Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Pages

Kaya tapi sengsara

Written By JOM JALAN on 17/06/11 | Jumaat, Jun 17, 2011




Hartawan sengsara
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my
2011/06/12


Kesunyian, kecewa antara jiwa lara pewaris bilionair yang membawa ke mati

BENARKAH harta tidak boleh membeli kebahagiaan? Jika betul, apakah bentuk kebahagiaan yang boleh didefinisikan tanpa harta andai makan pun terpaksa meminta? Dan bagaimana pula ada keluarga kaya raya yang diketahui memiliki harta dan wang ringgit sebaliknya dibelenggu kesengsaraan dengan pelbagai episod duka yang membawa kematian secara tragik, termasuk membunuh diri?


Mungkin pelik bagi kita, tetapi mereka, khususnya di negara Barat, rentetan kehidupan tragik yang membelenggu nasib keluarga hartawan ini ibarat sumpahan. Malah itulah beri pengakhiran menyedihkan waris keluarga hartawan John Paul Getty III daripada keluarga Getty - hartawan Amerika Syarikat; Christina Onasis yang dikenali pewaris keluarga perkapalan Greek; waris Johnson & Johnson juga hartawan Amerika, Casey Johnson; Lee Yoon Hyung, anak perempuan keluarga Samsung dari Korea Selatan dan Edoardo Agnelli, pewaris syarikat kereta Fiat di Itali?Hakikatnya, mereka mungkin tidak mengenali antara satu sama lain kerana dilahirkan pada abad dan benua berbeza tetapi ada persamaan yang mengikat mereka - pewaris empayar perniagaan bernilai berbilion dolar tetapi mati dalam keadaan penuh tragik.

Kematian John Paul Getty III, 54, pewaris minyak pada Februari lalu, sememangnya mengejutkan ramai kerana ia menjadi penamat rentetan kesengsaraan yang dialami insan ini. Datuknya, John Paul Getty, hartawan minyak bergelar bilionair, pengumpul koleksi seni dan dermawan, pernah dinobatkan sebagai lelaki terkaya Amerika Syarikat pada 1957.
Menepati kata-kata kaya tapi sengsara, biarpun punca kematian John Paul Getty III tidak didedahkan, apa yang diketahui dia berkerusi roda dan memerlukan penjagaan kesihatan yang rapi sejak 1981 apabila pengambilan dadah secara berlebihan menyebabkannya lumpuh dan hampir buta. Dia pernah menjadi subjek liputan media pada 1973 apabila diculik dan tuntutan wang tebusan mencecah lebih AS$17 juta. Bagaimanapun polis menolak dakwaan dia diculik dan sebaliknya satu penipuan bagi memeras wang datuknya. 

Satu lagi kisah tragik mendalangi kehidupan Christina Onassis. Dunia mengenalinya ahli perniagaan bijak yang pernah menghasilkan keuntungan RM3.03 bilion sehari! Mewarisi empayar perkapalan Greece daripada bapanya, Aristotle Socrates Onassis dan isteri, Athina, Christina dianggap bertuah dilahirkan dalam keluarga antara terkaya di dunia. Sayangnya, kekacauan dalam hidupnya bermula pada usia muda apabila perceraian penuh sengketa ibu bapanya pada pertengahan tahun 1960-an diberi liputan besar-besaran oleh media. Dia sekali lagi menjadi tumpuan apabila bapanya mengahwini balu Presiden John F Kennedy, Jacqueline Kennedy pada 1968. Media sekali lagi memainkan kisah itu dan mengikuti rapat perjalanan keluarga Onassis terutama tentangan Christina terhadap perkahwinan itu.

Berusaha melakar sendiri jalan hidupnya dan melarikan diri daripada tumpuan, Christina berpindah ke London dan memasuki Queens College untuk meneruskan pelajaran dalam bidang fesyen. Namun dia keciciran beberapa bulan kemudian, pada usianya 19 tahun.

Kekalutan terus memburunya apabila Athina mengahwini Stavros Niarchos, yang bukan saja bekas iparnya tetapi saingan terbesar kepada empayar perkapalan Onassis. Ketika akhbar ghairah memaparkan kisah itu, Christina mencipta berita untuk diri sendiri dengan mengahwini lelaki 27 tahun lebih tua daripadanya ketika berusia 20 tahun. Sumpahan keluarga Onassis bermula pada awal tahun 1970-an apabila abangnya, Alexander, maut dalam kemalangan kapal terbang pada tahun 1973, diikuti ibunya setahun kemudian dan ayahnya pada tahun 1975.

