Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Gema demokrasi di Dataran Tahrir

Written By JOM JALAN on 13/02/11 | Ahad, Februari 13, 2011

Oleh Johardy Ibrahim


ORANG ramai bergambar dengan tentera semasa meraikan berita pengunduran Presiden Hosni Mubarak di Kaherah, Mesir, semalam.
KAHERAH 12 Feb. – Seluruh Mesir bertukar merayakan ‘pesta kemenangan rakyat’ sejurus pengumuman pengunduran diri Presiden Hosni Mubarak diketahui kira-kira pukul 6 malam (12 tengah malam di Malaysia) semalam.

Ratusan ribu rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tahrir sejak pagi, telah disertai oleh ribuan lagi orang ramai di sebelah petang, yang mengambil kesempatan daripada hari cuti mingguan Jumaat.

Utusan Malaysia yang berada Dataran Tahrir sudah berkira-kira untuk pulang (lazimnya tempoh berkurung bermula pukul 8 malam) ketika berita tersebut diumumkan dan ia disampaikan bagai api yang marak kepada ribuan orang di situ.

Secara spontan, mereka berteriak, berpeluk-pelukan dan menari-nari sambil mengibarkan bendera merah, putih dan hitam Mesir.

Ini adalah satu perkembangan yang tidak diduga setelah sehari sebelumnya, Mubarak mengecewakan ramai rakyat apabila menegaskan dirinya tidak akan berundur. Malah, kedegilannya itu dikhuatiri akan menyebabkan penentang kerajaan bertindak liar.

Syukur, tiada kejadian buruk berlaku di Dataran Tahrir atau Istana Presiden di Heliopolis yang telah dikerumuni oleh beberapa ratus penunjuk perasaan.

Suasana perayaan di Dataran Tahrir gegak gempita dengan sorakan dan keriangan pelbagai lapisan rakyat Mesir di situ.

Pengalaman menyokong pasukan Malaysia menewaskan Indonesia di Stadium Nasional pada November lalu tidak akan dapat menyamai suasana kemenangan di Dataran Tahrir. Ini adalah kemenangan rakyat, kemenangan demokrasi. Tiada gol boleh menyainginya.

Sepanjang perjalanan pulang ke hotel, orang ramai membunyikan hon, mengibarkan bendera dan jalan di hadapan hotel yang malam tadi ditutup oleh tentera, kini bebas digunakan oleh penduduk Mesir.

Bagaimanapun, pos kawalan tentera yang betul-betul bersebelahan hotel penginapan masih ada, dengan anggota tentera berdiri memerhati sahaja orang ramai bersorak riang.

Namun, orang ramai memberhentikan kenderaan di pos kawalan dan mendapat kebenaran untuk bergambar dengan anggota tentera di situ.

Sepanjang malam, pos kawalan itu menjadi tumpuan termasuk dua pasangan pengantin yang turut bergambar dengan mereka.

Meskipun masih menjinjing senjata, anggota tentera kelihatan lebih tenang dan melayan siapa sahaja yang mahu bergambar dengan mereka.

Mingguan Malaysia sendiri sebelum ini, buat-buat tidak tahu sahaja bila direnung oleh mereka.

Jelas wujud suatu bentuk perasaan ‘hormat’ terjalin di antara orang ramai dengan anggota tentera.

‘‘Ini kerana sepanjang tempoh tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, pihak tentera dianggap sebagai wira berbanding polis yang menembak dan menahan aktivis di situ.

‘‘Malah sepanjang 18 hari tunjuk perasaan, tentera telah mempamerkan ‘pendirian berkecuali’ iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak. Ini penting dan dihargai oleh rakyat,” kata seorang lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Mahmoud.

Satu-satunya perkara yang masih menghantui Kaherah sejak wartawan Malaysia tiba lebih seminggu yang lalu ialah akses Internetnya yang ‘masih tiada’. Nampaknya pemergian Mubarak tidak disedari oleh pengendali Internet Mesir. - MINGGUAN

Sumber: Mingguan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Rakan Niaga TM, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Score A, Takaful Keluarga.
Ahad, Februari 13, 2011 | 1 ulasan

Ops Piramid: 778 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air

Written By JOM JALAN on 7/02/11 | Isnin, Februari 07, 2011

07/02/2011 11:23am

SEPANG 7 Feb. – Kumpulan pertama 778 orang warga Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir melalui Ops Piramid, selamat tiba di tanah air hari ini.

Rakyat Malaysia itu termasuk penuntut di Mesir, menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia dari Jeddah, tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10 pagi.

Seramai 459 orang adalah penumpang MAS manakala 319 lagi penumpang AirAsia.

Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir, yang sedang dilanda pergolakan, ke Jeddah di Arab Saudi sebelum dibawa pulang ke tanah air. – Bernama


Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Rakan Niaga TM, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Score A, Takaful Keluarga.
Isnin, Februari 07, 2011 | 0 ulasan

Ramai pelajar kita terperangkap dalam rusuhan

Kegembiraan terpancar di wajah 7 pelajar perubatan Universiti Alexandaria tajaan sendiri serta melaungkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang membawa mereka keluar dari Mesir dan ditempatkan di Jeddah. - utusan/Zaki Amiruddin
SEPANG 6 Feb. - Terperangkap dalam rusuhan dan hampir dipukul semasa terkepung dalam kumpulan demonstrasi besar-besaran rakyat Mesir yang mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur.

Ia adalah detik paling mencemaskan bagi pelajar tahun kedua jurusan perubatan Universiti Alexandria, Khairul Azhar Asaruddin, 21.

Katanya, peristiwa tersebut berlaku ketika dia bersama seorang rakan mahu meninjau keadaan sekitar pada hari kedua rusuhan berlaku.

Beliau berkata, pada mulanya dia menganggap keadaan di tempat rusuhan sudah pulih, namun sebaliknya berlaku apabila masih ramai perusuh berada di kawasan tersebut dan melakukan demonstrasi.

"Kami terperangkap dalam demonstrasi tersebut, malah lebih menakutkan apabila ada segelintir perusuh cuba memukul kami.

"Bagaimanapun kami bernasib baik kerana ada rakyat tempatan memberi pertolongan. Rakyat Mesir tersebut melindungi kami sehingga kami boleh keluar daripada kepungan kumpulan perusuh," katanya.

Khairul Azhar ditemui pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Selain itu, katanya, ramai pelajar Malaysia terkepung dalam rusuhan kerana maklumat sebenar tahap keseriusan kucar-kacir yang berlaku di Mesir tidak diketahui kerana semua perhubungan untuk mengetahui situasi semasa disekat.

"Bagaimanapun kesemua mereka bernasib baik kerana tidak ditimpa sebarang kecederaan.

"Ia juga disebabkan oleh sikap rakyat Mesir yang menghormati warga asing lebih-lebih lagi dari Malaysia," katanya.

Seorang lagi penuntut jurusan perubatan universiti Al-Azhar, Azzatulfatonah Salim, 19, berkata, kejadian berbalas tembakan dan pergaduhan boleh dikatakan menjadi sajian mata setiap hari ketika Mesir bergolak.

Katanya, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku dia terpaksa berkurung di dalam rumah selama beberapa hari bersama rakan-rakan.

"Alhamdulillah, tiada kejadian tidak diingini berlaku. Namun bekalan makanan tidak mencukupi dan kami perlu berjimat cermat sehingga bantuan sampai.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang bertugas di rumah Sabah yang banyak membantu dalam menjaga keselamatan kami semasa demonstrasi berlaku," katanya.

