Netbiz2u.Net - Malaysia 1st. Auto Surf Program
PARIS 7 Nov. - Rusuhan yang merebak ke ibu negara Perancis dan berterusan buat hari ke-11 semalam, semakin buruk dengan malam tadi sahaja lebih 1,400 buah kenderaan dibakar. Rusuhan kali ini juga meragut nyawa pertama apabila seorang lelaki berusia 61 tahun, yang dipukul remaja di kawasan pinggir di utara Paris, Stains, mati di hospital hari ini. Kira-kira 395 orang pula ditangkap dalam rusuhan di seluruh Perancis malam tadi, jumlah tertinggi dicatatkan sejak 27 Oktober lalu. Perangkaan polis menunjukkan daripada 1,408 kenderaan yang dibakar, kira-kira 1,000 merupakan kereta yang kebanyakannya dirosakkan di kawasan bandar-bandar dalam Paris dan bandar-bandar raya lain. Dengan perkembangan terbaru itu, lebih 5,000 buah kenderaan dibakar dan hampir 1,000 orang ditangkap sepanjang 11 hari lalu. Ia merupakan rusuhan paling buruk di Perancis sejak rusuhan pelajar tahun 1968. ``Gelombang kejutan telah merebak dari Paris ke wilayah-wilayah lain,'' kata Ketua Polis Perancis, Michel Gaudin pada sidang akhbar di sini, hari ini. Ekoran kejadian itu, Australia, Britain, Canada, Jerman, Jepun, Rusia dan Amerika Syarikat menasihatkan rakyatnya tidak mengunjungi Paris. Dalam kejadian semalam, golongan remaja negara itu membaling bom botol ke arah gereja, sekolah, kereta dan pusat jagaan harian ketika Presiden Jacques Chirac berjanji akan menangkap dan menghukum mereka yang mencetuskan keganasan dan ketakutan. Jurucakap polis, Patrick Hamon berkata lewat semalam, di Grigny yang terletak di selatan Paris, para perusuh telah melepaskan tembakan ke arah polis menggunakan senapang angin dan senpang memburu. Anggota-anggota polis yang cedera itu adalah akibat terkena tembakan senapang angin semasa bertempur dengan 250 hingga 300 remaja, tetapi dua sahaja yang dimasukkan ke hospital berikutan kecederaan yang agak serius di leher dan kaki. ``Undang-undang perlu dikuatkuasakan,'' kata Chirac dalam kenyataan awam pertamanya selepas mesyuarat keselamatan dengan beberapa menteri kanan. ``Perancis akan menjadi lebih kuat berbanding pihak yang mencetuskan keganasan dan ketakutan, dan mereka akan ditangkap, diadili dan dihukum,'' kata beliau. Perdana Menteri Perancis, Dominique Villepin berjanji proses perbicaraan akan dipercepatkan terhadap perusuh dan mempertingkatkan kawalan keselamatan jika keadaan memerlukan. Rusuhan yang bermula di kawasan-kawasan perumahan pinggir Paris telah merebak ke seluruh negara berpunca daripada perasaan tidak puas hati dan terpinggir terhadap pihak berkuasa di kalangan remaja Arab dan Afrika akibat masalah pengangguran, diskriminasi dan kemudahan perumahan yang teruk. Chirac berkata, Perancis perlu menggalakkan semangat saling menghormati, keadilan dan kesaksamaan. Sebelum ini Chirac telah dikecam oleh ahli-ahli politik pembangkang kerana gagal berucap kepada umum berhubung kekacauan awam itu, yang paling buruk dalam tempoh sedekad. Golongan perusuh telah membakar dua sekolah dan sebuah bas di pusat bandar Saint-Etienne dan pinggir bandar. Beberapa gereja turut dibakar di utara Lens dan selatan manakala di Colombes di pinggir Paris, para remaja membaling batu ke arah bas menyebabkan seorang kanak-kanak berusia 13 bulan cedera dan dimasukkan ke hospital. Di Saint-Maurice, sebuah pusat jagaan harian turut dibakar dan beratus-ratus kereta dibakar menjelang tengah malam tadi. Di Strasbourg, sekumpulan remaja telah mencuri sebuah kereta dan merempuh sebuah projek perumahan sehingga menyebabkan kenderaan dan bangunan terbabit terbakar. Di Paris, bom gasolin telah memusnahkan tiga buah kereta berhampiran Place de la Republique. [UM] |
Rusuhan makin dahsyat di Perancis 1,400 lagi kenderaan dibakar
Written By SEUZ on 8/11/05 | Selasa, November 08, 2005
Selasa, November 08, 2005 | 0
ulasan
Kampung Terbuka Mawi
Written By SEUZ on 6/11/05 | Ahad, November 06, 2005
Oleh MOHD RAMZI SANNY15,000 SERBU MAJLIS RAYA
KULAI: “Majlis ini bukan lagi rumah terbuka tetapi kampung terbuka kepada peminat saya,” kata juara Akademi Fantasia (AF) 3, Asmawi Ani atau Mawi, mengulas kehadiran lebih 15,000 peminatnya pada majlis anjurannya itu yang berlangsung di Kampung Bahagia, Felda Taib Andak, di sini, semalam.