Di sebalik kejayaannya mengendalikan perniagaan keluarga, kehidupan peribadi Christina kerap membayangi pencapaiannya dan wajahnya kerap menghiasi muka depan akhbar gosip dan hiburan. Dia dikatakan menagih pelbagai jenis dadah. Pada 1985, Christina melahirkan anak dengan suami keempatnya, Thierry Roussel, dan dinamakan Athina, sempena ibunya. Sayang, kelahiran Athina masih belum cukup membahagiakan Christina apabila dia ditemui mati di rumah rakannya di Argentina akibat serangan jantung disebabkan ketagihan dadah selama bertahun-tahun pada usia 38 tahun. 
Dunia meratapi kehilangan wanita besi yang dianggap ramai sebagai ‘bakat semula jadi’ dalam bidang perniagaan, mewarisi kepakaran bapanya.
Malangnya, sumpahan itu tidak berakhir dengan kematian Christina sebaliknya terus memburu kehidupan anak tunggalnya, Athina. Satu-satunya pewaris kekayaan Onassis, Athina, 26, cuba menjalani kehidupan normal yang baik, di sebalik membesar dalam skandal, tragedi dan kematian mengejut.

Legasi itu dipersalahkan ke atas kehidupan mewah keluarganya, sesuatu yang cuba dielakkan sejak mengahwini ahli sukan berkuda Brazil, Alvaro Alfonso de Miranda Neto atau dikenali sebagai Doda, 38.

Ketenangan itu, bagaimanapun mengganggu kehidupan pasangan suami isteri berkenaan apabila bekas kekasih Doda, Cibele Dorsa, membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh kediamannya Januari lalu.

Lebih memalukan Athina, bekas model Playboy berusia 36 tahun itu meninggalkan nota bunuh diri yang merungut mengenai peraturan yang membenarkan anak perempuan Cibele dan Doda, Vivienne dan anak lelaki hasil perkahwinan pertama aktres itu, Fernando, dijaga oleh Athina dan Doda. Cibele bersetuju kedua-dua anaknya dipelihara Athina dan Doda tetapi amat merindui cahaya matanya itu.

Bekas pembantu kepada bapa Athina, Alexis Mantheakis, berkata sumpahan Onassis kembali menghantui Athina walaupun kali ini tidak terkena kepada diri sendiri tetapi mensasarkan orang yang ada kaitan dengannya.

Berkongsi nasib sama dengan Christina ialah pewaris empayar perniagaan penjagaan diri, Johnson & Johnson. Casey Johnson, 30, ditemui mati di sebuah rumah, tahun lalu. Lebih menjijikkan apabila laporan menyebut rumah berkenaan dipenuhi tikus. 

Laporan menyebut mayat Casey ditemui oleh pembantu rumah dalam bilik tidurnya di West Hollywood pada 4 Januari 2010. Bagaimanapun, laporan panggilan ke talian 911 mendedahkan Casey meninggal dunia di rumah salah seorang rakannya di Los Angeles ketika ditinggalkan sendirian apabila rakannya keluar bersuka ria. 

Pemanggil tidak dikenali melaporkan tubuh Casey sejuk dan tangannya berwarna biru. Pada 4 Februari 2010, Pejabat Koroner Los Angeles mengumumkan dia maut disebabkan diabetic ketoacidosis kerana mengabaikan pengambilan ubat dan tidak mendapatkan rawatan.Dia yang disahkan menghidap diabetes ketika masih kanak-kanak, Casey membesar menjadi remaja liar yang memaksa keluarganya memutuskan hubungan dengannya. Pengambilan dadah dan alkohol memaksa ibunya, Sale, mendapatkan perintah memelihara anak angkatnya, Ava, apabila Casey enggan menjalani rawatan memulihkan masalah ketagihannya. Selepas disingkirkan daripada keluarga, kereta Porsche miliknya ditarik dan rekod mahkamah menunjukkan dia berhutang lebih RM300 ribu. 