Dalam pada itu, pelajar jurusan perubatan Universiti Zargaziq, Dayana Nali, 19, berkata, dia hanya mampu berdoa serta menunaikan solat hajat setiap hari supaya keselamatannya dilindungi dan dijauhkan dari sebarang kecelakaan berikutan keadaan huru-hara yang berlaku di Mesir.

"Setiap hari saya mendengar bunyi bising dentuman bom petrol. Ia mencetuskan perasaan takut dan menyebabkan keselamatan saya dan teman serumah tidak selamat.

"Walaupun saya tidak pernah nampak suasana sebenar tunjuk perasaan itu dan hanya mendengarnya daripada cakap-cakap orang, ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa gerun di hati kami," katanya.

Menurut Dayana, kejadian pecah masuk rumah oleh penunjuk perasaan dan banduan yang terlepas juga menambah lagi kebimbangan.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 49 pelajar Malaysia masing-masing 46 dari Sabah dan tiga dari Sarawak tiba di KLIA pada pukul 8.40 pagi hari ini atas perbelanjaan yang dibiayai oleh kerajaan negeri Sabah melalui penerbangan Qatar Airway.

Ketibaan pelajar tajaan Yayasan Sabah itu disambut oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan. Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Rakan Niaga TM, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Score A, Takaful Keluarga.
Isnin, Februari 07, 2011 | 1 ulasan

Kaherah masih tegang

Pelanggan beratur sehingga melimpah di luar Bank Kaherah untuk mengeluarkan wang dari akaun mereka di Kaherah, semalam. – Reuters
KAHERAH 6 Feb. – Suasana di Kaherah semakin pulih tetapi masih tegang sejak perhimpunan besar-besaran yang dipanggil ‘yaumul rohil’ atau hari pengunduran di Dataran Tahrir di sini, Jumaat lalu.

Banyak kedai perniagaan, restoran dan bank telah memulakan operasi masing-masing hari ini, dengan jalan raya kelihatan sibuk dengan orang ramai.

Menurut penduduk yang ditemui di sini, kebanyakan penunjuk perasaan sudah mula keletihan dan mengambil kesempatan untuk berehat selepas berhimpun di dataran tersebut sejak 25 Januari lalu.

Bilangan penunjuk perasaan masih dalam ribuan orang yang mengambil keputusan untuk kekal berkampung di dataran tersebut sebab bimbang tidak boleh masuk semula akibat kepungan pihak tentera.

Cubaan wartawan untuk memasuki kawasan Dataran Tahrir pada sebelah pagi ini juga menghadapi jalan buntu apabila teksi yang membawa wartawan Utusan Malaysia diarah berpatah balik oleh anggota tentera yang menutup laluan ke kawasan dataran, lengkap dengan kereta kebal.

Oleh kerana beberapa insiden yang menyaksikan wartawan asing ditahan dan dipukul oleh kumpulan tertentu (dipercayai pro-kerajaan), wartawan Utusan Malaysia mengambil keputusan untuk kembali ke Kedutaan Malaysia di Mohandessine, Giza.

Kebimbangan tidak terpusat pada kemungkinan ditahan oleh tentera Mesir kerana lazimnya mereka akan melepaskan wartawan apabila disahkan oleh Kedutaan Malaysia, misalnya.

Namun, kebimbangan yang sebenar terletak pada ancaman daripada ‘anasir ketiga’ yang menjadikan wartawan sebagai sasaran kemarahan mereka.

Hujan sejak malam Sabtu juga menyebabkan ramai penunjuk perasaan tidak keluar. Perintah berkurung yang dilaksanakan bermula pukul 5 petang hingga 7 pagi juga menyulitkan perjalanan. – Utusan Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Rakan Niaga TM, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Score A, Takaful Keluarga.
Isnin, Februari 07, 2011 | 0 ulasan

Jawatan PM atas sokongan majoriti

Written By JOM JALAN on 13/11/08 | Khamis, November 13, 2008

Oleh HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 12 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas pihak tertentu yang cuba membangkitkan persoalan tentang keperluan mempunyai seorang Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu atas alasan agar negara tidak dilihat mengamalkan perkauman.

Bagi beliau, tindakan membangkitkan persoalan tentang Perdana Menteri bukan Melayu itu sendiri sebenarnya adalah bersifat perkauman.

‘‘Tidak sepatutnya soalan itu ditanya, sama ada Melayu atau bukan Melayu. Tidak kira Melayu atau bukan Melayu, jika seseorang itu diterima oleh rakyat Malaysia, dia layak untuk menjadi Perdana Menteri.

‘‘Sudah tentu berbeza dengan Singapura, tidak ada pemimpin bukan Cina yang boleh menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada siri syarahan Perdana ‘Bangsa Malaysia’ di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Menurut bekas Perdana Menteri, undang-undang negara menetapkan sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri dan tiada sebarang spesifikasi bahawa pemimpin negara mesti diketuai oleh orang Melayu.

‘‘Tetapi spesifikasinya ialah orang yang layak menjadi Perdana Menteri adalah pemimpin kepada sebuah parti yang majoriti, jadi janganlah tanya sama ada dia Melayu, Cina atau India.

‘‘Sepatutnya tanyalah kepada pakatan pembangkang, kenapa pilih (Datuk Seri) Anwar Ibrahim jadi pemimpin, mengapa tidak orang Cina,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemerintahan yang dikuasai oleh parti berasaskan kaum masih lagi relevan bagi memastikan kestabilan negara terus terjamin apatah lagi ia ternyata berjaya mengurangkan perdebatan perkauman sejak 50 tahun lalu.

‘‘Di Malaysia, kita yang terdiri daripada pelbagai kaum boleh bekerjasama secara politik dan sebarang usaha untuk menghapuskan amalan itu perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan bukannya mengejut,” katanya.

Beliau berkata, parti berasaskan kaum masih diperlukan kerana rakyat Malaysia belum bersatu sepenuhnya sehinggakan rancangan kerajaan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan telah ditolak.

‘‘Hendak buka sekolah yang membolehkan anak-anak kita (pelbagai kaum) belajar bersama-sama pun ditolak, jadi macam mana kita hendak ketepikan kaum, anda tolak Sekolah Wawasan bermakna anda mahu kekalkan perasaan kaum, katanya.


Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, UsahawanInternet.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-chargezeromax.com, manggis.info,

Khamis, November 13, 2008 | 0 ulasan

Dr. Mahathir umum keluar UMNO

Written By JOM JALAN on 20/05/08 | Selasa, Mei 20, 2008


ALOR STAR 19 Mei – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO, berkuat kuasa serta-merta.

Bekas presiden UMNO selama 22 tahun antara 1981 dan 2003 itu dan merupakan antara ahli terawal parti itu sejak penubuhannya pada 1946 berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden UMNO sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya umum saya keluar parti hari ini,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota UMNO Kedah pada forum Nasib Kedudukan Bangsa Melayu di sebuah hotel di sini.

Menurut anggota UMNO seumur hidup itu, beliau hanya akan kembali menyertai UMNO selepas Abdullah yang juga Perdana Menteri meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin negara.

“Saya akan menulis surat kepada UMNO bagi memaklumkan kepada mereka (mengenai langkah keluar daripada UMNO),” katanya.

Sebelum itu, beliau memberi cadangan supaya pemimpin cawangan dan bahagian parti itu meletakkan jawatan masing-masing sebagai isyarat kepada Abdullah supaya meletakkan jawatan dalam parti sebelum pemilihan UMNO Disember ini.