Buat pertama kali dalam sejarah Felda Taib Andak, apabila kampung kelahiran penyanyi popular itu menjadi tumpuan ribuan orang hingga menyebabkan laluan masuk ke tapak majlis iaitu di padang awam kampung berkenaan sesak teruk sejauh lebih 10 kilometer.
Berikutan itu ada peminat sanggup berjalan kaki hampir dua kilometer semata-mata untuk menjamah hidangan istimewa yang disediakan Mawi pada majlis berkenaan.
Menurut Mawi beliau dimaklumkan peminat yang datang dari seluruh pelosok tanah air termasuk dari Sabah dan Sarawak.
“Majlis ini untuk peminat saya. Saya berterima kasih kepada keluarga, penduduk kampung dan rakan yang bergotong-royong membantu sehingga merealisasikan majlis yang istimewa ini.
“Apa yang terlebih, terkurang, saya minta maaf,” katanya pada sidang media sempena majlis rumah terbukanya semalam.
Hadir sama ialah Ketua Pegawai Maestro and Talent Management (Maestro), Freddie Fernandez; Pengurus Besar Bisnes Proton Eon Bhd (Eon), Datuk Abdul Razak Dawood; dan Ketua Pegawai Eksekutif M dot Mobile Sdn Bhd, Zainudin Mohd Salleh.
Terdahulu, majlis penyerahan kereta Eon Savvy dengan nombor pendaftaran MAW 1100 diserahkan kepada Mawi sambil disaksikan ribuan peminat.

Biarpun majlis dijadualkan bermula jam 11 pagi, peminat mula tiba di perkampungan Felda itu seawal jam 9.30 pagi untuk bertemu dan bersalaman dengan Mawi selain berhibur dengan persembahan anak jati felda itu serta artis jemputan lain seperti Nash, Shahila dan bintang AF1 dan 2, Nija dan Zarina.
Sebanyak 20 khemah didirikan di padang Felda Taib Andak dan orang ramai dijamu dengan juadah hari raya yang disediakan orang kampung seperti ketupat dan rendang, kuah lodeh serta nasi beriani.
Kos majlis itu dianggarkan sebanyak RM50,000 dengan lebih 50 peratus daripadanya dibiayai Mawi sendiri selain mendapat tajaan daripada pihak penaja.
Sebanyak 10,000 poster dan 10,000 poskad Mawi yang ditaja Eon dan M dot Mobile turut habis diedarkan kepada peminat.
Sementara itu, Fredie berkata, majlis berkenaan adalah bersejarah kerana seorang artis seperti Mawi yang baru mencipta nama dapat mengadakan rumah terbuka besar-besaran.
“Majlis ini adalah majlis Mawi. Beliau sanggup mengeluarkan wang daripada poket sendiri sebagai penghargaan dan berterima kasih kepada peminat yang terus menyokongnya selama ini,” katanya. [HM]
Ahad, November 06, 2005 | 0
ulasan
Tunang sedia hadapi dugaan
MAWI bersama Nordiana Mohd. Naim pada sidang akhbar di majlis rumah terbuka juara AF3 itu di Felda Taib Andak, Kulai dekat Johor Bahru, semalam. - Gambar Bernama.JOHOR BAHRU 5 Nov. - Buat pertama kalinya, Juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani atau Mawi memperkenalkan tunangnya, Nordiana Mohd. Naim, 21, kepada pihak media pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakannya di Felda Taib Andak, Kulai, dekat sini hari ini.

Menurut Mawi, selama ini beliau tidak menonjolkan Nordiana kepada pihak media kerana dia bukan artis.
``Semua orang sudah tahu yang saya ini sudah bertunang tetapi saya tidak mahu menonjolkan tunang saya kerana dia bukan artis. Jadi, dia tidak ada kena mengena langsung dengan kerjaya saya,'' katanya.
Mengenai tarikh perkahwinannya, Mawi berkata: `Belum ada tarikh lagi. Keluarga pun belum menetapkan tarikh.''
Katanya, ketika bertunang kira-kira lapan bulan lalu, keluarga pun tidak menyebut tentang tarikh perkahwinan.
Sementara itu, Nordiana pula berkata, beliau meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada Mawi dan bersedia menghadapi pelbagai dugaan termasuk gosip liar mengenai Mawi.
``Saya percaya seratus peratus kepadanya dan saya juga banyak berdoa dan bersabar apabila berhadapan dengan dugaan.
``Untuk menenangkan hati saya apabila dia digosipkan, saya akan dekatkan diri pada Allah. Itulah kekuatan saya,'' katanya.
Beliau juga mengakui, boleh menerima perubahan mendadak yang berlaku ke atas Mawi yang kini merupakan seorang artis yang mempunyai ramai peminat termasuk peminat wanita.[UM]
Ahad, November 06, 2005 | 0
ulasan
Langgan:
Catatan (Atom)