Jalan cerita yang menimpa pewaris syarikat elektronik gergasi Korea, Samsung, pula agak berbeza tetapi tetap menuju penamat sama - kematian menyedihkan. Jelitawan, Lee Yoon Hyung, jelas memiliki wang mencukupi untuk memenuhi minat mendalamnya terhadap kereta lumba dan lukisan. Dengan harta peribadi dianggarkan bernilai £105 (RM514 juta)dan ijazah daripada universiti berprestij di New York dan Seoul, sepatutnya tiada had apa yang boleh dicapainya. 



Bapanya, Lee Kun-hee yang kini bergelar bekas Pengerusi Samsung, adalah antara orang terkaya di Korea Selatan yang kerap dimomokkan sebagai Republik Samsung.

Namun itu nyata bukan yang dicari dalam hidup apabila Lee menamatkan hayatnya dengan menggantung diri menggunakan wayar elektrik di kediamannya di New York pada 2005. Lee baru berusia 26 tahun ketika mengambil keputusan nekad itu. Rakan-rakan Lee berkata dia semakin sunyi dan tertekan sejak berpindah ke New York selepas rancangan untuk mengahwini teman lelakinya ditentang ibu bapanya kerana dianggap tidak sepadan.

Lee paling menonjol daripada empat pewaris Samsung kerana abang dan dua lagi kakaknya enggan dikenali ramai. 
Keyakinan diri dan pesona menjadi bukti dalam laman web peribadi yang dinamakan sebagai Pretty Yoon Hyung, yang memperincikan kehidupannya. Di Korea, Lee sentiasa dikawal sekurang-kurangnya dua pengawal peribadi dan selepas berpindah ke New York, pemandu yang bersedia 24 jam mengiringinya ke seluruh bandar raya itu dengan limosin.

Namun kehidupan penuh gaya Lee semakin suram. Penjaga pintu bangunan tempat dia menginap memberitahu kadang-kadang Lee tidak keluar daripada kediamannya selama seminggu.

Kematian Lee terus memburukkan keadaan syarikat paling kaya, paling berpengaruh dan paling penuh rahsia yang sudah dikejar publisiti negatif termasuk pendedahan skandal rasuah.
Bagaimanapun, kematian pewaris empayar perniagaan dan kereta Fiat, Edoardo Agnelli, paling diselubungi kontroversi apabila Iran mendakwa kematiannya dirancang Israel kerana berang dengan tindakan Edoardo memeluk Islam lima tahun sebelum dia dijumpai mati pada November 2000.

Di Itali, kematian Edoardo selepas terjun daripada jambatan di Turin ketika berusia 46 tahun, dilihat sebagai kes bunuh diri tragik tetapi di Teheran, dia diagungkan sebagai syahid kerana dibunuh oleh rejim Zionis itu.

Konspirasi bermula dengan dakwaan Edoardo memeluk Islam dan berfahaman Syiah, kemudian ejen Israel memutuskan Fiat tidak boleh jatuh ke tangan orang Islam, membunuhnya dan memastikan keluarga Elkann yang berdarah Yahudi, perlu menguruskan dinasti pengeluar kereta itu. Bagaimanapun, penyiasat Itali tidak menemui bukti selain kematiannya disebabkan bunuh diri.

Edoardo memang menunjukkan minat mendalam terhadap mazhab Syiah sebaik melawat pengasas revolusi Iran pada tahun 1979, Ayatollah Khomeini. Namun graduan sastera dan falsafah itu turut berminat dengan agama lain dan gemar mengembara ke Asia dan Afrika.

Sukar mencari punca yang mengelirukan pewaris berstatus jutawan itu sehingga kematian mereka berakhir secara menyedihkan. Jika kemurungan dan tekanan menjadi penyebab, mereka mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk mendapatkan bantuan pakar. Mungkinkah juga, kekurangan kasih sayang menjadi puncanya dan benarlah harta dan wang yang melimpah ruah, tidak mungkin dapat menjadi pengganti kasih sayang dan kunci kebahagiaan.
Jumaat, Jun 17, 2011 | 0 ulasan

Gema demokrasi di Dataran Tahrir

Written By JOM JALAN on 13/02/11 | Ahad, Februari 13, 2011

Oleh Johardy Ibrahim


ORANG ramai bergambar dengan tentera semasa meraikan berita pengunduran Presiden Hosni Mubarak di Kaherah, Mesir, semalam.
KAHERAH 12 Feb. – Seluruh Mesir bertukar merayakan ‘pesta kemenangan rakyat’ sejurus pengumuman pengunduran diri Presiden Hosni Mubarak diketahui kira-kira pukul 6 malam (12 tengah malam di Malaysia) semalam.