“Saya tidak akan suruh orang lain buat sesuatu (letak jawatan dan keluar UMNO) yang mana saya sendiri tidak berani buat,” kata beliau.

Bekas Perdana Menteri berusia 83 tahun itu berkata, surat pengisytiharan keluar daripada UMNO akan dihantar secara rasmi kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor secepat mungkin.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah itu, Dr. Mahathir dengan wajah kecewa berkata, beliau berpendapat parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu.

Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr. Mahathir berkata, keputusan keluar parti itu dibuat kerana beliau berpendapat UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO sebenar.

Beliau mendakwa, UMNO kini hanya menjadi sebuah badan untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri “yang mengutamakan keluarganya daripada kepentingan negara.”

“Saya boleh beri senarai perkara yang dibuat olehnya (Abdullah) yang merugikan negara.

“UMNO yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lepas. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar daripada UMNO,” katanya.

Sepanjang pembabitan Dr. Mahathir selama enam dekad dalam UMNO, beliau pernah dipecat daripada UMNO pada 1969 kerana melanggar disiplin parti apabila mengkritik kepimpinan UMNO ketika itu, tetapi beliau diterima kembali ke dalam parti itu pada 1972.

Semasa beliau menjadi Perdana Menteri antara 1981-2003, UMNO berpecah pada tahun 1980-an dan 1990-an, dan parti itu melalui saat-saat traumatik apabila ia diharamkan berikutan perebutan kuasa.

Dalam ucapannya hari ini, Dr. Mahathir mengajak anggota UMNO yang sependapat dengannya mengenai kepimpinan parti supaya mengikuti jejaknya dengan bertindak keluar daripada parti itu tetapi bukan untuk menyertai parti pembangkang lain.

“Saya yakin cara ini berkesan. Saya tidak akan menyuruh orang membuat sesuatu yang saya sendiri tidak berani melakukannya,” tambahnya.

Ketika diajukan soalan oleh pemberita mengenai tindakannya itu yang akan membuat orang lain mengikuti jejaknya, Dr. Mahathir memberitahu: “Saya tidak peduli kerana saya pun disekat daripada berjumpa dengan ahli-ahli UMNO.”

Katanya: “Sampai nak adakan perjumpaan, ahli-ahli UMNO dan ketua bahagian tidak dibenarkan berjumpa saya. Apakah ini?”

Beliau berkata, tindakan kepimpinan UMNO itu hanya menyebabkan timbul lebih banyak rasa tidak puas hati dan akhirnya melambangkan UMNO sebagai tidak demokratik.

“Saya beri pengakuan berkenaan diri sendiri, saya tidak peduli sama ada orang nak ikut atau tidak. Kalau mereka harus sokong Abdullah, utamakan Abdullah... itu hak mereka,” ujar beliau.

Dalam nada sinikal, beliau menyatakan keyakinan bahawa tindakannya meninggalkan UMNO tidak akan memberi kesan kepada politik orang Melayu.

“Saya pernah dibuang daripada UMNO, politik UMNO tidak hilang. Kalau nak betulkan (UMNO), (kita) kena berani pelihara perjuangan parti dan orang Melayu harus berani bertindak,” katanya.

Beliau kecewa kerana UMNO kini tidak lagi demokratik.

“Hendak adakan perjumpaan dengan ahli, ketua UMNO tidak boleh hadir.

“Dulu semasa Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) lawan saya, dia bebas pergi berkempen ke mana-mana bahagian, saya tidak larang pun.

“(Almarhum) Tunku Abdul Rahman sokong Ku Li, saya tidak halang. Sekarang ini (kita) tidak boleh kata apa-apa pun kepada parti dan presiden parti,” ujar beliau.

Dr. Mahathir mengulangi pandangannya bahawa Abdullah perlu melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi memastikan survival UMNO selepas BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Jika perlu, kata beliau, anggota UMNO boleh mengadakan undi tidak percaya dalam usaha memaksa Abdullah meletakkan jawatan.

Ditanya adakah tindakan terbarunya itu (keluar UMNO) bertujuan untuk memberi tekanan kepada Abdullah, Dr. Mahathir berkata: “Saya tidak tahu mengenai tekanan kerana orang ini tidak faham apa-apa.”

Mengenai keuntungan politik yang bakal diperoleh pembangkang ekoran keputusannya keluar UMNO, beliau berkata, atas sebab-sebab tertentu parti lawan mahu Abdullah terus memimpin UMNO.

“Parti lawan mahukan Abdullah kerana beliau telah memberi kejayaan besar kepada pembangkang (dalam Pilihan Raya Umum Ke-12),” katanya.

Sebelum itu, dalam ceramahnya, Dr. Mahathir berkata, cadangan supaya pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian meletakkan jawatan dan keluar UMNO bertujuan menyelamatkan parti itu.

Menurut beliau, tindakan tersebut perlu dilakukan sebelum pemilihan UMNO Disember ini kerana jika ia tidak dilakukan Abdullah akan menang tanpa bertanding sebagai Presiden dalam pemilihan parti.

Dr. Mahathir berkata, walaupun Tengku Razaleigh atau Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Timbalan Presiden UMNO, mahu bertanding menentang Abdullah, mereka tidak akan mendapat cukup pencalonan.

Katanya, arahan-arahan telah pun dikeluarkan meminta ahli-ahli UMNO tidak menyokong pencalonan lain selain Abdullah untuk pemilihan Presiden parti itu.

Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Akhbar & Majalah dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain.

Selasa, Mei 20, 2008 | 0 ulasan

Md Isa, Nizar terajui kerajaan Perlis, Perak

Written By JOM JALAN on 18/03/08 | Selasa, Mac 18, 2008

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Adha Ghazali dan Shaarani Ismail


GANTI SHAHIDAN: Md Isa menerima watikah pelantikan daripada Tuanku Syed Sirajuddin sebagai Menteri Besar Perlis di Istana Arau, semalam.

Hanya pelantikan MB Terengganu belum muktamad

KUALA LUMPUR: Ketika Menteri Besar Perlis, Datuk Dr Md Isa Sabu dan Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin, secara rasmi mengangkat sumpah jawatan masing-masing semalam, persoalan berhubung pemilihan Menteri Besar Terengganu pula masih belum terjawab.

Sehingga malam tadi, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu dikatakan belum menerima sebarang jemputan untuk menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar.

Seorang wakil rakyat yang enggan namanya didedahkan, ketika dihubungi berkata jemputan rasmi biasanya diedarkan pihak istana atau Bahagian Protokol Negeri berhubung acara rasmi yang dihadiri Sultan atau Pemangku Raja, tetapi sehingga semalam tiada jemputan diterima.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong, yang ditanya mengenai majlis angkat sumpah Menteri Besar pula enggan mengulas kerana menganggap isu itu sensitif.

Beliau yang ditemui pemberita selepas merasmikan Pameran Keunggulan Jawi di Muzium Negeri, Kuala Terengganu semalam, bagaimanapun berkata pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah meskipun pelantikan Menteri Besar masih belum dilaksanakan.


GALAS TANGGUNGJAWAB: Raja Nazrin menyerahkan watikah pelantikan sebagai Menteri Besar Perak kepada Mohammad Nizar di Istana Iskandariah, semalam.

Di KANGAR, perebutan jawatan Menteri Besar Perlis akhirnya selesai apabila Md Isa mengangkat sumpah jawatan di Istana Diraja Arau, petang semalam.

