Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Kompas minta maaf kepada Najib, rakyat Malaysia

Written By SEUZ on 6/05/05 | Jumaat, Mei 06, 2005

JAKARTA 4 Mei - Akhbar harian Kompas hari ini memohon maaf kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakyat Malaysia atas kesalahannya melaporkan satu berita yang tidak benar berkaitan isu pergeseran kapal perang Indonesia dan Malaysia di perairan Laut Sulawesi awal bulan lepas.

Ketua Pengarang Kompas, Suryopratomo membuat permohonan maaf itu dalam satu berita yang dilaporkan di muka 11 akhbar itu hari ini di bawah tajuk Kompas dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Sepakat Berdamai.

``Apabila hal itu tidak benar, Kompas meminta maaf kepada Timbalan Perdana Menteri Najib dan masyarakat Malaysia atas kejadian ini,'' katanya.

Beliau mengakui Kompas tidak mendapatkan pengesahan daripada Najib sendiri, yang juga Menteri Pertahanan Malaysia, sebelum melaporkan berita itu di bawah tajuk Menhan (Menteri Pertahanan) Malaysia Minta Maaf pada 15 April.

Berita itu, yang dinafikan keras oleh Najib, antara lain menyebut bahawa beliau telah mengemukakan permohonan maaf secara lisan kepada Indonesia berikutan pergeseran kapal Tentera Laut Diraja Malaysia KD Rencong dengan kapal Tentera Nasional Indonesia, KRI Tedung Naga.

Kompas juga melaporkan bahawa Atase Pertahanan Indonesia di Kuala Lumpur, Kolonel Hartind Hazrin yang disebut oleh Ketua Penerangan Tentera Laut Indonesia, Laksamana Pertama Abdul Malik Yusuf sebagai sumber rasmi berita itu, juga mengakui tidak pernah bertemu Najib, apatah lagi membincangkan perkara itu.

``Pernyataan ini mencuat (timbul) kerana pada kenyataannya Menteri Pertahanan Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sama sekali tidak pernah membuat kenyataan itu,'' kata akhbar itu.

Dengan permohonan maaf melalui berita 14 ayat itu, akhbar itu berkata, isu berkaitan salah lapor permohonan maaf oleh Najib itu telah diselesaikan secara damai.

``Kompas tidak pernah berniat untuk merugikan nama baik Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib, baik sebagai individu mahupun institusi negara. Selain Kompas percaya atas sumber berita, kami kira berita tersebut malah memperlihatkan jiwa besar pemimpin Malaysia,'' kata akhbar itu.

Sementara itu Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan, Akmar Hisham Mokhles turut dipetik Kompas sebagai berkata bahawa Najib kecewa kerana selain tidak benar, Kompas juga tidak meminta pengesahan Najib sebelum menyiarkan berita itu.

``Apalagi kesan daripada penyiaran berita itu boleh mengganggu hubungan kedua-dua negara. Mestinya Kompas sensitif apabila ada berita yang berkaitan kenyataan rasmi Timbalan Perdana Menteri kerana melibatkan nama baik,'' katanya dipetik akhbar itu.

Menurut Kompas lagi, kedua-dua belah pihak sepakat untuk mewujudkan hubungan yang lebih baik pada masa depan.

Hubungan Indonesia dan Malaysia sempat menegang oleh isu tenaga kerja Indonesia (yang dihantar pulang kerana masuk ke Malaysia tanpa izin) dan kes Ambalat (yang dikenali di Malaysia sebagai Blok XYZ, kawasan yang kaya minyak dan gas di Laut Sulawesi yang kini dituntut bertindih oleh kedua-dua negara), tambah akhbar itu.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa kedua-dua negara kini sedang berusaha memulihkan hubungan baik melalui pertemuan di peringkat pemimpin tertinggi mahupun di peringkat menteri. - Bernama
Jumaat, Mei 06, 2005 | 0 ulasan

"Kompas" dan Deputi Perdana Menteri Malaysia Sepakat Berdamai

Jakarta, Kompas - Persoalan berita di harian Kompas, 15 April 2005, bahwa "Menhan Malaysia Minta Maaf" telah diselesaikan dengan cara damai. Persoalan ini mencuat karena pada kenyataannya Menteri Pertahanan Malaysia, yang juga Wakil Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak sama sekali tidak pernah membuat pernyataan tersebut.

Sementara itu, Atase Pertahanan Indonesia di Malaysia Kolonel Hartind Hazrin, yang disebut Laksamana Pertama Abdul Malik Yusuf, Kepala Dinas Penerangan TNI Angkatan Laut, sebagai sumber resmi, menyatakan tidak pernah bertemu Najib, apalagi membicarakan soal tersebut.

Kejadian ini sempat membuat Najib kecewa karena selain tidak benar, dia merasa Kompas tidak pernah melakukan konfirmasi sebelum pemuatan berita. "Apalagi dampak dari pemuatan berita ini bisa mengganggu hubungan kedua negara. Mestinya Kompas sensitif apabila ada berita yang menyangkut pernyataan resmi wakil kepala negara karena melibatkan nama baik," demikian pernyataan Akmar Hisham Mokhles, Sekretaris Bidang Media Menteri Pertahanan Malaysia, di Jakarta, Selasa (3/5).

Atas kejadian ini, Suryopratomo, Pemimpin Redaksi Kompas, juga mengakui bahwa Kompas tidak sempat melakukan konfirmasi. "Kompas tidak pernah berniat untuk merugikan nama baik DPM Malaysia Najib, baik sebagai pribadi maupun institusi negara. Selain Kompas percaya atas sumber berita, kami kira berita tersebut malah memperlihatkan jiwa besar Pemimpin Malaysia. Apabila hal itu tidak benar, Kompas meminta maaf kepada DPM Najib dan masyarakat Malaysia atas kejadian ini," demikian pernyataan Suryopratomo.

Kedua belah pihak sepakat untuk menciptakan hubungan yang lebih baik di masa mendatang. Untuk itu, peran media sangat penting karena dua negara serumpun ini selain memiliki hubungan sosial dan budaya yang sama juga memiliki potensi untuk membangun perekonomian Asia Tenggara yang lebih maju.

Seperti diketahui, hubungan Indonesia dan Malaysia sempat menegang oleh persoalan pemulangan tenaga kerja Indonesia dan kasus Ambalat. Kedua negara berupaya untuk memulihkan hubungan, baik melalui pertemuan rutin tingkat kepala negara maupun para menteri. (ias, Rabu, 4 Mei 2005)
Jumaat, Mei 06, 2005 | 0 ulasan

Written By SEUZ on 2/05/05 | Isnin, Mei 02, 2005


Ratu Dangdut Indonesia, Inul Daratista yang kehebatannya lebih bersandarkan goyangan pinggulnya beraksi di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi.
Kira-kira 5,000 orang hadir menyaksikan persembahan yang bertenaga itu dan walaupun dibimbangi boleh mencetuskan pelbagai kontroversi, ia berlangsung dengan aman.
Inul yang sekian lama popularitinya memuncak di Indonesia akhirnya berpeluang mengadakan persembahan di negara ini dengan beberapa syarat dikenakan termasuk tidak boleh bergelek membelakangi penonton. [http://www.utusan.com.my/ utusan/content.asp?y= 2005&dt=0502&pub= Utusan_Malaysia&sec= Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm]
Isnin, Mei 02, 2005 | 0 ulasan