Ratusan ribu rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tahrir sejak pagi, telah disertai oleh ribuan lagi orang ramai di sebelah petang, yang mengambil kesempatan daripada hari cuti mingguan Jumaat.

Utusan Malaysia yang berada Dataran Tahrir sudah berkira-kira untuk pulang (lazimnya tempoh berkurung bermula pukul 8 malam) ketika berita tersebut diumumkan dan ia disampaikan bagai api yang marak kepada ribuan orang di situ.

Secara spontan, mereka berteriak, berpeluk-pelukan dan menari-nari sambil mengibarkan bendera merah, putih dan hitam Mesir.

Ini adalah satu perkembangan yang tidak diduga setelah sehari sebelumnya, Mubarak mengecewakan ramai rakyat apabila menegaskan dirinya tidak akan berundur. Malah, kedegilannya itu dikhuatiri akan menyebabkan penentang kerajaan bertindak liar.

Syukur, tiada kejadian buruk berlaku di Dataran Tahrir atau Istana Presiden di Heliopolis yang telah dikerumuni oleh beberapa ratus penunjuk perasaan.

Suasana perayaan di Dataran Tahrir gegak gempita dengan sorakan dan keriangan pelbagai lapisan rakyat Mesir di situ.

Pengalaman menyokong pasukan Malaysia menewaskan Indonesia di Stadium Nasional pada November lalu tidak akan dapat menyamai suasana kemenangan di Dataran Tahrir. Ini adalah kemenangan rakyat, kemenangan demokrasi. Tiada gol boleh menyainginya.

Sepanjang perjalanan pulang ke hotel, orang ramai membunyikan hon, mengibarkan bendera dan jalan di hadapan hotel yang malam tadi ditutup oleh tentera, kini bebas digunakan oleh penduduk Mesir.

Bagaimanapun, pos kawalan tentera yang betul-betul bersebelahan hotel penginapan masih ada, dengan anggota tentera berdiri memerhati sahaja orang ramai bersorak riang.

Namun, orang ramai memberhentikan kenderaan di pos kawalan dan mendapat kebenaran untuk bergambar dengan anggota tentera di situ.

Sepanjang malam, pos kawalan itu menjadi tumpuan termasuk dua pasangan pengantin yang turut bergambar dengan mereka.

Meskipun masih menjinjing senjata, anggota tentera kelihatan lebih tenang dan melayan siapa sahaja yang mahu bergambar dengan mereka.

Mingguan Malaysia sendiri sebelum ini, buat-buat tidak tahu sahaja bila direnung oleh mereka.

Jelas wujud suatu bentuk perasaan ‘hormat’ terjalin di antara orang ramai dengan anggota tentera.

‘‘Ini kerana sepanjang tempoh tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, pihak tentera dianggap sebagai wira berbanding polis yang menembak dan menahan aktivis di situ.

‘‘Malah sepanjang 18 hari tunjuk perasaan, tentera telah mempamerkan ‘pendirian berkecuali’ iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak. Ini penting dan dihargai oleh rakyat,” kata seorang lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Mahmoud.

Satu-satunya perkara yang masih menghantui Kaherah sejak wartawan Malaysia tiba lebih seminggu yang lalu ialah akses Internetnya yang ‘masih tiada’. Nampaknya pemergian Mubarak tidak disedari oleh pengendali Internet Mesir. - MINGGUAN

Sumber: Mingguan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Rakan Niaga TM, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Score A, Takaful Keluarga.
Ahad, Februari 13, 2011 | 1 ulasan

Ops Piramid: 778 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air

Written By JOM JALAN on 7/02/11 | Isnin, Februari 07, 2011

07/02/2011 11:23am

SEPANG 7 Feb. – Kumpulan pertama 778 orang warga Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir melalui Ops Piramid, selamat tiba di tanah air hari ini.

Rakyat Malaysia itu termasuk penuntut di Mesir, menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia dari Jeddah, tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10 pagi.

Seramai 459 orang adalah penumpang MAS manakala 319 lagi penumpang AirAsia.

Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir, yang sedang dilanda pergolakan, ke Jeddah di Arab Saudi sebelum dibawa pulang ke tanah air. – Bernama


Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Rakan Niaga TM, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Score A, Takaful Keluarga.
Isnin, Februari 07, 2011 | 0 ulasan

Ramai pelajar kita terperangkap dalam rusuhan

Kegembiraan terpancar di wajah 7 pelajar perubatan Universiti Alexandaria tajaan sendiri serta melaungkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang membawa mereka keluar dari Mesir dan ditempatkan di Jeddah. - utusan/Zaki Amiruddin
SEPANG 6 Feb. - Terperangkap dalam rusuhan dan hampir dipukul semasa terkepung dalam kumpulan demonstrasi besar-besaran rakyat Mesir yang mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur.

Ia adalah detik paling mencemaskan bagi pelajar tahun kedua jurusan perubatan Universiti Alexandria, Khairul Azhar Asaruddin, 21.

Katanya, peristiwa tersebut berlaku ketika dia bersama seorang rakan mahu meninjau keadaan sekitar pada hari kedua rusuhan berlaku.

Beliau berkata, pada mulanya dia menganggap keadaan di tempat rusuhan sudah pulih, namun sebaliknya berlaku apabila masih ramai perusuh berada di kawasan tersebut dan melakukan demonstrasi.

"Kami terperangkap dalam demonstrasi tersebut, malah lebih menakutkan apabila ada segelintir perusuh cuba memukul kami.

"Bagaimanapun kami bernasib baik kerana ada rakyat tempatan memberi pertolongan. Rakyat Mesir tersebut melindungi kami sehingga kami boleh keluar daripada kepungan kumpulan perusuh," katanya.

Khairul Azhar ditemui pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Selain itu, katanya, ramai pelajar Malaysia terkepung dalam rusuhan kerana maklumat sebenar tahap keseriusan kucar-kacir yang berlaku di Mesir tidak diketahui kerana semua perhubungan untuk mengetahui situasi semasa disekat.

"Bagaimanapun kesemua mereka bernasib baik kerana tidak ditimpa sebarang kecederaan.

"Ia juga disebabkan oleh sikap rakyat Mesir yang menghormati warga asing lebih-lebih lagi dari Malaysia," katanya.

Seorang lagi penuntut jurusan perubatan universiti Al-Azhar, Azzatulfatonah Salim, 19, berkata, kejadian berbalas tembakan dan pergaduhan boleh dikatakan menjadi sajian mata setiap hari ketika Mesir bergolak.

Katanya, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku dia terpaksa berkurung di dalam rumah selama beberapa hari bersama rakan-rakan.

"Alhamdulillah, tiada kejadian tidak diingini berlaku. Namun bekalan makanan tidak mencukupi dan kami perlu berjimat cermat sehingga bantuan sampai.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang bertugas di rumah Sabah yang banyak membantu dalam menjaga keselamatan kami semasa demonstrasi berlaku," katanya.

Dalam pada itu, pelajar jurusan perubatan Universiti Zargaziq, Dayana Nali, 19, berkata, dia hanya mampu berdoa serta menunaikan solat hajat setiap hari supaya keselamatannya dilindungi dan dijauhkan dari sebarang kecelakaan berikutan keadaan huru-hara yang berlaku di Mesir.

"Setiap hari saya mendengar bunyi bising dentuman bom petrol. Ia mencetuskan perasaan takut dan menyebabkan keselamatan saya dan teman serumah tidak selamat.

"Walaupun saya tidak pernah nampak suasana sebenar tunjuk perasaan itu dan hanya mendengarnya daripada cakap-cakap orang, ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa gerun di hati kami," katanya.

Menurut Dayana, kejadian pecah masuk rumah oleh penunjuk perasaan dan banduan yang terlepas juga menambah lagi kebimbangan.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 49 pelajar Malaysia masing-masing 46 dari Sabah dan tiga dari Sarawak tiba di KLIA pada pukul 8.40 pagi hari ini atas perbelanjaan yang dibiayai oleh kerajaan negeri Sabah melalui penerbangan Qatar Airway.