Semua Adun hadir pada majlis itu, kecuali Adun Tambun Tulang yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim. Hadir sama Adun Simpang Empat, Rus'seli Eizan, satu-satunya wakil rakyat Pas yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Upacara angkat sumpah berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan disaksikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada jam 5.30 petang.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Md Isa berharap isu siapa yang lebih berhak menjadi Menteri Besar Perlis tidak timbul lagi.

Sebelum ini, Shahidan dikatakan menerima surat sokongan menjadi Menteri Besar Perlis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, manakala Md Isa mendapat watikah daripada Raja Perlis.

Md Isa berharap rakyat Perlis tanpa mengira aliran politik, akan kembali bersatu bagi sama-sama membangun dan memajukan negeri ini.

Ditanya sama ada beliau berminat untuk menduduki kediaman rasmi Menteri Besar yang kini sedang dikosongkan oleh Shahidan, Md Isa berkata, beliau lebih berminat untuk terus menetap di kediaman peribadinya di Taman Guru Jaya di sini.

Md Isa berkata, beliau akan mula memasuki pejabat Menteri Besar beberapa hari lagi kerana hari ini beliau akan ke Putrajaya bagi menemui Perdana Menteri berkaitan pembentukan barisan Exco negeri.

Sementara itu, Shahidan ketika dihubungi menjelaskan beliau bukan

memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar Perlis yang baru, tetapi tidak mendapat maklumat mengenainya.

"Saya memang mendengar saya dijemput ke majlis itu tetapi sekembali ke Perlis dari Kuala Lumpur petang semalam (kelmarin), saya tidak ke pejabat dan mungkin jemputan rasmi itu ada di sana. Saya benar-benar sibuk mengemas barangan keluarga yang banyak di kediaman kami kerana sudah 12 tahun kami mendiami rumah itu.

"Saya hanya tahu mengenai jemputan ke majlis itu apabila Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Sulaiman Shafie memaklumkannya pada jam 6 petang tadi (semalam)," katanya.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Md Isa. Shahidan berkata, "Saya tidak ada masalah untuk bekerja dengan sesiapa saja. Saya menghormati Perlembagaan tetapi sebelum keputusan dibuat, saya perlu perjuangkan (kekal sebagai Menteri Besar) berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum lalu."

Di KUALA KANGSAR, Mohammad Nizar yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru pada hari lahirnya yang ke-51, semalam.

Istiadat pelantikan dan angkat sumpah itu yang berlangsung di Istana Iskandariah pada jam 11.40 pagi di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Hadir sama, Raja Di Hilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria.

Turut hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa, Pesuruhjaya Pas Perak Ahmad Awang dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak Zulkifli Ibrahim.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali yang menyepi diri sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, turut hadir dan kelihatan ceria bersalaman serta mengucapkan tahniah kepada Mohammad Nizar selepas selesai upacara itu.

Tajol Rosli turut kelihatan bersalaman dan berbual dengan Lim, Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Setiausaha Publisiti DAP Perak Nga Kor Ming sebelum upacara perlantikan dan angkat sumpah bermula.

INFO

MD ISA SABU


  • Usia: 61
  • Tempat Lahir: Kampung Kechor, Kangar
  • Isteri: Datin Asiah Asmuni
  • Anak: Enam orang
  • Kerjaya Politik:
  • Mula menjadi wakil rakyat pada 1986 di DUN Bintong, mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum 1990 dan dilantik Exco Kerajaan Negeri Perlis memegang portfolio Pertanian.
  • Pada Pilihan Raya Umum 1995, bertanding di Parlimen Kangar dan menjadi Ahli Parlimen Kangar untuk tempoh sepenggal.
  • Pada 1999, kembali bertanding dan menang di kerusi DUN Bintong, dilantik Exco Kerajaan Negeri memegang portfolio Pelancongan dan Alam Sekitar.
  • Tidak bertanding pada 2004. Menang semula di DUN Bintong pada Pilihan Raya Umum 2008.

    MOHAMMAD NIZAR

  • Umur: 51
  • Isteri: Fatimah Taat
  • Anak: Lima lelaki dan tiga perempuan
  • Kerjaya: Jurutera Perunding sektor pembinaan
  • Kerjaya politik:
  • Setiausaha Pas Perak
  • Menang kerusi Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang pada Pilihan Raya Umum 2008.
  • Sumber: Berita Harian untuk tujuan dokumentasi. Akhbar & Majalah dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, ArticleCentral dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain.

    Selasa, Mac 18, 2008 | 0 ulasan

    Tiada lagi DEB - Antara langkah awal kerajaan DAP, PKR Pulau Pinang

    Written By JOM JALAN on 12/03/08 | Rabu, Mac 12, 2008

    Lim Guan Eng (kanan) dan bapanya, Lim Kit Siang meninjau bandar Georgetown dari tingkap pejabat Ketua Menteri di tingkat 28 Bangunan Komtar, Pulau Pinang selepas mengangkat sumpah semalam. – Gambar Zhafaran Nasib.


    PULAU PINANG 11 Mac – Kerajaan negeri yang baru ditubuhkan hasil gabungan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membebaskan pentadbiran Pulau Pinang daripada pelaksanaan amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

    Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa, DEB menjadi punca kronisme, rasuah dan tidak efisien.

    Beliau berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan sistem baru yang memberikan keutamaan kepada semua kaum.

    Menurut Guan Eng, buat permulaan, kerajaan negeri akan melaksanakan sistem pemberian tender secara terbuka untuk semua kontrak dan pemerolehan kerajaan.

    “Kita akan mengamalkan pentadbiran telus. Selain memudahkan orang awam mendapat maklumat mengenai tender-tender tersebut, satu portal Internet akan diwujudkan.

    “Kontraktor tempatan yang berpusat di Pulau Pinang akan diberi keutamaan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

    Beliau berkata, ekonomi di Pulau Pinang adalah untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama serta berdasarkan prinsip perkongsian kemakmuran dalam cara yang saksama.

    Pada sidang akhbar hari ini, Guan Eng, 48, menjelaskan agenda-agenda pemerintahan baru kerajaan negeri DAP-PKR dengan langkah ke arah bebas DEB menjadi fokusnya.

    DEB adalah dasar yang dimulakan pada tahun 1971 untuk membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula ekonomi Malaysia dengan matlamat menghapuskan pengenalan etnik berasaskan fungsi ekonomi.

    Dasar itu, yang pada prinsipnya telah pun berakhir pada 1991, mengandungi polisi affirmative untuk kaum Melayu dan bumiputera bertunjangkan semangat kontrak sosial dan usaha untuk membaiki kedudukan ekonomi bumiputera yang ketinggalan.

    Berikutan kenyataan Guan Eng pada sidang akhbar itu, beliau ditanya mengenai hak-hak orang Melayu.

    Beliau menjawab: “Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama.

    “Saya tidak mahu cakap tentang nasib golongan itu atau golongan ini kerana nasib kita semua adalah sama dan hala tuju kita juga adalah sama.”

    Sebelum itu, Guan Eng mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini.

    Pada istiadat itu, Guan Eng menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Ketua Menteri.

    Beliau yang pernah menjalani hukuman penjara mengetuai kerajaan negeri pakatan DAP dengan PKR setelah parti pembangkang memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Sabtu lepas.

    Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) pula, beliau berkata, ia adalah projek Kerajaan Pusat, justeru beliau akan menumpukan kepada projek-projek di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

    Sambil menekankan mengenai pembinaan Pulau Pinang yang dinamik untuk semua, katanya, beliau akan mengaturkan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan orang ramai pada pilihan raya umum yang baru berlangsung Sabtu lepas.

