risiko terhadap keselamatan penduduk di seluruh dunia.

"Singapura ternyata mengambil segala langkah pada peringkat kebangsaan untuk mencari orang buruan berkenaan dan menerusi pengeluaran Notis Oren ini, Interpol dan semua negara anggotanya dapat membantu usaha tersebut di peringkat antarabangsa," kata Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Polis, JeanMichel Louboutin.

Gambar dan cap jari Mas Selamat akan dihantar kesemua 186 negara anggota Interpol, menurut badan itu.

Kementerian Dalam Negeri Singapura menyatakan, operasi memburu diteruskan dengan kerahan besar-besaran anggota polis, tentera dan pasukan keselamatan lain.

"Operasi mencari masih dijalankan," kata seorang jurucakap.

Mas Selamat yang dituduh merancang untuk merampas sebuah pesawat dan merempuh Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di sini memboloskan diri dari Pusat Tahanan Whitley Road kelmarin.

Menurut Kementerian itu, Mas Selamat yang dilahirkan pada 1961 berjalan tempang dan diketahui tidak membawa senjata.

Lelaki rakyat Singapura itu ditangkap di Pulau Bintan, Indonesia pada 2003 dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh mahkamah di sana.

Dia dibebaskan kemudian tetapi ditangkap semula oleh pihak berkuasa Indonesia pada Januari 2006 sebelum diserahkan kepada Singapura yang menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Penganalisis percaya Mas Selamat akan cuba memasuki Indonesia.

- AFP

Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Akhbar & Majalah dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, ArticleCentral dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier, Jason Tan, dan lain-lain.

Sabtu, Mac 01, 2008 | 0 ulasan