Ketibaan pelajar tajaan Yayasan Sabah itu disambut oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan. Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Rakan Niaga TM, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Score A, Takaful Keluarga.
Isnin, Februari 07, 2011 | 1 ulasan

Kaherah masih tegang

Pelanggan beratur sehingga melimpah di luar Bank Kaherah untuk mengeluarkan wang dari akaun mereka di Kaherah, semalam. – Reuters
KAHERAH 6 Feb. – Suasana di Kaherah semakin pulih tetapi masih tegang sejak perhimpunan besar-besaran yang dipanggil ‘yaumul rohil’ atau hari pengunduran di Dataran Tahrir di sini, Jumaat lalu.

Banyak kedai perniagaan, restoran dan bank telah memulakan operasi masing-masing hari ini, dengan jalan raya kelihatan sibuk dengan orang ramai.

Menurut penduduk yang ditemui di sini, kebanyakan penunjuk perasaan sudah mula keletihan dan mengambil kesempatan untuk berehat selepas berhimpun di dataran tersebut sejak 25 Januari lalu.

Bilangan penunjuk perasaan masih dalam ribuan orang yang mengambil keputusan untuk kekal berkampung di dataran tersebut sebab bimbang tidak boleh masuk semula akibat kepungan pihak tentera.

Cubaan wartawan untuk memasuki kawasan Dataran Tahrir pada sebelah pagi ini juga menghadapi jalan buntu apabila teksi yang membawa wartawan Utusan Malaysia diarah berpatah balik oleh anggota tentera yang menutup laluan ke kawasan dataran, lengkap dengan kereta kebal.

Oleh kerana beberapa insiden yang menyaksikan wartawan asing ditahan dan dipukul oleh kumpulan tertentu (dipercayai pro-kerajaan), wartawan Utusan Malaysia mengambil keputusan untuk kembali ke Kedutaan Malaysia di Mohandessine, Giza.

Kebimbangan tidak terpusat pada kemungkinan ditahan oleh tentera Mesir kerana lazimnya mereka akan melepaskan wartawan apabila disahkan oleh Kedutaan Malaysia, misalnya.

Namun, kebimbangan yang sebenar terletak pada ancaman daripada ‘anasir ketiga’ yang menjadikan wartawan sebagai sasaran kemarahan mereka.

Hujan sejak malam Sabtu juga menyebabkan ramai penunjuk perasaan tidak keluar. Perintah berkurung yang dilaksanakan bermula pukul 5 petang hingga 7 pagi juga menyulitkan perjalanan. – Utusan Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Rakan Niaga TM, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Score A, Takaful Keluarga.
Isnin, Februari 07, 2011 | 0 ulasan

Mayat bayi masih bertali pusat ditemui dalam selokan

Written By JOM JALAN on 29/01/11 | Sabtu, Januari 29, 2011


MENYAYAT HATI... Beginilah keadaan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan uri ditemui di dalam sebuah longkang yang masih dalam binaan di Taman Mekar, Ayer Hitam, Batu Pahat, 29 Jan. - Utusan
BATU PAHAT 29 Jan. - Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam gempar apabila mayat seorang bayi lelaki yang lengkap dengan tali pusat dan uri ditemukan di dalam selokan yang masih dalam pembangunan di area perumahan tersebut, pagi tadi.

Mayat bayi lelaki itu ditemukan seorang karyawan kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika ingin memulai tugas membangun tembok rumah dan selokan di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

Tanpa belas kasihan, mayat tanpa sehelai benang itu dibiarkan di dalam selokan yang berair tersebut.

Polisi masih menyelidiki apakah bayi itu telah mati sebelum diletakkan di situ atau meninggal dunia akibat kelemasan maupun kesejukan.

Menurut Hamid, dia terkejut melihat sekujur tubuh bayi dengan efek darah dalam selokan sedalam hampir setengah meter.

Sementara itu, Kepala Kepolisian Daerah Batu Pahat, Asisten Komisaris Ibrahim Mohd Aris berkata, mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu dikirim ke Rumah Sakit Batu Pahat untuk autopsi.

Menurut beliau, bayi itu diduga dibuang di situ dalam waktu 24 jam lalu dan tidak ada tanda-tanda cedera lainnya ditemukan.

Katanya, kasus disiasat menurut Seksyen 318 Kanun Keseksaan karena menyembunyikan kelahiran dan mencoba membuang bayi.

"Jika kesalahan dapat dibuktikasn, pelaku bisa dipenjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.


Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Rakan Niaga TM, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Score A, My Biz Online.
Sabtu, Januari 29, 2011 | 0 ulasan

Hau Yuan Tyng dipenjara 11 tahun atas tiga tuduhan mencederakan Siti Hajar Sadli

Written By JOM JALAN on 26/01/11 | Rabu, Januari 26, 2011

KUALA LUMPUR 25 Jan. - ''Walaupun saya bersimpati dengan nasib perayu sebagai seorang ibu tunggal dan memiliki seorang anak yang cacat tetapi saya tidak melihat sifat keinsafan perayu tentang apa yang dilakukan ke atas korban.''

Seusai membaca peradilan tersebut, Hakim Pengadilan Tinggi di sini, Datuk Ghazali Cha memutuskan menolak rayuan ibu rumah, Hau Yuan Tyng, 45, untuk mengabaikan sabitan salah atas tiga tuduhan melukai bekas pembantu rumah warganegara Indonesia, Siti Hajar Sadli.

Ia juga mengubah hukuman penjara delapan tahun dan denda RM5, 000 yang dikenakan ke atas bekas agen properti itu ke penjara 11 tahun untuk ketiga pertuduhan tersebut.

Setelah diberitahu oleh penerjemah, raut wajah Yuan Tyng jelas terlihat marah dan tidak puas dengan hasil tersebut.

Namun, wanita itu yang diwakili pengacara, M. Manoharan sekali lagi berhasil mendapatkan penundaan pelaksanaan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan terakhir.

Pihak penuntutan diwakili oleh Wakil Jaksa Agung, Lee Keng Fatt.

Pada 20 Mei tahun lalu, Hakim Pengadilan Sesyen, SM Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun untuk setiap pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Hajar menggunakan air panas dan palu besi yang dapat menyebabkan kematian.

Hukuman penjara tersebut diperintahkan berjalan secara terpisah.

Komathy turut menjatuhkan hukuman penjara enam bulan untuk pertuduhan menyebabkan cedera korban dengan menggunakan gunting dan diperintahkan berjalan bersamaan dengan hukuman sebelumnya.

Yuan Tyng terbukti bersalah melakukan perbuatan itu antara Februari hingga 7 Juni 2009 di kediamannya No. 1-19-1, Lanai Kiara Condominium, Jalan Kiara 3, Mont Kiara di sini.

Selain hukuman penjara, ibu dua anak itu juga diperintahkan membayar kompensasi berjumlah RM5, 000 ke bekas pembantu rumahnya.

Sebelumnya, dalam penghakimannya, Hakim Ghazali menyatakan, meskipun ada beberapa bagian dalam keterangan korban yang terlihat tidak logis atau bertentangan, apa yang penting, keterangan itu telah didukung oleh keterangan ahli dan juga laporan-laporan forensik dan kimia.

Ia juga setuju bahwa pembelaan pihak perayu adalah satu hal yang ditokok-tambah untuk menimbulkan keraguan dan kiat yang dibangkitkan tidak pernah ditimbulkan oleh setiap saksi di tingkat pembelaan.

''Setelah merujuk kembali ke kasus penuntutan melalui bukti dan keterangan medis serta cedera yang dialami oleh korban, saya berpendapat tidak kemungkinan cedera itu direkacipta oleh korban untuk meletakkan perayu dalam kesusahan.

''Tidak ada juga kemungkinan cedera itu sesuatu yang dapat dianggap dilakukan sendiri oleh korban,''kata hakim tersebut.

Ia kemudian mengubah hukuman penjara empat tahun untuk setiap pertuduhan menyebabkan cedera parah menggunakan air panas dan palu besi ke penjara lima tahun setiap pertuduhan.

Bagi pertuduhan ketiga yaitu menyebabkan cedera menggunakan gunting, hukuman penjara enam bulan diubah ke penjara setahun.

Hakim Ghazali juga memerintahkan seluruh hukuman penjara itu berjalan terpisah dimulai dari tanggal jatuh hukum sebelumnya yaitu pada 20 Mei tahun lalu.

Meskipun memungkinkan penundaan pelaksanaan hukuman, hakim tersebut menaikkan jumlah jaminan perayu dari RM15, 000 ke RM25, 000 dengan dua penjamin.


  Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Rakan Niaga TM, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Score A, My Biz Online.
Rabu, Januari 26, 2011 | 0 ulasan