    “Saya akan mencadangkan supaya hasil Petronas digunakan bagi membiayai sepenuhnya dana untuk pembinaan projek Jambatan Pulau Pinang kedua. Saya harap Kerajaan Persekutuan tidak akan memberhentikan pembiayaan kepada negeri ini.

    “Kita percaya bahawa Perdana Menteri yang berasal dari Pulau Pinang tidak mahu penduduk Pulau Pinang sengsara hanya kerana mereka mengundi untuk perubahan,” tambah beliau.

    Mengenai demokrasi dalam pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) pula, Guan Eng memberitahu, usaha mewujudkan pilihan raya PBT akan dilakukan mengikut Artikel 113(4) Perlembagaan selain mengkaji semula pelantikan ahli-ahli majlis di kalangan parti-parti politik.

    Beliau berkata, kerajaan negeri akan melantik profesional dan wakil daripada industri serta badan bukan kerajaan (NGO) sebagai ahli majlis PBT mengikut Seksyen 10(2) Akta Kerajaan Tempatan.

    Katanya, Ketua Menteri, anggota Exco kerajaan negeri, speaker serta timbalannya dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) serta Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP) akan diwajibkan mengisytiharkan aset peribadi mereka.

    Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Akhbar & Majalah dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, ArticleCentral dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain.

    Rabu, Mac 12, 2008 | 0 ulasan

    Analisis: Pentadbiran pembangkang diuji

    Written By JOM JALAN on 10/03/08 | Isnin, Mac 10, 2008

    BN kena utama khidmat berterusan, lebih prihatin pikat semula rakyat

    POLITIK negara mencatat sejarah besar selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diperoleh pagi semalam. Ramai rakyat, walaupun mereka yang inginkan perubahan - terpaku dan bagai tidak percaya apabila keputusan tidak rasmi mula diketahui pada awal malam.

    Suara terkejut, gembira, sedih dan wajah tidak percaya bersilih berganti, setiap kali keputusan baru diperoleh, kemudian sehingga berlarutan ke waktu subuh.

    Ternyata suara rakyat adalah suara keramat. Pilihan raya kali ini menyaksikan rakyat membuatkan keputusan untuk memilih orang yang mereka percaya boleh menjadi wakil dalam menyuarakan pendapat, keperluan serta rintihan mereka di gelanggang politik, bukannya memilih pemimpin yang gemar disanjung dan ‘dikejar’, sebelum bantuan diberi.

    Barisan Nasional (BN) masih disayangi dan dipercayai untuk meneruskan rekod kemajuan pembangunan yang memang cemerlang sejak 50 tahun lalu. Bagaimanapun, rakyat berasa sudah tiba masanya setiap projek dan program pembangunan yang dirancang, polisi yang digariskan diberi perhatian yang lebih telus bagi mencipta ‘check and balance’.

    Kuasa besar yang diberi kepada BN sejak negara merdeka 50 tahun lalu, hari ini memulakan anjakan paradigma paling bersejarah untuk membolehkan negara ini berkembang dengan lebih adil dan saksama bagi tempoh 50 tahun akan datang.

    Rakyat membuat keputusan untuk memberi kuasa yang lebih sedikit kepada parti pembangkang bagi menjadi kumpulan pemantau lebih serius, dengan harapan arus globalisasi yang semakin menyesakkan kantung ekonomi rakyat terbanyak dapat dilonggarkan dan agihan kekayaan lebih adil dapat dilaksanakan - bukan saja kepada golongan perniagaan dan yang miskin, bahkan turut membabitkan rakyat kelas pertengahan yang kini menjadi majoriti rakyat Malaysia.

    Ironinya, parti pembangkang utama iaitu Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini tidak lagi menjadi pembangkang di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor selepas berjaya membentuk kerajaan negeri.

    Selama 18 tahun lalu, Kelantan adalah satu-satunya negeri yang dikuasai Pas dan Terengganu turut berada di bawah pentadbiran parti itu selama sepenggal selepas Pilihan Raya Umum 1999.

    Pada pilihan raya kali ini, Pas bukan saja terus mendapat mandat rakyat Kelantan, bahkan BN turut kehilangan beberapa negeri.

    Dengan kemenangan di 38 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Pas akan terus menguasai Kelantan bagi tempoh lima tahun akan datang, tetapi sama ada jawatan Menteri Besar terus dipegang Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau diserah kepada anak didiknya, Datuk Husam Musa yang juga Naib Presiden Pas.

    Gandingan Pas, PKR dan DAP di Kedah turut mengubah landskap politik negeri jelapang padi itu kerana kemenangan 21 kerusi DUN memberikan mereka peluang membentuk kerajaan campuran.

    Di Kedah, persaingan sengit menyaksikan Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Paduka Abu Bakar Taib, Datuk Mohd Johari Baharum dan Datuk Chor Chee Heung, menyelamatkan maruah BN di negeri itu.

    Semalam, Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizan Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru. Pemilihan beliau berdasarkan kedudukan Pas yang memenangi paling banyak kerusi berbanding dua lagi parti pembangkang iaitu DAP dan PKR.

    Perang yang diisytihar DAP ke atas Pulau Pinang menggegarkan pemimpin Gerakan. Pemangku Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon, dilihat sebagai ‘pengecut’ apabila membuat keputusan untuk tidak bertanding pada peringkat DUN, sebaliknya memilih kerusi Parlimen Batu Kawan.

    Tindakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang selama 18 tahun itu, bukan saja membawa padah kepada dirinya apabila tewas teruk di tangan calon DAP, Dr P Ramasamy, bahkan Pulau Mutiara turut tergadai ke tangan DAP.

    Gandingan DAP dan PKR memberikan pembangkang 29 kerusi DUN, berbanding BN yang hanya menang 11 kerusi. Rakyat meluahkan rasa marah dan tidak percayakan lagi kepada kepemimpinan Gerakan, dengan memberi kemenangan besar kepada pembangkang yang menyapu bersih semua kerusi DUN dan Parlimen yang diwakili calon Gerakan.

    Tsunami perubahan di Pulau Pinang tidak berhenti setakat calon Gerakan, bahkan ia turut membabitkan calon BN dari parti MCA dan Umno.

    Turut menjadi mangsa kepada gelombang perubahan mendadak ini ialah bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah dan lima bekas Exco kerajaan negeri.

    Dengan kemenangan itu, DAP dan PKR membentuk kerajaan campuran dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang menang di DUN Air Putih, menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru.

    DAP juga mengetuai kemenangan pakatan pembangkang di Perak dengan memperoleh 18 DUN, PKR (7) dan Pas (6), menjadikan 31 kerusi milik mereka, berbanding BN yang memperoleh 28 kerusi.

    Kelebihan empat kerusi bagi pakatan pembangkang, mungkin membolehkan mereka membentuk kerajaan campuran, tetapi bakal menghadapi masa yang sukar setiap kali DUN bersidang bagi tempoh lima tahun akan datang.

    Bagi mempamerkan keikhlasan pakatan alternatif ini kepada rakyat, DAP dikatakan bersetuju untuk menyerahkan jawatan Menteri Besar Perak kepada wakil rakyat Pas, Mohamad Nizar Jamaluddin, yang menang di DUN Pasir Panjang.

    Selangor turut menjadi mangsa laungan perubahan, apabila 36 kerusi DUN dimenangi PKR, DAP dan Pas, manakala BN pula hanya memperoleh 20 kerusi. Ketiadaan pakatan yang kukuh di kalangan parti pembangkang, menyaksikan keputusan untuk membentuk kerajaan campuran ditangguh sehingga PKR, DAP dan Pas, dapat mencari kata sepakat.

    Negeri yang dianggap paling maju itu juga menghadapi perubahan besar dari segi pencapaian kerusi Parlimen, apabila PKR menguasai sembilan daripada 22 kerusi berkenaan, dengan Pas dan DAP masing-masing berkongsi empat kerusi. BN hanya mendapat lima kerusi.

    Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dijangka dipilih pakatan pembangkang sebagai Menteri Besar.

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerima gelombang tsunami paling buruk apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, adalah calon tunggal BN yang menang di ibu negara, manakala 10 kerusi Parlimen lain dikuasai DAP (5), PKR (4) dan Pas (1). Antara yang tersungkur ialah tokoh wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

    Laungan perubahan rakyat memang mencatat kejutan luar biasa. Ketika ini, rakyat yang marah, kecewa dan tidak puas hati dengan pemerintahan BN mungkin terubat kekecewaan yang dirasakan. Cuma diharap jangan sampai menang sorak, kampung tergadai.

    Suara rakyat adalah suara keramat, maka wakil rakyat yang baru menang dalam Pilihan Raya Umum ke-12 ini mesti bermuhasabah diri bahawa mereka adalah wakil rakyat, bukannya ‘tuan’ rakyat.

    Sumber: Berita Hatian untuk tujuan dokumentasi. Akhbar & Majalah dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, ArticleCentral dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain.

    Isnin, Mac 10, 2008 | 0 ulasan

    Abdullah pengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

    10/03/2008 1:45pm

    KUALA LUMPUR 10 Mac — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, yang merupakan mesyuarat pertama MT selepas pilihan raya umum Sabtu lepas.

    Abdullah yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini tiba di ibu pejabat UMNO pada pukul 1.05 tengah hari.

    Ketibaan Presiden UMNO itu yang memakai baju Melayu berwarna hitam disambut Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak serta laungan “Kami Sayang Pak Lah” oleh sekumpulan penyokong UMNO yang menunggu di perkarangan ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

    Mesyuarat MT kali ini dijangka membincangkan keputusan pilihan raya umum yang baru berakhir, yang menyaksikan Barisan Nasional kembali berkuasa dengan mandat majoriti mudah setelah memperoleh 140 daripada 222 kerusi Parlimen.

    Petang ini, Abdullah yang juga Pengerusi BN akan mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, yang dijangka membincangkan mengenai pelantikan anggota Kabinet.

    Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Akhbar & Majalah dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, ArticleCentral dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain.

    Isnin, Mac 10, 2008 | 0 ulasan

    Abdullah angkat sumpah

    10/03/2008 11:37am

    KUALA LUMPUR10 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dua hari selepas Barisan Nasional kembali berkuasa setelah memenangi pilihan raya umum Sabtu lepas.

    Acara penuh istiadat itu berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara di sini bermula pukul 11.10 pagi dengan pengurniaan suratcara pelantikan dan diikuti dengan melafaz ikrar, sumpah taat setia dan angkat sumpah menyimpan rahsia.

    Abdullah, 68, memegang jawatan itu bagi penggal kedua.

    Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Akhbar & Majalah dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, ArticleCentral dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain.

    Isnin, Mac 10, 2008 | 0 ulasan

    Empat menteri, 10 timbalan tewas






    KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah antara pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang tewas selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan setakat jam 3 pagi ini.

    Selain Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya; Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, juga kalah.

    Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput yang diwakilinya sejak 1974 apabila tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr D Jeyakumar dengan majoriti 1,821 undi. Samy Vellu mendapat 14,637 undi berbanding Jeyakumar, 16,458.

    Aziz tewas di Shah Alam apabila meraih 24.042 undi berbanding lawannya, Khalid Abdul Samad daripada PKR yang mendapat 33,356 undi manakala Shahrizat yang mendapat 18,833 undi, kalah di Lembah Pantai kepada calon PKR, Nurul Izzah Anwar yang mendapat 21,728 undi.

    Zainudin yang beralih dari kerusi Parlimen Merbok ke Sungai Petani dalam pilihan raya kali ini tewas 9,381 undi kepada calon PKR, Johari Abdul. Zainudin mendapat 24,441 undi berbanding Johari, 33,822 undi.

    Dr Koh, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama kali bertanding kerusi Parlimen pula, tewas di Batu Kawan kepada calon DAP yang juga bekas pensyarah, Dr P Ramasamy. Beliau hanya meraih 13,582 undi berbanding Ramasamy 23,067.

    Turut tewas, 10 timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong.

    Tan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang disandangnya sejak tiga penggal lalu apabila tewas kepada calon PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tan mendapat 25,608 undi berbanding Abdul Khalid yang juga Setiausaha Agung PKR, 28,123 undi.

    Kayveas yang juga Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) tewas di Taiping dengan majoriti 11,298 undi apabila mendapat 16,800 undi berbanding lawannya daripada DAP, Nga Kor Ming yang mendapat 28,098 undi.

    Mah yang juga Ketua Pemuda Gerakan, gagal mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan yang disandangnya apabila tewas dengan majoriti 1,470 undi kepada calon DAP, M Manogaran. Mah mendapat 17,016 undi berbanding Manogaran, 18,486 undi.

    Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman tewas di kerusi Parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 3,087 undi apabila mendapat 17,123 undi berbanding pencabarnya daripada PKR, Tan Tee Beng yang meraih 20,210 undi.

    Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin tewas di kerusi Parlimen Bachok dengan majoriti 2,901 undi apabila mendapat 25,934 undi berbanding pencabarnya, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang meraih 28,835.

    Beliau yang turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok, tewas dengan majoriti 1,270 undi kepada calon Pas, Datuk Omar Mohamad. Awang Adek mendapat 8,235 undi berbanding Omar yang meraih 9,505 undi.

    Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, tewas 198 undi di kerusi Parlimen Hulu Selangor kepada calon PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad. Palanivel memperoleh 22,979 undi berbanding Zainal Abidin, 23,177.

    Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuantan pula kalah dengan majoriti 1,826 undi kepada calon PKR, Fuziah Salleh. Fu mendapat 16,572 undi berbanding Fuziah, 18,398.

    Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Seri Chia Kwang Chye, kalah dengan majoriti 16,122 undi di Parlimen Bukit Bendera kepada pencabarnya, Liew Chin Tong daripada DAP. Chia yang juga Setiausaha Agung Gerakan, mendapat 15,131 undi berbanding Liew, 31,243.

    Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan kalah dengan majoriti 2.804 undi di Teluk Kemang kepada calon PKR, Kamarul Bahrin Abbas. Sothinathan yang juga Naib Presiden MIC, mendapat 20,544 undi berbanding Kamarul Bahrin, 23,348.

    Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin, kalah dengan majoriti 3,413 di Bagan Serai kepada calon PKR, Mohsin Fadzli Samsuri. Zainal Abidin mendapat 18,943 undi manakala Mohsin Fadzli, 18,943.

    Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail sekali lagi gagal untuk merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila tewas dengan majoriti 13,388 undi.

    Sumber: Berita Harian untuk tujuan dokumentasi. Akhbar & Majalah dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, ArticleCentral dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier, Jason Tan, dan lain-lain.

    Isnin, Mac 10, 2008 | 0 ulasan

    Interpol bantu jejaki Mas Selamat

    Written By JOM JALAN on 1/03/08 | Sabtu, Mac 01, 2008

    SINGAPURA 29 Feb. - Interpol hari ini mengeluarkan amaran berjaga-jaga di seluruh dunia terhadap ketua cawangan Jemaah Islamiah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari, hampir 48 jam selepas dia memboloskan diri dari sebuah pusat tahanan di republik ini.

    Dalam notis di laman webnya, badan polis antarabangsa itu menyatakan, pihaknya mengeluarkan amaran Notis Oren berikutan permintaan daripada Singapura.

    Notis Oren boleh dikeluarkan oleh Sekretariat Am Interpol di Lyon, Perancis untuk sebarang kejadian yang menimbulkan risiko terhadap keselamatan penduduk di seluruh dunia.

    "Singapura ternyata mengambil segala langkah pada peringkat kebangsaan untuk mencari orang buruan berkenaan dan menerusi pengeluaran Notis Oren ini, Interpol dan semua negara anggotanya dapat membantu usaha tersebut di peringkat antarabangsa," kata Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Polis, JeanMichel Louboutin.

    Gambar dan cap jari Mas Selamat akan dihantar kesemua 186 negara anggota Interpol, menurut badan itu.

    Kementerian Dalam Negeri Singapura menyatakan, operasi memburu diteruskan dengan kerahan besar-besaran anggota polis, tentera dan pasukan keselamatan lain.

    "Operasi mencari masih dijalankan," kata seorang jurucakap.

    Mas Selamat yang dituduh merancang untuk merampas sebuah pesawat dan merempuh Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di sini memboloskan diri dari Pusat Tahanan Whitley Road kelmarin.

    Menurut Kementerian itu, Mas Selamat yang dilahirkan pada 1961 berjalan tempang dan diketahui tidak membawa senjata.

    Lelaki rakyat Singapura itu ditangkap di Pulau Bintan, Indonesia pada 2003 dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh mahkamah di sana.

    Dia dibebaskan kemudian tetapi ditangkap semula oleh pihak berkuasa Indonesia pada Januari 2006 sebelum diserahkan kepada Singapura yang menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    Penganalisis percaya Mas Selamat akan cuba memasuki Indonesia.

    - AFP

    Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Akhbar & Majalah dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, ArticleCentral dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier, Jason Tan, dan lain-lain.

    Sabtu, Mac 01, 2008 | 0 ulasan

    Norah Tun Rahman menang tanpa bertanding

    Written By JOM JALAN on 25/02/08 | Isnin, Februari 25, 2008


    TAHNIAH: Norah Tun Rahman di Parlimen Manis yang menang tanpa bertanding dikucup bapanya apabila diumumkan menang tanpa bertanding kerusi Parlimen Tanjong Manis di Pejabat Daerah Kecil Belawai, semalam.




    Ini adalah keratan akhbar dari Berita Harian untuk tujuan dokumentasi. Akhbar & Majalah dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier, Jason Tan, dan lain-lain.
    Isnin, Februari 25, 2008 | 0 ulasan

    PM janji Kabinet terbaik

    Oleh Habibah Omar
    TANPA menghiraukan halangan pagar di kawasan pusat penamaan calon, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan penyokong Barisan Nasional selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-12 di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.


    KEPALA BATAS 24 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan akan menubuhkan barisan Kabinet yang terbaik dengan gabungan muka lama dan baru sekiranya Barisan Nasional (BN) diberikan mandat baru pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

    Menurut Perdana Menteri, untuk tujuan itu semua calon BN yang dipilih bertanding pada pilihan raya umum kali ini merupakan calon yang sebaik-baiknya dan telah melalui proses siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), mahkamah serta Jabatan Insolvensi.

    Abdullah berkata, sebelum pilihan raya BN telah memastikan semuanya diatur dengan baik dengan calon yang dipilih dipastikan melalui siasatan dengan badan-badan berkenaan.

    ‘‘Kalau ada kes yang terlibat dengan mahkamah, macam semalam (apabila) kita mengetahui salah seorang calon yang dicadangkan mempunyai kes di mahkamah di bawah Kanun Keseksaan, kita serta-merta menggugurkan calon berkenaan.

    ‘‘Ada beberapa kes melibatkan isu BPR serta polis, jadi kita membuat siasatan dengan terperinci dan dalam masa yang sama, kita akan memeriksa dengan Jabatan Insolvensi sama ada bakal calon itu muflis atau tidak.

    ‘‘Jadi kita periksa dan calon sedemikian tidak akan dibenarkan (bertanding), kita memeriksa untuk memberikan yang terbaik,” kata Abdullah pada sidang akhbar selepas proses penamaan calon di sini hari ini.

    Ditanya mengenai kempen pilihan raya, Perdana Menteri berkata, setakat ini beliau tidak mendengar sebarang masalah atau huru-hara berlaku di mana-mana tempat.

    Sambil melahirkan rasa gembira, beliau mengucapkan terima kasih kepada polis yang telah mengawal keadaan keselamatan dengan baik dan ia merupakan langkah pertama menjayakan proses pemilihan calon.

    ‘‘Proses pemilihan calon oleh rakyat adalah amat penting bagi rakyat Malaysia. Mereka tentu sekali nak pilih siapa yang mereka mahu.

    ‘‘Saya percaya mereka akan beri perhatian kepada BN yang sejak 50 tahun lalu, bermula dengan Perikatan, telah pun mencapai kejayaan membangunkan negara serta pastikan dalam keadaan aman, selamat,” katanya.

    Semasa berkempen pula, Perdana Menteri meminta supaya tidak berlaku pergaduhan antara penyokong parti-parti yang bertanding dan mereka diminta supaya menjaga percakapan kerana jika berlaku pergaduhan ia boleh mencemarkan proses pilihan raya.




    Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Akhbar & Majalah dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier, Jason Tan, dan lain-lain.
    Isnin, Februari 25, 2008 | 0 ulasan

    Presiden PAS diarak lima ribu penyokong, Umno Marang kucar-kacir

    Oleh Mohd Rashidi Hassan | Foto Nasir Sudin

    ImageMARANG, 24 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditentang oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi kerusi Parlimen Marang.

    Di kerusi Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, beliau ditentang oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Marang, Razali Idris.

    Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya di Pejabat Daerah Marang sebentar tadi.

    Bagi kerusi Dun Alur Limbat, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, ditentang Alias Abdullah.

    Di Bukit Payung, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah ditentang calon BN oleh Zaidi Muda.

    ImageManakala AJK PAS Kawasan Marang, Mohd Draman menjadi calon PAS di Dun Pengkalan Berangan ditentang oleh Yahya Khatib Mohamad.

    Pengundian akan diadakan 8 Mac depan.

    Sebelum itu, rombongan calon PAS diarak kira-kira 5 ribu penyokong yang berhimpun sejak 7.30 pagi di Markas Besar MTD Rhu Rendang di Kampung Kijing dekat sini.

    Calon-calon BN diiringi sekitar 500 orang penyokong sahaja.

    Parlimen Marang mempunyai 74,813 pengundi.

    Pada PRU ke-11 tahun 2004, Ustaz Hadi yang menjadi Ahli Parlimen Marang Imagesejak tahun 1990, tewas kepada Dato’ Abdul Rahman Bakar dengan hanya 163 undi sahaja.

    Kali ini, Rahman yang juga Ketua Umno Bahagian Marang diketepikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno negeri Dato’ Seri Idris Jusoh.

    Turut diketepikan dari senarai calon BN adalah Ketua Umno Bahagian Kuala Terenganu, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang (Hulu Terengganu) dan Dato’ Rosli Mat Hassan (Dungun).

    Umno Marang kucar-kacir

    Rahman ketika ditemui wartawan di pusat penamaan calon mengakui bahawa ImageUmno bahagian itu berada dalam kucar-kacir kerana beliau diketepikan sebagai calon BN.

    Bagaimanapun beliau menafikan berlakunya perpecahan dalam bahagian.

    Rahman mengakui sehingga kini ramai ahli dan penyokong Umno memprotes tindakan Idris mengetepikan beliau.

    Menurutnya bantahan berlaku bukan sahaja di Marang tetapi di seluruh negeri.

    Katanya, beliau akan cuba memujuk para penyokongnya untuk menghentikan Imagebantahan kerana bimbang ianya menjejaskan peluang calon BN di Marang.

    Apa yang dibimbangkan katanya, ahli-ahli dan penyokong Umno seluruh negeri membuat ’silent protes’ terhadap calon-calon BN.

    Beliau bagaimanapun berkata, walaupun proses memujuk ahli untuk tidak menentang keputusan menggugurkannya amat perlahan, namun yakin ianya akan dapat di atasi.

    Sehingga kini difahamkan penyokong-penyokong melemparkan pelbagai kecaman terhadap Idris yang didakwa membohongi Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sehingga mengetepikan Rahman. - mks.




    Ini adalah keratan akhbar dari Pilihanraya2008 untuk tujuan dokumentasi. Akhbar & Majalah dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier, Jason Tan dan lain-lain.
    Isnin, Februari 25, 2008 | 0 ulasan

    Presiden Timor Leste cedera ditembak

    Written By JOM JALAN on 11/02/08 | Isnin, Februari 11, 2008


    11/02/2008 11:51am

    DILI 11 Feb. – Presiden Timor Leste, Jose Ramos-Horta cedera di perut selepas ditembak dalam serang hendap oleh kumpulan askar yang memberontak di kediamannya sebelum subuh hari ini.

    Dalam serangan tersebut ketua pemberontak terbabit, Alfredo Reinado telah terbunuh sementara Ramos-Horta yang mendapat rawatan tentera Australia dilaporkan dalam keadaan stabil.

    – Reuters




    Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Akhbar & Majalah dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier, dan lain-lain.
    Isnin, Februari 11, 2008 | 0 ulasan

    ADUN mati ditembak -- Mayat Krishnasamy ditemui dalam lif bangunan MIC Johor

    Written By JOM JALAN on 12/01/08 | Sabtu, Januari 12, 2008

    Oleh: KHADIJAH IBRAHIM dan HAMDAN TAWADI

    JOHOR BAHRU 11 Jan. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy mati ditembak di dalam lif bangunan MIC Johor di Jalan Segget di sini hari ini.

    Mayat Krishnasamy, 62, yang berlumuran darah ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam lif itu kira-kira pukul 2.10 petang.

    Terdapat kesan tembakan pada kepalanya di bawah mata kiri.

    Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang juga Timbalan Pengerusi MIC Johor mahu ke tingkat dua bangunan berkenaan untuk menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan MIC Johor.

    Ia berlaku beberapa minit selepas beliau menjamu selera bersama para pemimpin MIC tempatan di sebuah restoran di Jalan Trus berdekatan bangunan MIC itu.

    Beberapa saksi mendakwa mereka melihat seorang lelaki berusia 20-an tergesa-gesa melarikan diri menaiki motosikal sejurus bunyi tembakan kedengaran.

    Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, polis menerima panggilan orang awam pada pukul 2.20 petang memaklumkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki dalam lif bangunan enam tingkat itu.

    Krishnasamy dipercayai ditembak dari jarak dekat.

    “Polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat wakil rakyat itu tertiarap dalam lif bangunan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

    Ini adalah kejadian kedua seorang wakil rakyat mati ditembak dalam tempoh 10 tahun lalu.

    Pada 4 November 2000, ADUN Lunas, Kedah, Dr. Joe Fernandez, 54, mati ditembak oleh seorang pembonceng motosikal ketika memberhentikan keretanya di satu persimpangan lampu isyarat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

    Menurut Mokhtar, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes itu dan mereka

    memulakan siasatan dari pelbagai sudut termasuk mengenal pasti punca dan motif pembunuhan tersebut.

    “Beberapa anggota polis yang terdiri daripada pegawai kanan telah memulakan siasatan kes ini. Setakat ini belum ada tangkapan dibuat,” jelasnya.

    Ditanya adakah pembunuhan Krishnasamy bermotif politik, Mokhtar berkata:

    “Polis masih menyiasat kes ini dan kita minta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang hanya akan mengganggu siasatan.”

    Anak perempuan mendiang, K. Rani, 34, yang ditemui di lokasi kejadian kelihatan sebak dan menangis berikutan kejadian tersebut.

    Katanya, mayat bapanya dibawa ke rumah mayat Hospital Sultanah Aminah di sini untuk dibedah siasat.

    Sementara itu, Ketua MIC Cawangan Taman Datuk Cheelam Tebrau di sini, S. Arumugam adalah antara orang yang sempat makan tengah hari bersama mendiang sebelum kejadian itu.

    “Kami serta beberapa pemimpin MIC lain sempat makan tengah hari bersama-sama mendiang yang makan nasi campur dan air kosong. Dia minta diri lebih awal kerana hendak menghadiri mesyuarat,” katanya.

    Menurut Arumugam, sebaik sahaja kereta mendiang tiba di bangunan MIC, beliau terdengar bunyi tembakan.

    Orang ramai yang berada di sekitar bangunan MIC itu gempar dengan pembunuhan wakil rakyat itu.

    Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu menyebabkan keadaan kelam kabut kerana orang ramai berpusu-pusu mengerumuni bangunan tersebut.

    Menurut seorang saksi, V. Kamala, 45, kejadian itu berlaku ketika beliau berada di tingkat enam bangunan berkenaan.

    “Saya terkejut apabila terdengar bunyi tembakan. Dengan pantas saya turun menggunakan tangga.

    “Seorang lelaki memberitahu dia nampak seorang lelaki terbaring berlumuran darah di dalam lif,” katanya yang bekerja sebagai kerani di pejabat MIC itu.

    Katanya, Ketua Puteri MIC Johor, R. Vithiyamohan turut berada di situ.

    Mereka kemudian meminta lelaki berkenaan segera menelefon polis bagi memaklumkan kejadian itu.

    Sementara itu, Ketua MIC Bahagian Seri Gading, S. Murugan berkata, beliau yang berada dalam bangunan tersebut semasa kejadian turut terdengar bunyi tembakan.

    “Saya diberitahu ada seorang lelaki berusia awal 20-an melarikan diri dari bangunan MIC selepas kejadian itu berlaku.

    “Bagaimanapun, saya tidak saksikan kejadian itu kerana saya ketika itu berada di tingkat dua,” katanya.

    Antara yang meninjau tempat kejadian itu petang ini ialah Pengerusi MIC Johor, Datuk K.S. Balakrishnan; Timbalan Pengerusi MCA Johor, Freddie Long Hoo Hin dan Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Naim Nasir.




    Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Akhbar & Majalah dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier, dan lain-lain. Dia kini bekerjasama dengan Zubli Zainordin pengasas Sains dan Seni Jaya Diri, pengarang blog Total Happiness dan pengelola Book Project blog.
    Sabtu, Januari 12, 2008 | 0 ulasan